Semalam telah berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 dimana lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel ciptaannya sendiri bersama Omar K telah dinobatkan sebagai juara.
Tempat kedua dan tempat ketiga pula telah diberikan kepada lagu Bangun nyanyian Aman RA karyanya bersama Navigator dan Anta Permana oleh Bob ciptaan Hael dan Ezra Kong.
Rata-rata memang sudah menjangkakan kemenangan lagu Sumpah itu kerana kehebatan melodi dan senikatanya.
Pada malam itu juga, persembahan Anta Permana mencuri tumpuan semua apabila penyanyi asalnya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewanya setelah sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Ads
Agak menghampakan apabila micnya tidak dapat berfungsi dengan baik pada awalnya dan membuatkan penonton di rumah berasa hampa dengan situasi tersebut.
Walau bagaimanapun, kemunculannya itu tetap memukau semua yang berada di dalam dewan mahupun yang menontonnya di rumah. Apatah lagi penampilannya yang serba merah membuatkan penonton tidak jemu memandang. Memang mengubat kerinduan!
Bagi mengubati kekecewaan peminat semalam, ada versi terbaharu tanpa gangguan yang telah dimuat naik oleh TV3 di laman YouTube mereka. Khas buat peminat Tok Ti!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba pada 22 April 2023 (Sabtu) ini. Ini tarikh akhir pos barang sebelum raya yang ramai patut tahu sebelum shopping online.
Memandangkan kini kebanyakkan pengguna masih membeli barangan secara dalam talian,
Perlu tahu tentang tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Menurut paparan di laman platform perniagaan seperti Shopee dan Lazada, telah dinyatakan tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Berikut dikongsikan juga tarikh akhir pengeposan dari syarikat kurier seperti Pos Laju, DHL, J&T dan lain-lain seperti di bawah, semoga membantu
TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023
NINJA VAN – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
J&T EXPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
ARAMEX – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Gdex – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
City Link – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Nation Wide – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Skynet – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
FedE – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
DHL EXPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
SHOPEE XPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
POS LAJU – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Perlu diingatkan bahawa anda masih boleh mengepos pada hari selepas tarikh di atas, namun barangan bakal sampai ke destinasi selepas HARI RAYA AIDILFITRI. Rancang pembelian anda dengan bijak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tertarik dengan keperibadiannya yang lebut, itulah menjadi pilihan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail kepada bakal suaminya, Da’i Syed. Mereka yang telah melangsungkan pertunangan pada baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Tambahan lagi, pendakwah bebas dan pengacara TV itu tidak lama lagi bakal melangsungkan pernikahan mereka dalam temph yang terdekat. Bagaimanapun, tarikh pernikahan rasmi tidak lagi di dedahkan.
Memetik di Astro Awani, Hana Ismail menjelaskan dia terpikat dengan keperibadian yang di miliki oleh pendakwah bebas, Da’i Syed. Katanya, dia memiliki pengetahuan dalam Islam yang membuatkan dia menerima lamaran tersebut.
“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya,
“Dalam masa sama, Syed sangat takzim dan memuliakan ulama juga sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.
Hana juga berkongsi tentang pengisian sesi taaruf yang diadakan pada Oktober lalu dimana dia membuat solat istikharah untuk memintak petunjuk daripada Allah SWT.
“Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,
“Saya mohon doa terbaik dari semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. Insya-Allah saya akan uar-uarkan nanti. Doakan kami.” ujarnya.
Bagaimanapun, Hana Ismail enggan mengeluarkan apa-apa maklumat berkenaan tarikh pernikahan. Dia mengharapkan untuk orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka kelak.
Sumber: Astro Awani
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.