Tidak semestinya produk solekan yang mahal mampu berikan kamu kekemasan apabila bersolek jika tidak kena dengan caranya. Jika produk yang dipilih tidak tepat, ia boleh memberi kesan buruk kepada wajah.

Langkah-langkah untuk gaya solekan yang ringkas dan mudah.

Sumber gambar: Croda

Apabila berbicara tentang langkah atau persediaan sesuatu solekan, setiap individu mestilah senantiasa peroleh idea utk mempersiapkan kulit wajah dengan rutin “skincare” terlebih dahulu. 

Selepas dengan persediaan kulit wajah yang rapi, kita perlukan lapisan bedak asas yang ringan dan nipis. Ini untuk pastikan kulit nampak lebih segar. 

IKLAN

Anda boleh menggunakan BB-Cushion atau “coloured tinted moisturiser” menjadi bedak asas dalam gaya solekan anda.

Untuk solekan mata, anda boleh menggunakan rona coklat atau emas. Warna-warna asas ini adalah ‘basic” untuk solekan mata wanita asia. Satu warna sudah mencukupi untuk menghasilkan gaya solekan ala ‘nude’.

Pada bahagian pipi dan bibir, kami mengesyorkan warna-warna lembut atau “nude” kerana warna sedemikian tampak lebih manis dan melembutkan wajah seseorang.

Tip penting untuk memastikan pemilihan produk solekan itu benar-benar sesuai dengan wajah.

IKLAN

Amalkan konsep “the more you discover, the more you understand yourself’. Perkara yang berkaitan dengan kulit dan penggunan persendirian, adalah dinasihatkan untuk individu tersebut untuk mencuba produk-produk tersebut buat terlebih dahulu. Tak semua individu punya kulit, alahan dan keselesaan yang sama.

Berkaitan isu “DO’s and DONT’s’ dalam industri solekan ni, banyak dalam kalangan kita punyai pendapat masing-masing. Ada yang berpendapat macam sebegini dan ada pula yang sedemikian. Namun, as long as wajah kita “siap” dan tidak menjelikkan pandangan orang sekeliling, itu sudah memadai dalam menjalani seharian kita.

Kesan teruk akibat pemakaian makeup. Bagaimana cara untuk menghindari masalah ini?

IKLAN

Sumber gambar: Inkfinityyy

Breakout? Jerawat? Blackhead? Perkara sedemikian sering membelenggu bagi mereka yang gemar menatarias wajah lagi-lagi yang memakai solekan setiap hari. Jadi untuk memastikan masalah ini tidak terjadi, kita harus punya rutin penjagaan kulit yang konsisten dan bernas. Ini adalah untuk memastikan kulit kita bebas dari sebarang kotoran atau pencemaran, sebaiknya pada waktu malam, waktu tidur. 

Lagi satu tip untuk mengelakkan masalah kulit dari penggunaan make up ialah, cuba latih diri supaya tidak hanya bergantung pada makeup untuk tampak cantik. Cuba amalkan petua-petua tradisional yang boleh membantu kita tampak lebih cantik secara alami.