Walaupun hanya sebiji yang tumbuh pada kulit wajah, jerawat pastinya mengganggu penampilan. Meskipun anda telah membersihkan wajah dengan teliti dan mengelakkan makanan yang menjadi penyebab tumbuhnya jerawat, namun sang jerawat  tetap juga memunculkan diri.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh pada kulit wajah antaranya gaya hidup, tekanan persekitaran, gangguan hormon, genetik, dan lain-lain. Perlu diketahui bahawa jerawat juga ada bermacam-macam jenis.

Penting untuk kita mengetahui dan mengenal jenis-jenis jerawat. Dengan cara itu anda dapat merawat jerawat dengan cara yang betul serta menggunakan produk yang sesuai. Setiap jerawat punya produk rawatan yang berbeza.

𝑱𝒆𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕 𝒃𝒂𝒕𝒖
Terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit-lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.
Jika tidak dirawat dengan betul, Jerawat batu ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.

𝑱𝒆𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕 𝑷𝒖𝒔𝒕𝒖𝒍𝒂
Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah).

𝑱𝒆𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒑𝒖𝒍𝒂
Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

𝑩𝒊𝒏𝒕𝒊𝒌 𝑯𝒊𝒕𝒂𝒎
Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.

𝑷𝒂𝒓𝒖𝒕 𝑱𝒆𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕
Ia kebiasaan terjadi selepas jerawat batu naik di wajah. Penjagaan yang tidak betul dan kurang bersih boleh menyebabkan pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan parut jerawat di permukaan kulit anda terjadi.

IKLAN

Jangan ambil mudah. Rawat sebelum parah dan selesaikan masalah jerawat anda dengan produk yang sesuai. Elakkan daripada mencuba pelbagai jenis produk perawatan wajah bagi mengelakkan jerawat semakin parah.

Disenaraikan pelbagai jenis krim yang elok digunakan bagi menghalang jerawat tumbuh lebih besar.

1. OXY 5 Acne Pimple Medication
Krim jerawat dari farmasi – halang penghasilan minyak pada kulit wajah
Harga – RM9.81

  • Mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam jerawat pada kulit serta liang pori dengan pantas dan berkesan.
  • Krim ini juga dapat menyeimbangkan minyak semulajadi yang berlebihan pada wajah dengan membantu  mencegah pertumbuhan jerawat.
  • Bebas daripada bahan kimia merbahaya dan tidak mengandungi haruman.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

2. SKIN & LAB Dr. Spot Clear Don’t Touch Trouble Spot 
Sesuai untuk kulit kering, krim ini memberi lembapan sepanjang hari
Harga – RM19.90

IKLAN
  • Krim jerawat dari SKIN & LAB ini berfungsi untuk mencegah dan mengawal jerawat serta sebum daripada terhasil secara berlebihan pada kulit wajah.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengalami masalah jerawat.
  • Krim ini bertindak dengan cepat pada cela akibat jerawat juga membantu mengurangkan kemerahan.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

3. AIKEN Tea Tree Oil Pimple Cream
Krim jerawat terbaik untuk kulit sensitif – daripada bahan semulajadi
Harga – RM10.50

  • mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain.
  • Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif.
  • Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

4. Himalaya Acne & Pimple Cream
Krim jerawat sesuai untuk kegunaan kulit wajah kaum lelaki
Harga – RM23.00

  • Krim ini bukan sahaja dapat menghapuskan kesan jerawat, malahan menyembuhkan serta mencegah masalah kulit bermasalah.
  • Dengan mengandungi Silk cotton tree, sifat astringen dan penyejuk yang terdapat dalam krim ini berfungsi untuk mengawal kadar pertumbuhan jerawat di masa hadapan.
  • Diperkaya dengan Aloevera dan five-leaved Chaste Tree yang bertindak untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit serta mengurangkan keradangan.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

IKLAN

5. CLINELLE Blemish Clear 
Terbaik untuk kulit remaja, boleh digunakan semasa menjalani aktiviti luar
Harga – RM23.13

  • Krim anti-cela ini yang bertindak untuk memyembuhkan kulit akibat jerawat secara berkesan, tidak menjadikannya iritasi.
  • Dengan mengandungi agen pembersih yang berkuasa untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan mengalakkan peredaran mikro untuk pembaharuan sel.
  • Ekstrak botani semulajadi yang terdapat dalam krim ini membantu merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel-sel kulit.
  • Pro Vitamin B5 dan asid Salicylic membantu memelihara kulit dari pertumbuhan jerawat dan cela. Sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit jerawat yang teruk.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

6. HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel
Krim untuk menghilangkan kesan parut jerawat dengan baik
Harga – RM25.30

  • Gel lutsinar krim jerawat ini dapat menyelesaikan masalah kulit jerawat dalam beberapa kali sapuan.
  • Ia mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.
  • MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya.
  • Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

7. COSMODERM Tea Tree Oil Anti Blemish 
Krim yang sesuai untuk merawat pertumbuhan jerawat di badan
Harga – RM12.90

  • Krim perawatan dari Cosmoderm ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan parut.
  • Ianya dapat mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads sekaligus tanpa menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan.
  • Dengan formula unik daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, krim ini dapat menghapuskan kesan jerawat dalam masa yang singkat.
  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan kandungannya mungkin akan menyebabkan radang kulit dan menjadi lebih bermasalah.

Kenali Jenis Jerawat Yang Tumbuh Pada Wajah, Ini List Krim Kecutkan Jerawat Boleh Cuba

Sumber kredit: Humairah Beauty  PRODUCTNATION.CO Top image: Photo by Kalos Skincare on Unsplash

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI