Allah SWT memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dengan pelbagai cara.
Sesungguhnya hidayah itu adalah petunjuk dan hikmah Allah yang dilimpahi dengan kebaikan. Hidup akan lebih tenang, bahagia dan sentiasa menginsafi diri.
Begitulah perubahan yang baru sahaja dilalui oleh penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz. Penampilan terkininya yang manis bertudung dan berpakaian longgar meraih tumpuan ramai.
Baru-baru ini Aisyah mencuri perhatian warganet dengan penampilan terbaharunya yang mengenakan jubah dan tudung rona senada dalam satu video yang dikongsikan oleh penyanyi Daniesh Suffian di TikTok.
Dalam video itu, mereka menyanyikan lagu berjudul ‘Kamu Yang Ku Tunggu’ dipopularkan oleh Datuk Rossa dan Afgan.
Adik kepada penyanyi terkenal Aliff Aziz ini turut berkongsi hantaran di media sosial detik ‘turning point’ dia mula terbuka hati untuk menutup aurat.
Memetik perkongsiannya itu, Aisyah atau nama penuhnya Nur Aisyah Aziz mendedahkan, sejak setahun lalu dia mula mendalami agama Islam dengan memperbaiki solat.
Ads
Dalam proses memperbaiki diri itu, Aisyah juga pernah memanjatkan doa agar dikurniakan hidayah demi menjadi seorang hamba yang lebih baik akhlaknya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Doa Aisyah dimakbulkan apabila dia mula menutup aurat dengan sempurna dan bertudung.
“Tahun lalu, saya berdoa kepada Allah agar dikurniakan hidayah, petunjuk dan kekuatan untuk melepaskan apa yang perlu,” kongsi Aisyah yang tak menyangka tindakannya itu telah memberi impak yang besar dalam ‘penghijrahannya’ kini.
Tambah Aisyah lagi, asbab daripada tindakannya itu juga dia telah berhadapan dengan ujian namun menganggap ia sebagai petunjuk dari Allah SWT.
“Pastinya Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk menjadi lebih kuat. Saya diuji pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
Ads
Menerusi Instastory, Aisyah meluahkan dia memperbaiki solat daripada seorang rakan sekaligus ianya menjadi inspirasi dan mencetuskan ketenangan.
Perubahan itu juga menjadi satu lembaran baru sempena tahun 2024.
Aisyah juga mengakui, dia kini lebih memilih untuk hidup dalam kesederhanaan dan tidak mengejar duniawi.
Lebih bermakna apabila Aisyah berpeluang menunaikan umrah bersama keluarga tercinta pada hujung tahun lalu. Hubungan kekeluargaan mereka juga menjadi lebih rapat.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut serta peminat memuji penampilannya yang sopan dan manis menutup aurat. Mereka turut menitipkan doa agar Aisyah kekal istiqamah.
“Kak Aisyah bertudung masyaallah menawan”
“Keep it up manes! Insyaallah Allah permudah urusan u terus istiqomah sister. Manis sangatt!”
“Semoga istiqamah. Tahniah dipilihNya untuk hidayah ini”
“Dah lah cantik, bila bertudung pulak lagi nampak muka berseri cantik”
Hijabista mendoakan agar Aisyah Aziz menjadi seorang muslimah yang terbaik, dihormati dan diinspirasi oleh hijabi-hijabi di luar sana.
Kredit Foto: Instagram Aisyah Aziz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak berhijab, penampilan pelakon jelita iaitu Hannah Delisha,24, semakin menjadi tumpuan ramai. Ramai yang terpukau dengan kecomelan dan keayuan wajahnya bila menyarungkan hijab.
Tidak perlu berlebihan, gayanya yang ringkas sudah memadai untuk menawan hati sesiapa yang melihatnya.
Sedikit info mengenainya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dilahirkan pada 27 Oktober 1996 di Singapura. Hannah mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer bersama Syafiq Kyle.
Dilihat sering mengenakan selendang, Hannah juga pernah membawa watak bertudung sebelum ini dalam drama 30 Pesanan Suara yang disiarkan pada tahun lalu di slot Akasia TV3.
Di ruang komen laman instagramnya, Hannah dihujani ribuan komen daripada rakan artis dan juga peminatnya yang gemar melihat imejnya yang terkini. Memang cantik sangat! Moga Hannah terus istiqomah berhijab dan menjadi inspirasi juga buat gadis-gadis di luar sana yang ingin berubah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak penyanyi dan pelakon mengambil keputusan berkahwin, dia terus meninggalkan kerjaya nyanyian yang melonjakkan namanya di persada seni tanah air. Keputusannya untuk berkahwin dan kemudiannya berhijrah ke arah kehidupan lebih baik menyebabkan dirinya terus hilang tanpa khabar berita. Namun kemunculan Waheeda di konsert pertama Gema Gegar Vaganza musim kedua Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak.
Waheeda yang popular dengan lagu Wassini itu nyata pengubat kerinduan peminat dengan kemunculannya yang cukup stailo dan tetap menarik walaupun kekal berniqab. Memilih busana dress dengan niqab warna merah jambu serta diserikan dengan beg tangan kecil menampakkan dirinya tetap menjaga penampilan biarpun sudah berhijrah 360 darjah.
Kemunculan Waheeda ini bagi memberikan sokongan kepada penyanyi nasyid yang pernah satu ketika dahulu popular di persada seni tempatan. Dalam kenyataan di Astro Gempak, Waheeda menyatakan tidak sabar untuk bertemu mereka sepanjang 7 minggu program ini bersiaran memandangkan dia dulunya adalah ‘pompom girl’ kumpulan Brothers.
Kehadirannya juga turut disedari oleh peminatnya yang mula membayangkan dirinya untuk menyertai GGV selepas ini. Malah peminatnya juga tidak sabar untuk mendengar suara lunak Waheeda yang sedikit unik.
Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahad 39 tahun merupakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini. Malah lagu ini juga pernah dinobatkan sebagai juara kategori Irama Malaysia bagi Anugerah Juara Lagu 2003.
Malah Waheeda juga sebenarnya cukup aktif berlakon antaranya Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, Anak Mami Kembali dan Nana Tanjung.
Menurut salah seorang rakan artis yang turut terkejut dengan kehadiran Waheeda adalah Catriona Ross. Pelakon ini sebenarnya sudah 10 tahun terputus komunikasi sejak pelakon itu menghilangkan diri dalam dunia seni tanah air.
Menurut Catriona dia yang dududk di kerusi disediakan tiba-tiba mendengar suara yang sangat dikenalinya suatu ketika dulu. Dia terus melihat dan memang tahu itu adalah Waheeda Wassini. Ternyata keduanya kemudian mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.
Begitu juga dengan peminat Waheeda yang turut rindu dengan suara serta penampilan terkini penyanyi ini.
@mrneaz_one We all miss u lah kak waheeda..im glad nanti dpt dgr u punya “touch” kat lagu yg akak tgh produce nih…artis nye secret lg eh? Ke boleh reveal dah? Hehe
Waheeda juga turut aktif di laman sosial dengan menggunakan akaun @gothicniqabiah yang mempunyai follower hampir 3K. Jika di lihat di laman IGnya, penyanyi ini banyak menyampaikan dakwahnya di media sosial dengan berkongsi status berupa peringatan atau pesanan kepada followernya.
Penghijrahan selebriti ke arah kebaikan memang sentiasa mendapat sokongan padu daripada peminat dan juga orang ramai. Seperti Syaheera Rahman iaitu isteri kepada pelawak terkenal iaitu Fad Bocey yang telah bertudung pada awal tahun ini.
Menulis di instagram miliknya bersama Fad, Syaheera menyatakan bahawa dirinya sedang berusaha berubah ke arah kebaikan dan ingin menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.
Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung .tapi biasala iman kita turun naik ,kadang tengok org cantiknya bertudung .tapi bila pakai rasa mcm tk yakin. mashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari ,sy selalu dlm keadaan resah .klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna .sampaikan setiap hari mimpi kiamat .mimpi family satu satu tinggalkan sy .sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir .sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima .sy mimpi sy mati tinggalkan anak2 .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar .tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain) .anak2 sapa yg akan uruskan .takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya .lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan .pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik .tapi abaikan sbb Allah tau niat kita .lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri .sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul .dia slalu ckp slow slow .
‘Bukan bererti sudah cukup baik, cuma berharap akan ke arah yang lebih baik’
Bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu .takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu .satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya .sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. moga ada yg dpt bimbing sy .ramai sgt yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat.tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya .19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya .satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas. rasa lega .doakan sy terus istiqamah ❤️
Benarlah hidayah Tuhan itu memang sangat mahal harganya. Kita sebagai hamba perlulah berusaha mendapatkan dan beruntunglah sesiapa yang berjaya memilikinya. Moga Syaheera terus istiqomah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat mereka sekeluarga.
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun...