Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim yang sedang meluangkan masa bersama ibunda tercinta ketika ibunya menziarahi Malaysia baru-baru ini menzahirkan rasa hiba ketika menghantar ibunya pulang ke tanah air mereka, Korea.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu muat naik hantaran di laman Instagram milik Maryam beberapa jam lepas. Menerusi hantaran berkenaan, sebagai seorang anak tunggal yang menetap bersama keluarga kecilnya di perantauan, Maryam turut meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.
Malah, Maryam mengakui bahawa kehadiran ibunya ke Malaysia sedikit sebanyak mengubati kerinduan yang ditanggung serta membuatkan dirinya rasa disayangi.
Ibu Ikut Subuh Di Masjid Dan Bawa Pulang Telekung, Mahu Belajar Solat di Korea!
Pada hari terakhir ibunya di Malaysia, Maryam mendedahkan bahawa dia turut membawa ibunya menunaikan ibadah Subuh di masjid serta menghadiahkan sepasang telekung kepada syurganya itu.
Maryam menjelaskan, tujuan ibunya membawa pulang telekung berkenaan adalah untuk mempelajari menunaikan ibadah solat di Korea, secara perlahan-lahan.
“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi,Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulis Maryam pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Di samping itu, Maryam turut memohon kepada para pengikutnya agar turut sama mendoakan ratu hatinya itu agar dikurniakan ‘hidayah’ dan dipermudahkan urusan untuk belajar menunaikan ibadah solat.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet. Rata-ratanya mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqamah dalam perubahannya nanti.
Ibu Maryam Nikahi Lelaki Muslim
Meskipun ramai yang mempersoalkan berhubung agama yang dianuti oleh ibu Maryam, namun mereka tetap menghormati pegangan agama masing-masing sekaligus mendoakan yang terbaik buat ibu Maryam.
Sekadar info, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Ramai diantara kita yang sering menghabiskan masa cuti untuk beriadah bersama keluarga dengan berkunjung ke luar negara. Tapi pernah tak hijabi alami masalah untuk menunaikan ibadah solat, terutamanya ketika berkunjung ke negara bukan Islam?
Justeru, Hijabista kongsikan satu perkongsian bermanfaat dari seorang lelaki ini, tentang bagaimana cara paling mudah jika Hijabi tidak menemui surau atau masjid di negara bukan Islam! Ini perkongsianya.
Masuk Dalam Mana-Mana Mall Dan Cari Beberapa Helai Baju
Menurut perkongsian lelaki ini di laman Facebook miliknya, perkara pertama yang perlu hijabi lakukan adalah mencari pasaraya atau pusat membeli belah yang berhampiran dengan anda.
“Bila travel ke negara bukan Islam yang susah untuk cari ruang solat, pergi sahaja ke mana-mana mall berhampiran,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Tuju ‘Fitting Room’ Acah Macam Nak Cuba Baju
“Ambil dua hingga tiga helai baju di rak dan buat seolah nak cuba. Kemudian cari fitting room dan boleh mula bersolat di sana.
“Oh ya, ambil wudhu siap-siap. Jangan basahkan tandas. Part kaki boleh guna spray atau basahkan tisu dan perah kat kaki. Pastikan air mengalir ke dalam mangkuk tandas. Jangan sesekali naikkan kaki ke sinki. Hormati negara orang. Bila nak pulangkan baju, pastikan keluarkan hanger nampak macam dah cuba baju tu,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan ucapan terima kasih terhadap perkongsian bermanfaat yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Malah, netizen bersetuju tips ini amat berguna dan mudah dilaksanakan sekirnya berkunjung ke negara bukan Islam.
Mudah sahaja bukan? Lepas ni kalau berkunjung ke negara orang, tiada lagi alasan tak boleh solat kerana tiada tempat yang disediakan untuk menunaikan solat. Bolehlah cuba cara yang disarankan oleh lelaki ini.
Selain popular sebagai penyedap masakan, halba juga boleh meningkatkan pertumbuhan rambut? Biji-bijian kecil ini telah lama digunakan untuk merawat banyak penyakit dengan sifat perubatannya.
Popular dikenali sebagai methi dalam bahasa Hindi, ia mempunyai semua nutrien penting yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga dipercayai dapat merawat masalah rambut lain seperti kelemumur, rambut menipis dan rambut gugur.
Terdapat banyak cara untuk menggunakan halba untuk penjagaan rambut, Minyak halba telah mendapat populariti sebagai tonik penggalak pertumbuhan rambut. Halba ini boleh membantu pertumbuhan rambut dan cara menyediakan minyak halba buatan sendiri. Jom cuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Minyak Halba
Anda perlu:
2 cawan minyak kelapa/ minyak zaitun/ minyak badam
4 sudu besar biji halba
Minyak pati lavender (pilihan)
Balang kaca
Bagaimana cara untuk membuat:
Tuangkan biji halba dalam balang. Tuangkan minyak kegemaran anda Seterusnya, tutup balang dan biarkan minyak meresap pada suhu bilik selama kira-kira 4-5 minggu.
Goncangkan balang sekurang-kurangnya sekali sehari supaya adunan sekata. Minyak mungkin menjadi sedikit gelap apabila anda menyelitkan lebih lama.
Jika anda ingin minyak halba anda yang diserap oleh cahaya matahari, simpan balang di bawah cahaya matahari langsung selama 2-3 minggu. Anda perlu menggoncang balang setiap hari.
SAmpai waktu, buka balang, tapis minyak dan tuangkan ke dalam balang kedap udara yang bersih. Simpan minyak halba ini di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.
Masak perlahan minyak halba
Anda perlu:
2 cawan minyak kelapa/ minyak zaitun/ minyak badam
Tuangkan minyak kelapa/minyak zaitun atau minyak badam. Panaskan minyak menggunakan kaedah double boiler.
Masukkan biji halba ke dalam minyak. Jika anda ingin membuat minyak halba yang kuat, kisar ringan bijinya dan tambahkan.
Masak perlahan-lahan minyak halba selama kira-kira 25- 30 minit.
Matikan api selepas 30 minit, minyak bertukar sedikit keemasan.
Tapis minyak halba, tambah minyak lavender dan simpan dalam balang kaca kedap udara sehingga 1 bulan.
Cara menggunakan Minyak Halba untuk rambut
Ambil sejumlah minyak halba yang diperlukan dalam kuali kecil, panaskan sedikit.
Urut minyak ini pada kulit kepala anda. Sapukan pada batang rambut. Basuh rambut dengan syampu lembut (bebas sulfat) selepas 30 minit.
Atau anda boleh biarkan minyak semalaman dan basuh pada waktu pagi. Gunakan minyak halba sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang diingini.
Minyak mana yang hendak digunakan untuk membuat Minyak Halba?
Untuk kulit – Gunakan minyak jojoba / minyak Avocado
Untuk rambut – Gunakan minyak kelapa / minyak zaitun / minyak badam
Manfaat minyak halba untuk rambut
Merangsang pertumbuhan rambut / pertumbuhan semula rambut.
Membantu mengawal rambut gugur dan rambut gugur.
Minyak halba merawat rambut menipis.
Menyuburkan kulit kepala, rambut dan melancarkan peredaran darah.
Merawat kelemumur dan menambahkan kilauan pada rambut anda.
Menguatkan rambut dari akar.
Faedah minyak halba untuk kulit
Minyak halba membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan cela.
Urut minyak halba dengan kerap membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Ia adalah ubat terbaik untuk menegangkan kulit yang kendur.
Jika anda mahukan kilauan semula jadi dan bersinar pada wajah, gunakan minyak halba dengan kerap.
Elakkan menggunakan minyak ini jika anda mempunyai kulit berjerawat berminyak, pori tersumbat atau jika kulit anda mudah breakout.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Syurga Allah SWT ialah objektif dan kejayaan mutlak setiap daripada kita yang dikenali sebagai umat manusia. Sejak dari kecil lagi, kita seringkali diingatkan supaya sentiasa membuat segala kebaikan yang dapat diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT dan janganlah sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya.
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu ‘anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda SAW telah berkata kepadanya, tanyalah apa yang engkau kehendaki:
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah SWT. Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku. Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Ada kalanya kita mungkin alpa dengan keseronokan di dunia hingga apla tentang kejayaan di akhirat yang sewajibnya kita kejarkan. Pun begitu, Allah SWT itu Maha Penyayang. Kita harus sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah. Selamat beramal!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...