Bayangkan konten-konten kesukaan sis dihimpunkan dalam satu tempat… Ada artikel, video, podcast – termasuklah dari Hijabista, semuanya dalam satu aplikasi terbaharu yang dinamakan seeNI!
Nu Ideaktiv, dengan gembiranya memperkenalkan seeNI, sebuah aplikasi baru yang direka untuk mengumpulkan pelbagai jenis konten dalam satu lokasi yang mudah diakses.
“Tujuan seeNI dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses konten-konten lokal yang pelbagai. Kami di seeNI ibaratnya chef yang dah ada semua bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan untuk selera setiap lapisan generasi.
Jadi kami gabungkan semuanya untuk menghasilkan sesuatu yang semua orang boleh kongsi dan enjoy bersama-sama.” Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim
seeNI merupakan aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai jenis konten di dalamnya. Konten yang dipilih telah diteliti sesuai dengan selera dan minat para pengguna.
Sama ada anda seorang peminat fesyen, sedang mencari ilmu keibubapaan, seorang peminat sukan, atau sedang mencari pencerahan spiritual- seeNI bersedia dengan sesuatu yang istimewa untuk anda.
Ads
Platform kami menawarkan pelbagai pilihan konten sesuai selera masing-masing. Artikel bagi mereka yang gemarkan berita dan pandangan dengan maklumat yang mendalam untuk memberi informasi dan hiburan.
Podcast yang membawakan perbincangan tentang topik-topik menarik. Pelbagai jenis video untuk menghibur dan mendidik dan novel dalam talian yang akan membawa anda menjelajah ke alam baru.
Ads
Konten-konten yang diperolehi di seeNI diperoleh daripada rangkaian 19 penerbit digital terkemuka di bawah payung Nu Ideaktiv. Penerbit-penerbit terkemuka ini menghasilkan konten berkualiti dalam pelbagai bidang. SeeNI pula telah mengumpulkan konten-konten di dalam aplikasinya, menjadikan akses lebih mudah bagi pengguna.
“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan seeNI sebagai destinasi utama bagi pencinta konten lokal di luar sana. Dengan seeNI, anda boleh menjelajah dunia pengetahuan, hiburan, dan inspirasi, semua dalam satu tempat.”
Sangat mudah untuk download seeNI dalam peranti digital sis. Ikut cara-cara di bawah:
1. Scan QR kod di bawah. Atau download seeNI di Playstore atau Google Store.
2. Pilih tetapan bahasa yang disukai.
3. Pilih kategori yang diminati. Anda boleh memilih seberapa banyak yang anda mahukan.
4. Tahniah, seeNI anda bersedia untuk digunakan! Masa untuk skrol sampai lebam!
Kehidupan masa kini lebih banyak memerlukan kita ‘bersahabat’ dengan gajet. Gajet bukan sahaja untuk mencari maklumat namun ia digunakan dalam proses komunikasi dan memudahkan tugasan harian.
Aplikasi mudah alih diperanti pintar menjadikan kehidupan menjadi lebih mudah. Jika sebelum ini anda menghadapi masalah ‘kehilangan’ aplikasi kegemaran yang dimuat turun, kini masalah ini tidak lagi menghantui anda. Dapatkan aplikasi kegemaran anda dengan mudah melalui Huawei nova 7 Series terbaharu dari Huawei.
Gunakan aplikasi Huawei Phone Clone untuk memindahkan data dengan mudah seperti memindahkan kenalan, SMS, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi dari telefon lama ke telefon pintar Huawei baharu anda.
Tidak kira sama ada anda pengguna iOS atau android, Huawei Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama. Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store.
Pemindahannya ‘super cepat’ sehingga mencapai kelajuan 1GB dalam tempoh seminit. Foto, video, kenalan, dan fail lain yang anda sayangi akan dipindahkan dengan mudah dan selamat. Anda tidak memerlukan Wi-Fi atau aliran data. Cukup sekadar imbas kod QR atau sambungkan ke hotspot telefon baharu. Sedia untuk dipindahkan.
Huawei AppGallery merupakan gedung aplikasi ke-3 terbesar di dunia yang menjadi pilihan utama pengguna. Selain daripada aplikasi yang ada di Huawei, ada beberapa aplikasi Huawei yang menawarkan ganjaran yang sangat hebat seperti Huawei Video, Huawei Readers dan Huawei Cloud Storage yang tidak ditawarkan oleh Google.
Antara aplikasi Huawei lain yang turut ditawarkan ialah Huawei AppGallery, Huawei Browser, Huawei Assistant (news and AI assistant), Huawei Email, WPS Premium (office app), MeeTIME (video call), Huawei Welink (Telecommuting App), Huawei Calander, Huawei Music, Huawei exclusive: Huawei Theme dan Huawei Member Centre.
Fungsi Huawei AppGallery mempunyai kelebihan tersendiri. Apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store juga tersedia pada Huawei AppGallery. Pendek kata, sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia memang ada di AppGallery.
Aplikasi MeeTime membolehkan anda berkongsi skrin dengan lebih baik semasa panggilan video. Walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, Huawei MeeTime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti Huawei yang lain. Ia lebih mudah dan cepat berbanding Google Hangout yang menggunakan kabel untuk berkongsi fail.
News & AI Assistant pula merupakan 1 aplikasi untuk menggantikan 2 aplikasi dari google berbanding Google Assistant & Google Play Newsstand dari Google Play Store.
Walaupun Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, aplikasi Huawei Email pula menawarkan ciri-ciri yang lebih komprehensif seperti Microsoft email Gmail, Outlook dan Yahoo Mail. Ia lebih praktikal sekaligus memudahkan anda mengakses emel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi.
Huawei Cloud pula menyediakan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun, berbanding Google Play Store hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.
Huawei juga turut memperkenalkan Huawei Video App dan Huawei Music menyaingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV. Istimewanya Huawei Video App memberikan akses premium percuma selama tiga bulan.
Nak tahu apa itu Huawei Quick App? Quick Apps menyimpan semua data di Cloud dan ia menjimatkan stor peranti anda. Sangat menghargai pengguna, turut ditawarkan penyimpanan sehingga 50GB secara percuma. Di AppGallery juga anda boleh dapatkan permainan yang ada di seluruh negara.
Huawei AppGallery adalah selamat seperti mana Google Play Store kerana ia telah dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan. Huawei AppGallery juga membolehkan anda mengakses aplikasi bukan sahaja tempatan tetapi juga dari seluruh dunia, berbanding Google Google Play Store yang mana ada aplikasi tertentu terhad.
Huawei AppGallery juga memberi ganjaran kepada penggunanya ketika menggunakan Huawei AppGallery untuk memuat turun aplikasi yang diinginkan. AppGallery dari Huawei membolehkan pengguna menebus pelbagai hadiah menarik.
Sama ada anda seorang pencandu shopaholic atau junkie kecergasan, anda boleh melakukan perkara yang anda benar-benar gemari dengan selesa di rumah anda sendiri. Melalui aplikasi yang terdapat di Huawei AppGallery, anda boleh bersosial melalui Whatsapp, Instagram, Snapchat,
Berbelanjalah di platform Huawei nova 7 Series-e-commerce Homegrown yang baharu. Ia membolehkan anda membeli semua keperluan gaya hidup anda dalam satu aplikasi dan sampai terus ke depan pintu anda. Mendapatkan bahan makanan dan produk segar juga tidak menjadi masalah lagi. Aplikasi yang anda dapati di Huawei AppGallery untuk e-commerce ialah seperti Shopee, Lazada, Carings.
Nikmati video, drama dan permainan kegemaran anda dengan Huawei nova 7 Series yang baharu. Muat turun aplikasi yang anda boleh dapati di Huawei AppGallery untuk menikmati hiburan melalui Netflix, Viu dan DimSum. Akhirnya anda dapat menonton drama K-popular yang disukai semua orang sambil berbaring dengan selesa dan penuh santai.
Huawei AppGallery adalah umpama pendamping mudah alih yang sempurna, dengan kebanyakan aplikasi disediakan untuk tugasan harian, aplikasi serbaguna, permainan yang menyeronokkan, dan semua yang berkaitan dengan telekomunikasi, sosial, permainan, hiburan, berbual dan navigasi.
Muat turun aplikasi FindApps di AppGallery di peranti pintar anda. Gunakan FindApps untuk memuat turun semua aplikasi kegemaran anda tanpa perlu risau ianya hilang! Ia merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai penghubung untuk membantu pengguna mencari aplikasi popular yang diperlukan seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram, dan lain-lain. Ini akan membantu pengguna dalam mencari aplikasi dengan menggabungkan beberapa sumber muat turun pihak ketiga seperti laman web rasmi aplikasi atau dalam AppGallery.
Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika anda tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK. Anda boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan Huawei Browser, atau melalui aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.
Tak sabar rasanya menunggu kemunculan peranti terkini Huawei nova 7 Series di pasaran. Anda bolehlah nanti memuat turun aplikasi kegemaran melalui AppGallery. Sama-sama kita nantikan!
Mahukah anda menjadi antara yang bertuah untuk menikmati makan malam yang indah di Omakase di Nobu, KL bersama selebriti seperti Ruhainies, Imran Aqil dan Amelia Henderson untuk 2 orang bernilai RM2,000?
Macam tak percayakan! Ada 30 pemenang kesemuanya, mungkinkah anda boleh jadi salah seorang daripadanya? Kalau anda nak menang, ayuh sertai sekarang melalui cara-cara di bawah ini:-
1.Beli mana-mana Hada Labo HA Supreme Booster Serum.
2.Pos video atau foto bersama produk dengan hashtag #HLBoostYourSkin dan tag @hadalabomalaysia di Instagram Story atau Shopee feed
3.Nyatakan kenapa anda menyukai produk ini.
Layari Instagram Hada Labo dan Facebook Hada Labo untuk info yang lebih lanjut.
Klik link di bawah untuk mengetahui syarat-syarat penyertaannya.
Sebelum nak menikmati makan malam bersama artis pujaan, pastinya anda nak persiapkan penampilan diri dan kulit wajah dengan sebaiknya bukan?
Sebenarnya, ramai yang idamkan kulit yang cantik tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Meh sini sis nak bocorkan rahsia pada semua! Memperkenalkan set penghidratan Hada Labo, produk rejimen terbaik untuk kulit terhidrat lagi licin.
Hanya dengan tiga langkah mudah, anda akan dapat kulit yang sihat dan menawan. Tidak melekit di wajah, bahan kandungannya juga ringan dan mudah serta cepat diserap ke dalam kulit.
Selain itu, anda tidak akan alami lagi masalah ‘kemarau’ pada kulit apabila menggunakan Hada Labo kerana asid yang terkandung di dalamnya memberikan penghidratan maksima dan menguatkan barrier kulit untuk penghidratan yang berpanjangan.
Bukan hanya menghidrasi, produk Hada Labo ini juga mampu mengatasi masalah kulit lain seperti kulit kering, kusam, garis halus dan pori besar.
Ikuti 3 langkah mudah ini untuk dapatkan kulit berseri yang selalu diidamkan!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepat penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis Hyaluronic Acid, Ceramide dan Amino Acid, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2: Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan terus masuk ke kulit wajah selepas diratakan di seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan Hyaluronic Acid, Ekstrak Sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Anda boleh dapatkan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo ini di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada. Bolehlah beli sekarang!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rasa tak yakin dengan diri sendiri? Tak cantik? Ah, abaikan saja semua itu! Sememangnya tidak mustahil untuk anda tampil jelita lagi yakin dan mampu menawan hati semua bak seekor kucing apabila anda bergaya dengan koleksi terhangat ini.
Koleksi terhangat yang mana satu? Semestinya Koleksi WonderDewi Catz dari WonderLab yang sedang hangat diperkatakan sekarang dan digemari oleh kebanyakan pempengaruh media sosial. Memang rugilah kalau tak milikinya!
Bagi Siti Jamil, dia sangat menyukai Koleksi WonderDewi Catz kerana ia menyerlahkan banyak sisi kucing dalam dirinya.
“Barang makeup dia semua i puas hati. O2 cushion bila pakai, tak bercapuk & kulit rasa lembap je”
-@ctjamil92
Ohweenaaa pula begitu menyukai WonderDewi Eyeshadow Palette kerana warnanya yang mudah diadun dan diaplikasikan di kelopak mata.
“Palet pembayang mata tahan lama. Saya sangat menyukainya kerana senang diaplikasikan dan diadun. Ia mudah dibawa dan anda boleh memilih tona natural yang menarik dan tona hangat untuk dipakai”
-@ohweenaaa
Selain itu, doktor gigi cantik, Dr. Dira memilih untuk mengenakan solekan menggunakan Koleksi WonderDewi Catz kerana ia sesuai buat penampilan hariannya dan mudah diaplikasikan hanya dengan menggunakan jari sahaja.
“Suka betul travel size friendly makeup ni. Senang nak touch up anywhere anytime!”
-@dyradyre
Seorang lagi pempengaruh media sosial, Izaireenn begitu teruja mengenakan rangkaian produk ini kerana boleh membuat pelbagai jenis stail solekan termasuklah solekan natural bak kucing.
“Boleh buat banyak style contohnya macam natural Cat’ look! I paling suka WonderDewi Eyeshadow Palette. Ada earth and warm tones. Sangat pigmented and senang nak blend!”
-@izaireenn_
Tidak syak lagi sememangnya rangkaian Koleksi WonderDewi Catz ini menjadi produk yang wajib dimiliki oleh anda yang mahu tampil lebih yakin dan cantik dengan diri sendiri.
Tambah menarik lagi, anda boleh dapatkan rangkaian produk ini dengan RM50 sahaja. Ya, anda tidak salah baca. RM50 sahaja sebulan! Langgani terus WonderDewi Flexi GOOODPLAN™️ untuk menyerlahkan sisi kucing dalam diri anda dengan produk-produk hebat seperti WonderDewi Eyeshadow Palette, WonderDewi 0₂ Cushion, WonderDewi Eyebrow Pen dan WonderDewi Eyeliner.
Terus saja ke wonderlab.com.my untuk mulakan langganan anda. Jika bukan sekarang, anda tidak akan tahu bila lagi boleh dapat peluang berbaloi seperti ini.
Pedulikan hal lain, sisi comel dan menggoda bak kucing dalam diri anda pasti akan terserlah dengan Koleksi WonderDewi Catz! Kunjungilah segera laman Facebook Wonderlab dan InstagramWonderLab untuk mengetahui lebih banyak lagi maklumat menarik mengenainya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.