Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan sama cantik sama padan iaitu Nadzmi Adhwa dan isteri iaitu Ardell Aryana di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong.
Bertemakan serba putih, majlis yang diadakan tampak sangat eksklusif dan kedua mempelai seperti raja dan ratu di musim salju!
Wanita dan solekan sememangnya sahabat karib yang tak boleh dipisahkan. Malah, sesi menatarias wajah tidak akan sempurna jikan tidak mengoleskan pemerah bibir atau gincu yang mampu menaikkan lagi seri solekan sekiranya hijabi bijak menyesuaikan warnanya!
Tetapi lambakan rona warna gincu di pasaran sering membuatkan perempuan menjadi runsing, kerana tak tahu warna yang bagaimana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis solekan dan menaikkan seri wajah.
Sebagai panduan anda, di sini Hijabista senaraikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan ketika memilih warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit, sekaligus menaikkan seri wajah anda!
Tahukah anda, bahawa warna dan tona kulit seseorang sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menatarias wajah dan solekan. Ramai yang sering mengabaikan ‘fakta’ ini dan gagal memilih warna gincu yang tepat untuk disuaipadan dengan tona kulit.
Justeru, langkah pertama yang sis perlu lakukan untuk mendapat lipstik yang bersesuaian adalah, kenal pasti terlebih dahulu, warna dasar kulit anda!
Warna dasar kulit wanita di Asia khususnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori tona warna iaitu tona sejuk (Cool Tone), Tona panas (Warm Tone) dan Neutral.
Tona-tona ini dapat diklasifikasikan dan ditentukan dengan mudah, caranya anda hanya perlu melihat pembuluh darah yang ada pada tangan masing-masing je.
Bagi mereka yang mempunyai tona kulit sejuk, biasanya mempunyai pembuluh darah yang jelas kelihatan berwarna biru. Mereka dengan pembuluh darah berwarna ini, umumnya mmepunyai kulis yang putih dan cerah serta adakalanya berkulit pucat kerana terlalu cerah.
Oleh itu, jika anda mempunya tona kulit yang sebegini dan mendambakan ‘natural look’ dalam solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan merupakan pilihan yang paling tepat!
Namun, sekiranya anda inginkan ‘extra look’ yang lebih seksi bak mira Filzah, bolehlah memilih gincu berwarna merah darah ataupun merah kecoklatan dan juga merah hati kerana ia mampu memberi impak classy kepada solekan anda!
Kulit bertona neutral adalah warna dasar kulit kebanyakkan wanita Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, mempunyai pembuluh darah yang samar-samar tidak terlalu biru mahupun hijau.
Warna tona kulit neutral bermula dari warna kulit yang terlihat yang boelh dikategorikan sebagai ‘kuning langsat’ hinggalah kepada tina warna lebih gelap yang dikategorikan sebagai ‘sawo matang’.
Bagi si kuning langsat, rona gincu dalam tona merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang mampu menaikkan seri wajah anda jika mahu tampil minimalis dalam solekan natural seperti Yuna ini.
Tetapi jika anda juga boleh mengoles bibir dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap untuk mendapatkan soft looks dalam penampilan ringkas seharian.
Malah, jika inginkan kelainan dan berani tampil ‘bold’, Hijabi disarankan untuk memilih warna merah menyala atau oren terang pula, kerana rona warna ini mampu menyerlahkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai!
Jika sis memiliki kulit sawo matang pula, adalah amat digalakkan memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap contohnya seperti, warna merah beri dan warna coklat koko kemerahan. Pastikan anda menjauhi warna-warna yanh terlalu terang seperti oren ataupun merah jambu.
Ini demikian kerana, warna-warna yang terlampau terang akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap dan solekan kelihata kelam membosankan dan tidak bermaya.
Bagi pemilik warna dasar kulit panas pula, mereka mempunyai pembuluh darah yang tidak terlalu kelihatan samada berwarna biru ataupun hijau.
Tona warna kulit jenis ini, dapat dikategorikan dalam beberapa tona warna gelap seperti tan, coklat gelap dan hitam. Malah, jika anda pandai menatarias wajah dengan solekan yang tetap warna kulit ini tetap tidak menghalang anda untuk menyerlah dan kelihatan cantik persis finalis Dewi Remaja yang sorang ini, Eiman.
Anda disarankan untuk menggunakan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, warna ini bakal menyerlahkan lagi sisi semulajadi dalam penampilan anda. Anda akan terlihat ‘Efforless Natural Beauty’. Jika ingin serlahkan keanggunan dan keayuwan wajah anda pula, gunakan warna coklat muda atau pic gelap amatlah disarankan!
Bagi yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam pula, jangan risau sis! Masih ada pewarna bibir yang sesuai untuk anda lengkapkan solekan pada wajah tu.
Pilihlah warna ungu muda atau ungu tua kerana ia merupakan pilihan terbaik bagi penampilan natural look anda. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, boleh membantu membuatkan sisi seksi anda lebih menyerlah dan ketara tau.
Dah tau cara nak pilih gincu mengikut tona kulit kan? Jangan lupa aplikasikan setiap kali membeli lipstik nanti tau!
Nak turun berat badan? Pasti anda akan diet! Akan tetapi, diet juga sangat menitikberatkan tentang makanan dan waktu anda makan. Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk memulakan hari anda. Tahukah anda, beberapa jenis tabiat sarapan yang kurang baik juga mempengaruhi diet anda.
Seperti yang anda tahu, sarapan merupakan waktu makanan yang sangat penting. Ini termasuklah ketika anda berdiet. Oleh itu, anda perlu mengikuti waktu dan menu makanan dengan betul. Sarapan diet juga sama agar usaha anda berjaya. Jadi, adakah tabiat yang tidak bagus mempengaruhi usaha seseorang untuk berdiet?
Jawapannya adalah ya! Kebanyakan antara kita tidak sedar akan tabiat yang tidak bagus selalu kita lakukan. Kadang-kadang sampai membuatkan diet yang kita lakukan itu sia-sia dan buang masa sahaja. Menurut Hellodoktor, banyak orang yang melakukan tabia ini tanpa sedar dan berasa buntu apabila diet tidak menjadi.
Apabila berdiet, ramai antara kita yang fokuskan hanya pada menu makanan dan juga minuman sahaja. Ia merupakan perkara yang betul. Akan tetapi, terdapat satu lagi aspek selain menu diet yang perlu diikuti iaitu, tabiat-tabiat tidak bagus yang tanpa sedar dan kerap anda lakukan. Tabiat sarapan waktu pagi yang tidak bagus buat diet anda:
Apabila lapar kita perlu makan, akan tetapi anda tidak boleh makan apa sahaja pada waktu pagi disebabkan perut lapar. Kebanyakan orang akan mencapai apa sahaja yang ada di dapur mereka atau di atas meja tanpa memikirkan tentang kalori dan nutrisi. Anda hanya beranggap asalkan anda tidak meninggalkan sarapan.
Menurut pakar diet, hal ini adalah tabiat tidak bagus kerana anda tidak memikirkan tentang kalori yang anda ambil. Lebih kepada anda tidak memikirkan kualiti dan kuantitinya. Anda hanya fikir lapar sahaja.
Selepas itu, anda pasti akan mengambil sarapan dengan jumlah yang sangat banyak. Ini akan menyebabkan perut anda kembung atau sebu. Apabila ini terjadi, anda akan mula merasakan malas dan sudah menjejaskan hidangan waktu lain dan aktiviti harian. Ini juga akan menyebabkan anda tidak produktif dan rasa malas lalu akan mudah menggagalkan usaha berdiet anda!
Teknologi terkini mengadakan ramai mempunyai tabiat untuk melihat skrin teknologi seperti telefon pintar, komputer riba atau televisyen untuk mengetahui maklumat dan berita terkini. Ini merupakan silap yang besar kerana jika anda melakukannya pada waktu pagi ia akan menjadi punca untuk diet anda gagal. Ini kerana, apabila anda melihat skrin anda akan tidak sedar akan jumlah pemakanan yang diambil. Malah, anda akan kerap menambah jumlah makanan dan akan menyebabkan diet anda musnah.
Kesibukan harian membuatkan ramai orang lebih gemar untuk singgah ke pandu lalu restoran makanan segera untuk membeli sarapan pagi. Apabila sudah lambat nak pergi kerja, pasti anda akan memilih restoran makanan segera untuk membeli sarapan pagi.
Jika anda sedang diet pasti anda memikirkan bahawa anda mengurangkan atau skip waktu salah satu makan pasti akan membuatkan anda mudah turun berat badan. Akan tetapi ianya salah! Logiknya, ia akan membuatkan anda ingin makan banyak pada waktu lain lalu akan menggagalkan diet anda.
Akhir kata, untuk mengelak tertinggal sarapan, anda set jam dan jangan tekan butang snooze pada waktu pagi. Ingat bahawa sarapan adalah waktu terpenting untuk makan apabila berdiet. Cuba elak dari melakukan tabiat-tabiat ini. Semoga diet anda berjalan dengan baik dan dapat turun berat badan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral minggu ini apabila dikatakan ramai dalam kalangan jemaah kita yang mahu menunaikan ibadah haji musim ini terkandas gara-gara masalah visa. Salah seorang adalah selebriti cantik, Neelofa daan keluarga. Namun masalah itu berjaya diatasi dan mereka sekeluarga kini telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah.
Selain Erra Fazira dan Neelofa, selebriti berhijab yang cantik dan santun orangnya Wany Hasrita juga diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Wany berkata dia mendapat jemputan istimewa untuk menunaikan haji dari Kedutaaan Arab Saudi.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27 tahun berkata dia menerima tawaran berkenaan kurang daripada seminggu dan giat melaukan persiapan terakhir dalam melaksanakan rukun Islam kelima.
Terbaru, status dimuat naik di laman sosial, Wany memberitahu dia dan kawan baiknya Amira Othman berada di aiport untuk bertolak ke Jeddah bagi menunaikan fardhu haji.
Selebriti cantik lagi santun ini juga turut memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang atau terguris hati.
Malah dia turut memohon semua pengikutnya mendoakan dirinya selamat pergi dan balik dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mengerjakan rukun kelima ini.
Assalamualaikum semua, insyaAllah dlm beberapa jam lg wany @amiraaothman akan bertolak ke Jeddah utk menunaikan fardhu haji.
Wany nk minta maaf semua salah silap wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2. Doakan wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.
Kalau ada sesiapa nk kirim doa, boleh comment dibawah, insyaAllah ada masa wany sampaikan
Rakan selebriti serta pengikut penyanyi yang kini popular dengan single Terlalu Memuja turut memberikan kata-kata positif tentang pemergiannya ke Tanah Suci ini.
kakgirlsebenar Semoga Allah permudahkan dan mmberkati ibadah dan perjalan pergi dan pulang. Amin
Sementara itu, Amira Othmn juga turut muat naik status memberitahu tentang pemergiannya ke Tanah Suci. Bagi Amira, pemergian ke rumah Allah ini dianggap ‘betul-betul’ ajaib dan segalanya telah diatur oleh Allah.
Dia juga turut memohon maaf jika ada salah dan silap serta mahu semua pengikut mendoakan perjalanan pergi dan balik serta mendapat haji mabrur.
Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah
Hijabista mendoakan agar Wany Hasrita dan Amira Othman dipermudahkan segala urusan melakukan ibadah haji di sana.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.