Menurut Pakar Dietetik Pusat Perubatan Prince Court, Judy Ng Wei Chern, makanan yang berperisa seperti rempah, bawang putih dan bawang merah menghasilkan bau yang kuat disebabkan oleh bahan kimia yang mengandungi sulfur. Ia akan berlingkar dalam mulut dan diserap ke pengaliran darah dan akan menyebabkan nafas berbau.

Sumber gambar: Health.com
  • Sesetengah makanan boleh menyebabkan keadaan “halitosis” (mulut berbau).
  • Diet rendah karbohidrat, berpuasa, dan “Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau. 

“Kafein dan minuman alkohol juga boleh menyebabkan mulut kering. Keadaan yang kering ini sesuai untuk pembiakan bakteria tanpa air liur. Makanan ataupun minuman dengan tambahan gula juga harus dielak- kan. Hal ini disebabkan oleh kandungan gula merupakan makanan kepada bakteria dan mengalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya membentukkan plak di gigi dan gusi.” 

Jenis makanan yang boleh mengelakkan mulut berbau.

Diet yang seimbang amat digalakkan misalnya dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang berlebihan tinggi dengan kandungan vitamin C yang membolehkan keadaan dalam mulut tidak sesuai untuk pembiakan bakteria. 

IKLAN

“Berdasarkan kajian, probiotik dalam yogurt tanpa gula juga boleh mengurangkan tahap bau dalam mulut yang disebabkan oleh hidrogen sulfida,” katanya. 

Hal ini disebabkan oleh strain kultur streptococci dan lactobacilli bersaing dengan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Selain itu, minum air yang cukup untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Air merupakan minuman yang paling sesuai untuk mencegah halitosis. 

Bagaimana bakteria membiak dalam mulut?

IKLAN

“Minuman bergas mengandungi asid yang boleh mengeringkan mulut, dan membolehkan pembiakan bakteria menjadi punca nafas berbau,”katanya. 

Jelas beliau bukan semua teh menyebabkan nafas berbau. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa teh hijau dan teh hitam boleh mengurangkan nafas berbau kerana ia kaya dengan antioksidan, polifenol yang boleh memansuhkan pembiakan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambilnya secara berlebihan.” 

IKLAN

Cara untuk elak mulut berbau.

Sumber gambar: J&J

Menurut Judy Ng, individu hendaklah sentiasa berkumur dengan air atau minum banyak air selepas makan makanan yang berbau kuat seperti kari, bawang putih, bawang merah untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi. Bawa berus gigi dan ubat gigi di dalam beg bersama kemana-mana sahaja destinasi. 

“Mulut berbau boleh dikurangkan dengan menggosok gigi. Doktor gigi menggalakkan kita untuk memggosok gigi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali setiap hari dan flos gigi sekali setiap hari. Kunyah gula- gula getah atau makan gula- gula perisa pudina tanpa tambahan gula untuk merangsang air liur sekiranya anda tidak boleh menggosok gigi selepas makan makanan berbau kuat,” katanya. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI