Orang tua-tua dahulu sering marah jangan mengelamun atau termenung tapi sis tahu tak kenapa? Adakah ia berkait rapat dengan perubahan kesihatan mental?
Tidak dinafikan apa yang buat kita termenung itu biasanya membuatkan kita terbayangkan sesuatu yang positif namun bagi sesetengah individu, ia boleh memberikan kesan yang mudarat terhadap mereka.
Nak termenung sahaja, malas nak fikir apa-apa
Asyik termenung boleh mengubah seseorang itu menjadi satu individu yang lain dari diri mereka. Jadi kenapa mereka boleh jadi sedemikian?
Kebiasaannya, mereka yang sering termenung ini dikaitkan dengan depresi kerana sering berfikir dan berfantasi untuk lari daripada masalah yang mereka hadapi.
Namun, ada juga situasi buat sesetengah inidividu yang sering termenung dan boleh mengubah perilakunya menjadi seorang individu yang lain. Mereka ini sering dikatikan dengan gangguan personaliti.
Gangguan personaliti secara ringkasnya merupakan salah satu penyakit mental. Mereka yang mengalami masalah ini sering mempunyai corak pemikiran serta tingkah laku yang tidak normal dan ia sukar untuk diubah. Difahamkan lagi, mereka yang mengalami gangguan personaliti ini sukar untuk memahami satu situasi dan juga orang lain.
Punca penyakit mental ini tidak diketahui kerana melibatkan banyak faktor perubahan yang menyebabkan perubahan personaliti sepertinya faktor keluarga atau persekitaran. Secara amnya, gangguan personaliti muncul pada masa remaja atau awal ke-dewasaan.
Ads
Tidak, sis jangan bertindak melulu, sabar…
Itu hanyalah sedikit pemahaman secara ringkas mengenai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu sering termenung dan bermalas-malasan. Ya, kadangkala kita terasa agak malas untuk berinteraksi dan ada ketika kita mahu menyendiri dan mengelamun.
Jika sis rasa samada ada yang disebut berkait dengan perubahan diri sis kerana ada orang sekeliling tegur, ini apa yang sis perlu buat:
Ads
Sertai aktiviti yang membolehkan sis berinteraksi dengan orang ramai. Contohnya, berkelah atau aktiviti luar.
Sering bertukar pendapat dan kongsikan apa yang sis fikirkan bersama orang lain.
Lakukan teknik pernafasan yang betul dan cuba lapangkan dada.
Jangan gesa diri sis, pastikan sis tenang dan cuba untuk berfikir secara rasional.
Sis jangan takut untuk berjumpa pakar psikatrik atau pergi ke sesi kaunseling, buangkan stigma buruk dan fikir untuk bantu diri sis.
Kesihatan mental ini penting juga sis, walaupun untuk kekal cantik dan juga ayu di mata orang, kita harus fikirkan tentang diri kita jua. Jangan takut dan teruskan perjuangan sis!
Pengacara jelita TV Al-Hijrah, Hana Ismail dengan sekali lafaz kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor tampan Da’i Syed.
Majlis Ijab qabul pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung beberapa jam lalu bertempat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.
Hana Ismail telah dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Ismail Dahwan.
Selain itu, Hana menerima seutas gelang emas dari Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sebagai mas kahwin pernikahan.
Terdahulu, Hana pernah menyatakan bahawa keperibadian Syed yang lembut membuatkan dirinya tertarik untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza hampir 9 tahun.
Mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Oktober lalu, dan perkara itu diuar-uarkan oleh rakan artis yang juga pelakon Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada November.
Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!
Ramai di kalangan hijabi menggunakan masker wajah kerana dipercayai mampu membersihkan sekaligus melembabkan kulit. Trend penggunaan masker wajah semakin popular seiring pertambahan produk masker wajah yang dijual di drugstore mahupun store fizikal kecantikan. 10 senarai masker ini juga paling sesuai digunakan buat hijabi yang memiliki kulit kering dan bermiyak.
Selain itu, harganya yang dirasa cukup berbaloi membuatkan lebih banyak hijabi memilih menggunakan masker wajah segera dibandingkan yang buat sendiri dari bahan alami.
Ada beberapa pilihan masker wajah yang popular di Asia. Ada yang dibuat dari luar negeri seperti Korea Selatan, ada pula masker wajah yang dicipta sendiri. Tapi, tahukah anda baik dan buruk memakai masker di wajah?
Produk dari Wardah ini menjadi salah satu masker wajah yang bagus untuk memutihkan wajah dengan cepat. Wardah Lightening Face Mask diperkaya dengan Ekstrak Licorice yang berfungsi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit wajah. Keunggulan masker ini dari produk sejenis lainnya adalah cara penggunaannya yang praktik. Masker ini boleh terus diaplikasikan ke seluruh wajah. Anda disarankan untuk menggunakan masker wajah ini seminggu sekali untuk memiliki wajah yang putih, bersih, dan lembab. Untuk hasil yang maksimal, gunakan produk dari Wardah Lightening Series.
PRO: Masker Wardah Lightening Face Mask dijual dengan harga yang murah dan isi yang banyak. Selain itu, aroma masker juga enak dan kandungannya tidak membuat kulit iritasi mahupun jerawat. Kulit juga jadi lebih mudah menyerap krim wajah setelah penggunaan masker ini.
KONTRA:Masker ini juga mengandung alkohol, pewangi, dan paraben.
Seperti namanya, masker wajah Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask dibuat menggunakan clay yang dikatakan berasal dari pegunungan Jeju di Korea Selatan. Ketika disapu pada wajah, masker ini menghadirkan sensasi dingin ala menthol. Kulit wajah jadi terasa segar dan lembab.
Apakah anda pernah merasakan pengalaman kulit wajah terasa seperti tertarik saat masker clay menjadi kering? Jika ya, jangan bimbang kerana setelah masker ini kering pada kulit, wajah anda tidak membuat kulit terasa seperti tertarik. Masker Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask ini mampu mengangkat komedo dengan sempurna. Minyak muka juga jadi lebih minimal. Kulit pun jadi lebih tegang.
PRO: Sesuai untuk kulit berminyak, blackhead, berjerawat, mahupun kulit kering. Lebih mudah dibilas dengan air panas.
KONTRA: Harus menggunakan spatula khusus untuk menyapukankan masker ini kerana tekstur clay-nya mempunyai tekstur yang padat.
Ingin mencari masker berkualitas dengan harga terjangkau ? Garnier Light Complete Whitening Peel off Mask ini bisa jadi pilihan tepat. Masker ini diperkaya akan ekstrak lemon. Fungsinya adalah untuk mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori-pori dari kotoran dan mencerahkan wajah.
Masker ini gak bikin kering di kulit. Sebaliknya dengan menggunakan masker garnier wajahmu akan lembut dan tampak lebih bersih. Menariknya lagi, anda hanya perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk memiliki masker mungil ini.
PRO: Satu masker cukup untuk digunakan. Mudah digunakan sebagai topeng mengelupas. Meninggalkan kulit lembut dan licin tanpa pengeringan. Pek yang mesra perjalanan.
KONTRA: Bagi mereka yang tidak gemar dengan bauan mungkin tidak memilih masker ini.
The Bath Box Breakfast Porridge. Masker ini diperkaya dengan kandungan oatmeal, rhassoul clay dan santan. Ketiga bahan tersebut bekerja secara bersama-sama dalam membantu mengangkat sel-sel kulit mati, mengontrol produksi minyak berlebih dan pastinya mencerahkan sekaligus menjaga keelastisan kulit. Kegunaan oatmeal ini juga antara lain untuk melembabkan kulit, membersihkan pori-pori dan mencegah kulit kusam.
PRO: Bahan yang digunakan daripada bahan alami, di samping itu, kemasan packaging travel friendly. Harganya yang berpatutan dan mudah didapati.
KONTRA: Belum tercatat number BPOM dan tarikh pembuatannya dan tidak boleh disimpan dalam jangka waktu panjang (maksima 1-5 bulan tergantung bagaimana cara penyimpanan masker.
Masker Made in India ini juga cukup popular! Masker ini dibuat dengan bahan-bahan alami, bebas alkohol dan non comedogenic yang tidak mencetus alergi. Masker ini mengandungi ekstrak daun nimba yang berguna dalam melawan bakteria penyebab jerawat.
Kandungan kunyit dalam masker untuk membantu mencerahkan dan melembutkan kulit. Serta Fuller Earth (Clay) yang berperanan aktif mengenyahkan kotoran pada kulit wajah. Tekstur masker ini lembut dan boleh memberikan efek menenangkan.
PRO: Pembungkusan mesra untuk di bawa kemana sahaja di samping terkandung beberapa bahan semula jadi yang membersihkan kulit dengan baik. Membersihkan kulit juga berfungsi sebagai skrub. Penggunaan secara meluas kerana harga yang berpatutan.
KONTRA: Bau herba yang kuat mungkin menjadi masalah dengan sesiapa yang tidak gemar baunya. Tidak mengandungi semua bahan semulajadi kerana ia mempunyai parabens. Sukar untuk dibasuh dan senarai ramuan lengkap tidak disebutkan.
Produk masker keluaran Innisfree memang cukup banyak. Salah satunya yang juga menjadi bestseller adalah Capsule Recipe Pack. Untuk varian mencerahkan wajah terdapat Promegranate Bubble. Masker ini diformulasikan dari bahan ekstrak buah delima dan gelembung oksigen yang berguna dalam menjaga keelastisan kulit. Selain itu juga diperkaya akan vitamin C yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. Vitamin C ini berperan sebagai agen pencerah kulit.
PRO: Pembungkusan yang membolehkan di bawa bila travel dan tidak perlu ruang yang besar untuk pengstoran di dalam bag solek. Harga yang berpatutan.
KONTRA: Kemasan pembukusan yang tidak tahan lama. Pada pek pembukusan tiada keterangan bahan-bahan melainkan anda melayari laman web untuk keterangan lanjut.
Rekomendasi masker yang berasal dari Taiwan, iaitu My Beauty Diary Strawberry Yogurt Mask. Sebagaimana nama, masker ini diformulasikan dengan kombinasi buah strawberi dan yogurt. Di dalamnya tersimpan fruit acids, mineral, enzim dan asam laktat yang membantu mengontrol produksi sebum, membersihkan kotoran, serta menyahkan sel-sel kulit mati. Kandungan lainnya adalah ekstrak mallow yang berperanan dalam memberikan kelembaban pada kulit dan menjadikan wajah cerah glowing. Ada pula kandungan arbutin sebagai agen pemutih wajah. Masker ini berbentuk sheet mask dengan essence di dalamnya.
PRO: Bau masker seperti Strawberry Yogurt, Yummy! Masker yang memberi impak berasa sangat sejuk terhadap wajah sesuai digunakan pada musim panas. Harga yang berpatutan.
KONTRA:Masker ini terlalu lembab, ketika menggunanya haruslah berhati-hati agar masker tidak koyak. Kelebaran masker ini juga agak sukar untuk mereka yang berwajah kecil.
Topeng tisu sakura putih ini sesuai untuk memberi pemutihan pada muka yang menyeluruh dan kemerah-merahan. Diperkaya dengan campuran ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin CG yang membantu melembapkan kulit secara mendalam dan membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap memberikan hasil kulit yang lebih jelas, lembut dan licin. Kulit anda kini lebih nampak cantik dan berseri selepas penggunaan topeng ini.
PRO: Saiz masker sesuai untuk semua jenis muka dan essennya mudah terserap dengan maksimal. Memiliki ekstrak sakura dari jepun dipadu dengan berbagai vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin B dan vitamin C.
KONTRA: Harganya yang agak mahal dan aromanya begitu kuat.
Masalah liang pori yang besar dapat diatasi dengan masker yang memberi ketegangan pada kulit dan menutupi pori anda. Dengan formula unik ekstrak kulit berangan, ekstrak witch hazel, ekstrak salicylic dan daun pudina sangat berkesan dan mampu mengetatkan pori-pori untuk kulit yang lebih licin dan lebih sempurna. Kulit yang berliang pori kecil semestinya kulit yang bebas dari minyak dan bebas dari pori tersumbat yang boleh menyebabkan masalah kulit yang lain. Topeng yang wajib untuk dicuba untuk kulit yang lebih cantik berseri.
PRO: Masker hidrogel akan menyediakan penjagaan kulit wajah yang kompleks sebagai tambahan kepada pembajaan yang mendalam dan memberi kesan ke arah lain seperti pemakanan, pengangkatan, tanda-tanda penuaan, normalisasi aktiviti kelenjar sebaceous, peremajaan, peningkatan warna kulit dan sebagainya.
KONTRA: Mana-mana topeng hidrogel lebih mahal daripada biasa. Sesuai dengan kulit wajah yang sangat berminyak.
Timewise Repair Bio-cellulose Mask yang akan melenyapkan semua kegusaran wajah. Jika anda mempunyai garis-garis halus atau kedutan pada wajah, Timewise Repair Bio-cellulose untuk kulit yang kurang anjal, kurang tegang dan tidak berseri, masker muka ini mampu menyerlahkan semuanya kembali. Rumusan ini terkenal dengan khasiat merawat kulit dan antara bahan yang terkandung di dalamnya adalah ekstrak kernel oat, ekstrak orkid dan sodium hyaluronat.
Hanya sehelai masker sahaja yang diperlukan untuk memberikan khasiat khas kepada kulit wajah anda untuk menjadikan ia kelihatan lebih cerah, muda dan lembap. Masker ini juga mampu membuatkan kontur muka kelihatan lebih tegang dan pejal, sambil membantu menganjalkan kulit, menjadikan ia kelihatan lebih muda dan sihat. Kulit anda akan tampak indah berseri dan lembap selama 24 jam. Masker ini adalah belaian sempurna untuk wajah.
PRO:Masker muka ini adalah ia menggunakan inovasi selulosa-bio (bio-cellulose), bahan murni berasaskan tumbuhan yang dibuat daripada air kelapa. Masker dibuat menggunakan fabrik 3D serapan tinggi yang dibentuk dengan gentian berkait yang membenarkan rumusan kompleks penuh kebaikan meresap jauh ke dalam fabrik ini.
KONTRA: Harga yang agak mahal dan sukar untuk di dapati di kaunter kosmetik kecuali online dan melalui agen.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakan ‘beauty junkie’ pernah mendengar tentang retinol, tetapi hanya sebilangan yang memahami fungsinya. Retinol adalah salah satu daripada banyak anggota keluarga retinoid.
Retinoid adalah sebatian yang diperoleh daripada vitamin A datang dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Secara praktikal menjamin bahawa terdapat retinoid yang sempurna untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat retinol.
Terdapat tiga jenis retinoid yang boleh anda dapatkan di kaunter: Retinil palmitat, Retinaldehid dan Retinol. Jom lihat persoalan yang selalu bermain di minda anda dan ini jawapannya dari pakar.
Retinol ialah salah satu jenis retinoid yang paling biasa kerana ia boleh didapati di kaunter dan kurang berkemungkinan menjengkelkan untuk “pemula.” Guna retinol terlalu banyak, anda mungkin mengalami kulit merah, jengkel, dan mengelupas. Namun, bila digunakan dengan berhati-hati, retinol berpotensi menjadi salah satu penyelesaian pencegahan dan proaktif terbaik untuk kulit tidak kira usia anda.
Ramai orang takut dengan retinol kerana ia telah lama dikaitkan dengan pengelupasan kulit. Pada hakikatnya, retinol adalah bahan yang diteliti dengan baik dan mempunyai kredibiliti yang kuat dalam komuniti perubatan. Setakat ini, tiada kesan buruk jangka panjang daripada penggunaan retinol. Walaupun terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin dianggap tidak menyenangkan, ini biasanya diatasi dengan mudah dengan persiapan yang betul.
Tidak pernah terlalu awal untuk mula menggunakan retinol untuk tujuan anti-penuaan. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis kulit mendapat manfaat daripada pelbagai jenis retinoid. Kulit yang matang mungkin memerlukan produk kekuatan preskripsi, seperti tretinoin dan asid retinoik. Mulakan dengan retinol gred perubatan yang lebih lembut, jenis retinol tersebut lebih ringan dalam dos atau dikemas untuk pelepasan yang lebih perlahan.
TERBAHARU DI PASARAN:
Jenama penjagaan kulit dermatologi terkemuka Dr. Dennis Gross dengan bangganya memperkenalkan rangkaian Advanced Retinol + Ferulic yang dicipta semula, disesuaikan untuk semua peringkat umur. Sama ada anda berusia 20-an atau 50-an, Advanced Retinol + Ferulic mempunyai sesuatu untuk anda. Formulasi yang selamat dan berkesan ini dikalibrasi agar berlapis-lapis untuk membantu anda mencapai matlamat kulit anda seumur hidup (kelihatan lebih cerah dan segar) dan menghilangkan ketakutan dari penuaan.
“Kuncinya adalah untuk membuat banyak formula yang dapat disatukan dalam rejimen siang dan malam, Saya telah menggabungkan retinol, asid ferulat, rambutan dan bakuchiol yang disokong oleh sains sebenar dan terbukti dapat meningkatkan kesan seperti retinol tanpa menjejaskan kesihatan kulit. Formulasi baru yang luar biasa ini untuk membuktikan bahawa ia berfungsi lebih baik untuk merawat masalah kulit, cela, liang yang membesar, tekstur, garis halus & kedutan, kulit yang lemah, dan kerosakan akibat sinar matahari tanpa menjejaskan kulit dengan cara apa pun. ”. – Dr. Dennis Gross
Vitamin A adalah nutrien penting yang terdapat dalam dua jenis: retinoid dan karotenoid. Badan menukarkan kedua-dua jenis kepada retinol dan sama ada menyimpannya di dalam hati atau mengangkutnya ke seluruh badan. Apabila digunakan secara topikal, retinol dapat meningkatkan pergantian sel kulit dan merangsang pengeluaran kolagen.
Adalah salah tanggapan umum bahawa retinol menipiskan kulit. Namun, yakinlah, ini tidak benar. Kerana retinol merangsang pengeluaran kolagen, kulit anda sebenarnya akan menebal dan menjadi lebih kuat setelah anda menambahkannya ke rutin kecantikan anda. Umumnya, mengelupas paling teruk apabila anda mula menggunakan retinol dan akhirnya mereda. Begitu juga, kerana kulit anda perlu menyesuaikan diri dengan retinol, jerawat mungkin menjadi lebih teruk sebelum ia bertambah baik. Kesan sampingan lain yang biasa termasuk kekeringan kulit. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menguruskan gejala ini dan yang lain dengan rutin pelembapan.
Lebih baik mencegah masalah daripada berusaha membalikkannya. Tidak ada kesan buruk yang diketahui oleh kanak-kanak atau remaja menggunakan retinol. Pada masa muda, wajah sering menderita kerana jerawat. Rutin penjagaan kulit yang baik boleh menghalangnya, menjadikan peningkatan keyakinan satu lagi faedah tersembunyi retinol.
Selain retinol, terdapat banyak jenis retinoid lain yang terdapat di pasaran. Anda yang mempunyai kulit sensitif mungkin boleh pertimbangkan memulakan dengan ester retinoid. Adapalene adalah produk bebas yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jerawat, kerana ia berfungsi untuk melambatkan pertumbuhan berlebihan dan menghilangkan kulit menjadi radang.
Tempoh masa yang diambil untuk melihat hasil bergantung pada pelbagai faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada jenis kulit anda, dos produk dan jumlah produk yang digunakan. Secara amnya, anda dapat melihat manfaat retinol setelah kira-kira 12 minggu penggunaan secara konsisten. Jangan menganggap bahawa lebih banyak adalah lebih baik, kerana ini boleh membawa kepada hasil yang buruk. Pertaruhan terbaik anda semasa menggunakan retinoid adalah membina toleransi. Mulailah perlahan dan lakukan dengan lebih baik. Anda tidak semestinya harus menggunakan retinoid kekuatan preskripsi untuk melihat hasilnya. Sebaliknya, menggunakan retinoid yang terlalu kuat boleh membawa kesan sampingan yang lebih menjengkelkan. Tidak perlu ya!
Ia sepatutnya tidak mengejutkan bahawa sesetengah orang mengambil kesempatan daripada kegilaan retinol dengan menjual produk tiruan di Amazon atau eBay. Sekiranya kedengarannya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin itu. Satu-satunya cara untuk memastikan anda mendapat produk berkualiti tinggi dan sahih adalah membeli dari penjual sah dan sah seperti The Skin Spot. Jangan mempertaruhkan kesihatan kulit anda dengan baik.
Retinol meneutralkan sebarang radikal bebas yang mungkin menyebabkan kerosakan kolagen pada kulit. Tubuh anda akan mula menghasilkan lebih sedikit kolagen seiring bertambahnya usia. Retinol boleh membantu mengekalkan simpanan kolagen anda, merangsang pengeluaran kolagen baharu dan menebalkan lapisan kulit tempat kedutan terbentuk. Oleh itu, kedutan dan garis-garis halus yang ada mungkin kelihatan “dilicinkan.”
Tidak kira peringkat kehidupan anda, terdapat kemungkinan besar bahawa retinol mendapat tempat dalam rutin anda. Sama ada anda ingin membersihkan jerawat, membalikkan penuaan, atau hanya mencari cahaya yang lebih berseri, retinol adalah pilihan yang baik. Adalah jelas untuk melihat bahawa retinol adalah lebih daripada gembar-gembur. Mereka yang berusia 20-an atau awal 30-an mungkin mendapat manfaat daripada menggunakan retinol sebagai rawatan pencegahan penuaan.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.