
Terpesona melihat ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang manis bertudung dan berjubah ketika menitipkan ucapan sempena Ramadan di Instagram peribadinya.
Video pendek yang dimuat itu menunjukkan Datuk Sheila mengenakan tudung polos biru dipadankan dengan jubah putih bercorak.
Terserlah keanggunan asli yang dimiliki oleh figura berusia 59 tahun ini dengan gaya menutup aurat.
Menerusi kapsyennya, Datuk Sheila menitipkan ucapan sempena Ramadan buat para pengikut serta peminatnya.
“Salam Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan & selamat menunaikan ibadah Puasa kepada semua umat Islam dimana jua anda berada.”
Datuk Sheila juga berharap agar segala amalan ibadah dan jariah yang dilakukan diterima Allah SWT.
“Semoga amalan-amalan ibadah dan amalan jariah kita diterima Allah SWT. Ramadan Mubarak!”
Rata-rata peminat memuji penampilan isteri kepada pemuzik, Datuk Acis ini dengan imej menutup aurat yang disifatkan sejuk mata memandang.
Untuk info, selain nyanyian Datuk Sheila Majid juga pernah membintangi filem-filem hebat pada era 80-an antaranya ialah Ali Setan.
Sehingga kini, Datuk Sheila Majid masih memiliki aura dan kelasnya yang tersendiri. Beliau berjaya memukau jutaan peminat di rantau Asia dengan vokalnya yang hebat ketika mendendangkan lagu-lagu berirama pop, jazz dan R&B kontemporari.
Kredit Foto: Instagram Datuk Shiela Majid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, Kakak Ratu Rock ELLA Kongsi Rahsia Belajar Makeup Dengan Arwah Nenek

Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini.

Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja.
Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 59 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
“Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya.

“Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.”
BACA JUGA: Hijabi Perlu Cakna Masalah ‘Gangguan Hormon’, Jangan Abaikanya Jika Tak Mahu Merana! – Ella
Katanya lagi, beiau tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama.
“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”

Dedah Datin Saidatulnisa, beliau mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu.
“Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.

“Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.
“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita,” kongs Datin Saidatulnisa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anggun Dalam Persalinan Hatta Dolmat, Tasha Shilla Bersyukur Akhirnya Temui Cinta Sejati

Isi Kandungan
TogglePada pagi tadi, aktres jelita, Tasha Shilla telah selamat dinikahkan bersama pasangannya yang tercinta, Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Cantik mengenakan busana hasil sentuhan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.
Bakal menetap di Singapura
“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.
“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas.
“Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya.
Rasa tenang dan bahagia saat berada di samping suami
Ujar Tasha, dia dan pasangannya yang sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan oleh seorang teman pada Disember lalu sebelum mengikat pertunangan pada 23 Februari lepas.
“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.
“Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,” katanya kepada BH Online.
“Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,” katanya kepada Berita Harian.
Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha.
“Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.
“Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on
kredit: BH online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gelaran Takhta Dewi Remaja 2022 Kini Milik Bekas Ratu Unduk Nadau, Tracie Sinidol

Pencarian Dewi Remaja 2022 kini melabuhkan tirai dengan kemenangan buat pertama kalinya wakil peserta dari Sabah, Tracie Sinidol. Tidak di sangkal lagi juga, persaingan yang sengit antara finalis Dewi Remaja 2022 yang tampil dengan kecantikan dan kebijaksanaan yang sama hebat.
Program ini juga telah pun berlangsung selama 8 minggu sejak 16 Julai 2022 pada setiap Sabtu menerusi saluran 104 Astro Ria dan Astro Go. Kehangatan para finalis juga jelas terlihat pada setiap episod dan kini berakhir dengan kemenangan yang adil.
Takhta Dewi Remaja kini pada Ratu Unduk Nadau Sabah
Kemenangan dan takhta Dewi Remaja 2022 telah di pegang oleh gadis kelahiran Sabah, Tracie Sinidol, 21, juga turut menyandang gelaran Dewi Favourite membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 10,000.00 berserta trofi dan tiara. Dia juga di kenali sebagai ‘bendahari syurga’ dan persis Mira Filza.
Apabila di temubual ketika berakhir acara final itu, Tracie meluahkan rasa terkejut dan tidak sangka malam ini dia bakal melakar nama sebagai pemenang Dewi Remaja 2022. Jelas terlihat di mukanya ketika sedang di soal tentang perasaannya dan keterujaannya.
“Malam ini saya mahu enjoy the stage, what ever happen, happen. Apa yang penting kami dapat buat performance yang baik,
“Tapi di nobatkan sebagai pemenang memang beyond my expectation,
“Saya tidak anggap mereka sebagai pesaingan saya kerana kami adalah satu team untuk bersama-sama naik.” katanya.
Artikel berkaitan: Syamira Pecah Rekod Pencarian Dewi Remaja, Jadi Peserta Hijab Pertama Di Pentas Akhir
Bekas Ratu Unduk Nadau Sabah itu sudah mengalahkan 3 finalis yang berjaya ke pusingan akhir final Dewi Remaja 2022. Tempat kedua di menangi oleh Bee Aishah manakala tempat ketiga di menangi oleh Kimberly Chua.
Diikuti dengan tempat keempat, Alyssa yang memenangi juga gelaran Dewi Aktif Kinohimitsu. Gelaran bagi Dewi Inspirasi di sandang oleh Keeran.
Pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022, kesepuluh finalis yang mara adalah termasuk Rasyiqa, Hyeley, Auni, Dina, Janani dan Zafira. Namun, hanya empat finalis iaitu Alyssa, Bee, Tracie dan Kimberly sahaja yang dapat mara ke pusingan akhir.
Ujian yang di berikan juga sangat menguji minda dan kepandaian para finalis kerana mereka perlu memberikan pandangan menerusi topik yang di berikan secara rawak. Meskipun ada beberapa peserta yang kelihatan gugup, sebilangan peserta bagus dalam memberikan jawapan yang berketepatan pada topik dan kena pada jiwa remaja.
Persembahan pembukaan malam final ini menampilkan ke semua 16 finalis Dewi Remaja 2022 antaranya, Eiman, Melissa, Malle, Keeran, Fifi, dan Reezlyn. Juga turut membuat persembahan di pentas kemuncak oleh Noraniza Idris, Bunga, Amsyar Lee, dan Isaac Voo.
Final Dewi Remaja 2022 bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dengan hos utamanya, Fikry Ibrahim. Pemberian mahkota Dewi Remaja di berikan oleh Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae. Pertandingan final ini di adili oleh para juri yang cukup di kenali seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Izara Aishah, dan Didie Alias.
Artikel berkaitan: “Kita Tak Mampu Nak Kawal, Dalam Pertandingan Kena Terima Seadanya…” — Dewi Remaja
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI