Muat naik hantaran iklan di Instagram, namun penampilan Daphene Iking pula yang mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil jelita berselendang dalam foto tersebut.
Cantik berhijab, ramai yang memuji penampilannya itu termasuklah pelakon drama Anne Abdullah yang menyukai penampilan terkini hos tersebut.
Ads
‘Love your new look’- anne abdullah
Ads
Ads
Sekadar info, selebriti kelahiran Sabah itu telah memeluk Islam pada tahun 2010 dan bernikah dengan cinta hatinya iaitu Azmi pada 2011.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Awal tahun ini menyaksikan penampilan Ruby Che Wan, adik kepada Che Ta yang berhijrah sepenuhnya setelah balik mengerjakan haji bersama suami tersayang tahun lalu. Sejak itu, Ruby gemar sekali berkongsi ilmu dengan followernya di laman instagram. Malah foto dimuat turun juga seperti memberi gambaran dia sudahpun mengenakan niqab sepenuhnya. Ramai memuji kecantikannya dalam pakaian niqab berkenaan.
Menurut Ruby melalui temubual bersama Majalah Nona, dia melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang dari mengerjakan haji tahun lalu.
Sebenarnya dia pernah terfikir untk berbuat demikian setelah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum itu.
Menurutnya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia seperti berada dalam dua dunia berbeza. Malah turut merasakan pakaian dan amalan sepatutnya sama walau di mana berada.
“Oleh sebab itu apabila pulang sahaja mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Perubahan ini bukan untk menunjuk alim dan sebagainya, tetapi mahu menyarung pakaian yang mudahkan kita untuk bawa solat tidak kira masa dan tempat,” ujarnya.
Sejak itu juga dia mula serasi menyarung pakaian yang dibuatnya sendiri. Ini adalah kerana takut tukang jahit bajunya tidak faham dengan keinginannya.
Ini menyebabkan Ruby lebih senang mereka dan menjahitnya sendiri sesuai dengan citarasanya yang selesa menyarung baju yang labuh dan longgar.
“Dulu saya tidak suka menjahit dan hanya tahu reka pakaian sahaja. Tetapi sekarang ini saya yang reka dan jahit sendiri baju digayakan. Baju saya pakai ini tidak ada dijual di mana-mana,” katanya lagi apabila ditanya wanita lain di mana mahu mendapatkan baju seperti yang dipakainya ketika menghadiri majlis bersama suami.
Oleh kerana kedua-duanya berasal dari negeri jelapang padi, jadi tidak ada malah untuk mereka pulang di kedua-dua belah pihak. Tahun ini akan beraya di rumah Lan dulu dan selepas solat sunat Aidilfitiri barulah akan pulang ke rumah maknya di Alor Star.
Biarpun kini penampilan sudah berubah, tetapi aktivitinya tetap berjalan seperti biasa.Selain sibuk menguruskan kerjaya seni suamina, Ruby juga turut menguruskan syarikatnya RCW Beauty Empire yag terkenal mengusahakan produk Lotion Putih Ajaib.
Selebriti instagram yang juga bekas model Indonesia, Clara Shinta baru-baru ini meraih tumpuan ramai setelah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Bukan itu sahaja, kisah wanita berusia 27 tahun ini turut menarik perhatian kerana dia merahsiakan statusnya sebagai mualaf selama enam tahun daripada pengetahuan ibu bapanya.
“Sebenarnya, saya sudah mualaf sejak 2017. Ibu bapa dan keluarga saya tidak tahu,” kata Clara ketika berbual dengan Aurel Hermansyah dalam siaran YouTube pada Ogos lalu.
Menurut pemilik nama Islam, Amira Nurul Aulia ini dia terpaksa menyembunyikan statusnya sebagai mualaf setiap kali pulang ke kampung di Medan, Jakarta.
Malah, Clara juga turut sama-sama ikut ‘beribadat’ di gereja bersama ibu bapanya walaupun ketika itu dia telah pun memeluk Islam.
“Ibu saya bukan Islam. Kalau balik ke Medan, saya berpura-pura ‘beribadat’ di gereja,” kongsi Clara yang sangat menyayangi kedua ibu bapanya. Dia tidak mahu keputusan memeluk Islam itu menjejaskan hubungan mereka.
“Saya sangat sayangkan agama (Islam), namun saya juga sangat sayangkan ibu bapa saya. Itulah alasan mengapa saya terpaksa menyembunyikan hal sebenar,” luah Clara.
RAHSIA TERBONGKAR
Segalanya terbongkar apabila Clara mendapat panggilan untuk menunaikan umrah. Ibunya mendapat tahu hal sebenar kira-kira seminit sebelum Clara berlepas ke tanah suci Mekah. Segalanya berpunca apabila Clara memuat naik statusnya di Instagram.
“Mereka tahu sebelum satu minit saya nak berlepas ke Jeddah untuk umrah,” kata Clara yang dipetik daripada saluran YouTube.
Kisah ‘hijrahnya’ dapat dilihat menerusi hantaran video-video di Instagram Clara. Jelas terpancar kebahagiaannya sebagai seorang Muslimah yang dikelilingi circle yang baik-baik.
Tidak dinafikan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Begitulah juga yang ditakdirkan perjalanan karier seorang bekas pramugari, Sharifah Lisa yang akhirnya menerima hidayah dari Allah dengan cara sangat menyentuh hati.
Menceritakan pengalamannya dalam satu Hadith Open Mic yang begitu menyentuh perasaan setiap yang mendengar. Setelah 19 tahun bekerja di awan biru, akhirnya Tuhan memberi tanda padanya di tanah suci Mekah.
Dia yang bekerja sebagai pramugari sejak tahun 1996 ketika usianya masih muda. Waktu itu dalam usia berkenaan tidak terfikir soal lain kecuali keseronokan memakai pakaian segaram berkenaan.
“Memang saya tidak terfikir tentang konsep tanggung jawab kerana apa yang saya tahu kerjaya sebagai pramugari itu menyeronokkan dan boleh lihat satu dunia.
“Namun sebenarnya tanggung jawab untuk menjaga beratus orang dalam perut kapal terbang ini juga sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya yang ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Namun begitu, keseronokan dengan kerjaya yang dianggap glamour ini membuatkan dia terlupa dengan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.
“Apabila bekerja di atas sana, saya anggap itu adalah rumah saya. Tidak ada istilah cuti atau public holiday. Hidup kami berlandaskan monthly roaster hinggakan saya lupa suami saya yang banyak menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak ketika ketiadaan saya di rumah.
“Akan tetapi oleh kerana sudah terlalu lama bekerja dan keseronokan juga sudah ‘habis’, barulah saya mula terfikir tanggung jawab sebagai seorang isteri dan perempuan,” katanya lagi yang mula mendapat hidayah dari Allah sejak tahun 2014.
“Ketika itu saya berpeluang melakukan ibadah umrah. Saya masih ingat ketika kejadian sewaktu mahu mencium hajar aswad, kain telekung saya habis tercabut hingga menampakkan anak rambut. Waktu itu saya rasa sangat malu berada depan Kaabah.
“Pada masa itu saya terfikir sampai bila saya mahu terus begini. Allah dah bagi tanda. Sebelum itu ketika waktu bekerja saya pakai kebaya dan rambut pula ‘free hair’, tetapi bila sampai hotel saya akan pakai tudung.
“Saya sebenarnya tidak berani nak berhenti kerana merasakan pekerjaan itulah yang selama ini memberi rezeki kepada saya.
“Namun selepas kejadian itu, barulah membuka mata dan saya kemudiannya berbincang dengan suami,” tambahnya lagi.
Walaupun ada berbincang tentang perkara itu tetapi dia masih lagi teragak-agak dengan keputusan terbaik yang mahu diambil.
“Hinggalah pada tahun 2015, saya dapat surat dan ketika itu saya sedar bahawa Allah dah bagi jawapan. Jadi saya tak perlu sedih terpaksa diberhentikan dan saya anggap ia sebagai satu hikmah.
“Dia beri peluang untuk saya mengenali anak-anak dan berbakti kepada mereka. Saya pergi dengan hati yang tenang dan senang sebab sudah diberikan jawapan.
“Sampai sekarang hati saya tenang dan gembira. Tumpuan kini pada anak-anak dan suami. Tanggung jawab itu saya bayar dan ganti balik dengan masa yang saya hilang ketika dengan mereka dulu,” jelasnya lagi.
"Malunya aku, depan Ka'abah jadi macam ini", kata beliau…Sedutan dari Hadith Open Mic oleh Kengkawanproject. Untuk Musim ke 3 yang akan datang, mereka akan berada di United Kingdom.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.