Kesemmpurnaan seorang wanita selalu diukur dari rambut hingga ke kaki, wanita memang mementingkan kecantikan. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.

Apakah punca dan petua tumit merekah yang anda wajib anda tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah. Semak petua ini semoga bermanfat!

Apakah punca tumit merekah?

Pastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:

  • Proses penuaan – Tidak dinafikan bahawa faktor penuaan adalah di antara punca utama kenapa tumit anda merekah. Semakin kita berusia, kolagen dalam kulit akan berkurangan malah kulit juga akan mula mongering. Apabila kulit menjadi kering, ia akan mula merekah. Tertamanya di bahagian tumit memandangkan setiap hari kita memijak tumit.
  • Banyak berjalan – Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak tekanan dan geseran yang berlaku kepada tumit lalu menyebabkan kulit di bahagian tumit mengering dan mula merekah.
  • Memijak lantai tanpa alas kaki – Semasa berada di rumah, jika anda suka memijak lantai simen atau mozek tanpa memakai alas kaki seperti selipar, ia juga boleh menjadi punca kenapa tumit mula merekah. Lantai rumah yang sejuk akan menyebabkan kulit tumit menjadi kering dan merekah.
  • Kurang minum air juga adalah punca tumit merekah yang ramai orang tak tahu. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami kekurangan air dan akibatnya kulit di seluruh badan akan menjadi kering. Kulit di tumit akan menjadi bukan sahaja kering namun kana merekah juga.
  • Beberapa penyakit seperti ekzema atau diabetis akan membuatkan tumit menjadi merekah. Jika anda tiba-tiba mengalami masalah tumit merekah dan kulit menjadi gatal-gatal, kemungkinan besar anda terkena ekzema. Atau jika tiba-tiba tumit anda merekah dengan teruk, anda mungkin terkena diabetis.

Tumit Kembali Berseri Dan Merah Jambu

Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:

1. Minyak argan

Minyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.

IKLAN

2. Aloe vera

Selain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Ambil lendir aloe vera
  • Sapukan ke kedua-dua tumit
  • Gosok sehingga lendir aloe vera meresap ke dalam kulit
  • Ulang sapu untuk kali kedua dan gosok
  • Elakkan daripada memijak lantai dalam 10 minit

4. Bawang putih Dan perahan limau

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.

IKLAN

5. Bawang merah

Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah dan diamkan di dalam sarung kaki beberapa minit.

6. Pakai alas kaki semasa berada di dalam rumah

Seperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.

IKLAN

7. Gosok kaki dengan pumice stone

 

Salah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:

  • Pastikan tumit tidak berada dalam keadaan kering kerana menggosok tumit semasa kering boleh menyebabkan tumit anda berdarah. Rendam kaki sebentar sebelum menggosok atau gosok kaki selepas anda mandi.
  • Untuk merendam kaki, anda boleh masukkan air panas ke dalam besen bersama garam kasar. Anda juga boleh masukkan minyak aromaterapi kalau ada. Kesegaran dari minyak aromaterapi bukan sahaja akan menyegarkan anda malah melembutkan kawasan tumit anda. Rendam kaki semasa air suam dan rendam sehingga air menjadi sejuk. Rendamana kaki ini sangat baik untuk mendapatkan tumit yang lembut dan halus.
  • Gosok berlahan-lahan tumit sehingga kulit kering tertanggal.
  • Tumit anda akan terasa lembut.
  • Basuh kaki untuk menghilangkan kotoran.

Itulah dia info tentang tip tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI