Nama selebriti terkenal, Nur Fazura menjadi bualan ramai selepas tular videonya di media sosial berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit di akaun TikTok DJ Sonic Hussien, Fazura dilihat berada di butik mewah tersebut sambil ditemani suami tersayang, Fattah Amin.
Pelakon Langit Cinta juga dilihat sibuk menyusun puluhan beg tersebut sambil mengagihkan kepada semua stafnya yang terdiri daripada kaum wanita dan lelaki.
Menghargai pemberian yang diberikan, salah seorang stafnya mengucapkan terima kasih kepada Fazura.
“Terima kasih kepada Kak Faz kerana memberi pemberian seindah ini. Alhamdulillah,” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai warganet yang terharu dengan tindakan aktres itu dan turut mengidamkan untuk mendapat majikan yang baik sepertinya.
“Macam mana nak kerja dengan Fazura? Best dapat majikan macam ni. Hargai staf, terasa dihargai betul dapat macam ni.
Ads
“Takde pun dia tunjuk dalam socmed. Humble dia memang dari dulu minat Fazura!
“She has such a big heart! There’s a reason why I have liked her since I was in school. Moga Faz terus istiqomah menuju redha Allah amin,” antara komen-komen warganet di video tersebut.
Sebelum ini, hijab jenamanya, Tudung Fazura telah tular selepas 80 ribu helai habis terjual dalam masa dua jam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Ads
Sebagai rekod, Fazura dan Fattah telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang puteri, Nur Fatima Aisya yang telah dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Ibu bapa adalah antara figura yang paling risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Malah, bukti cinta dan kasihnya kedua orang tua, ada diantara ibu bapa sanggup mahu menggantikan kesakitan yang dihidapi sang anak sekiranya diizinkan Allah.
Begitu juga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah ini, Adi Saifullizam Abdul Sani yang sanggup ‘berkhemah’ di dalam kenderaan hanya kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan si anak yang kini terlantar di hospital kerana diuji menghidapi tumor otak.
Baru-baru ini sebuah portal infortainment, memaklunkan tentang kisah pengorbanan Adi, 40 tahun yang sanggup bermalam dan tidur di dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, bagi memudahkan urusan isterinya yang memantau keadaan anak bongsunya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan kereta Proton Satria yang dipasang khemah pada bahagian belakang kenderaan itu yang setia menanti di tempat parkir Hospital.
“Anak bongsu saya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sedang mendapat rawatan di hospital, setelah doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, Adi berkata setelah anaknya itu menjalani pembedahan untuk tujuan pengambilan sampel sel pada Sabtu lalu, keadannya semakin stabil. Tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB ditemani isterinya.
“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalanikemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung tindakkanya itu, ini respon yang diberikan oleh Adi.
“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.
“Nak tinggal di homestay, pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.
“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” ujar bapa kepada tiga anak itu.
Ini demikian kerana, menurut Adi, buat masa ini dia masih belum dimaklumkan oleh Doktor apakah langkah susulan yang bakal diambil terhadap kondisi kesihatan anaknya. Justeru, jumlah kos sebenar rawatan juga masih belum dapat diputuskan lagi.
Sekadar info, adi yang membanting tulang empat kerat sebagai operator kilang dan isterinya yang tidak bekerja mengakui perlu berjimat dengan mencatu kewangan sedia ada.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia mengambil cuti tanpa gaji khusus untuk memantau perkembangan kesihatan anaknya, serta memudahkan urusan isterinya kerana jarak rumahnya yang berada di Trolak agak jauh jika ingin berulang ke hospital.
Sehubungan itu, Adi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang banyak membantu dia dan keluarga untuk keluar dari kemelut kewangan itu.
“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.
“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya dijaga oleh keluarga terdekat buat sementara waktu.
Hijabista mendoakan agar adik Muhammad Afeef Mikhail diberikan kesembuhan segera, serta tiada kesakitan selepasnya dan semoga segala urusan ayahnya, Adi Saifullizam Abdul Sani sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT.
Model, usahawan serta pelakon cantik Sharifah Rose menitipkan ucapan bermakna sempena ulangtahun kelahiran ibunya, Noraini Dahlan di mana dia berterima kasih kepada ibunya itu kerana menjadi inspirasi dan sentiasa ada di sisi.
Ucapan itu dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya baru-baru ini.
Hantaran tersebut memaparkan Sharifah Rose bersama ibu, bapa serta adik lelakinya sedang meraikan momen itu secara private di sebuah restoran.
Mereka sekeluarga kelihatan sangat ceria dan bahagia apabila menyarungkan pakaian sedondon berwarna putih dengan sentuhan warna coklat lembut.
Selain teruja melihat kebahagiaan dan keakraban keluarga ini, rata-rata para pengikut dan peminat Sharifah Rose terpegun melihat kecantikan ibu Sharifah Rose.
Maka, tak hairanlah Sharifah Rose yang berusia 26 tahun ini memiliki kecantikannya yang tersendiri.
Memetik perkongsian Sharifah Rose di ruangan kapsyen bersempena ulangtahun kelahiran ibunya baru-baru ini: –
“Umi, thank you for your love along my journey, for standing by my side, an ever present guide for every moment and every day. Thank you for being such an inspiration woman you are. I love you, happy birthday umi,” tulis Sharifah Rose di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan hari lahir sambil menyifatkan ibu Sharifah Rose sebagai seorang wanita yang cantik.
Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibunya berketurunan Melayu-Jawa manakala bapanya pula berketurunan Melayu-Arab.
Sharifah Rose memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan personaliti media sosial.
Graduan Ijazah Perniagaan dan Asasi Undang-Undang ini juga pernah tampil dalam muzik video pertamanya untuk lagu ‘Vroom Vroom’ nyanyian Nabila Razali.
Antara drama yang telah menaikkan nama Sharifah Rose ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Dua Darjat.
Sharifah Rose juga pernah menjadi peserta dalam rancangan realiti Master in The House Malaysia pada 2022.
Terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’, anak kepada pelakon Aman Graseka dalam keadaan yang kurang sihat. Baru sahaja berusia dua tahun dia dimasukkan ke hospital akibat demam sehinggakan sawan.
Anak lelakinya itu, Aishyraf Mikail Shah, mulai menunjukkan kurang sihat sejak lima hari yang lalu. Majlis yang sepatutnya di lakukan pada bulan ini terpaksa di tunda ke bulan Disember depan.
Menurut laporan dari Harian Metro, anak kepada Aman Graseka mula demam sehinggakan dia sawan. Kini matanya pula di jangkiti virus dan kelihatan bengkak.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti,
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Dia kini yang menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah memaklumkan anaknya itu telah dibawa berjumpa bersama pakar bagi mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar,
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata,
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” ujarnya lagi.
Aman juga akui dia sukar untuk mendapat panggilan berlakon oleh kerana menetapkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan muhrim dalam lakonannya. Katanya, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon,
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Namun, Aman pecaya syarat yang dia tetapkan ini akan memberikan sedikit kesan kepada kariernya. Tetapi dia tetap percaya bahawa rezeki akan datang selagi dia berusaha untuk mencarinya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.