Parut tidak kira disebabkan masalah jerawat, kecederaan, luka pembedahan dan lain-lain tentunya membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Ada individu yang terpaksa berdepan dengan masalah parut jerawat yang teruk.

Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di bahagian wajah. Keadaan ini sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan diri seseorang individu.

Parut perlu dirawat kerana ia tidak boleh pudar dan hilang sendiri. Oleh itu anda perlu memilih produk yang sesuai bagi merawat jenis parut yang anda alami. Berikut dikongsikan beberapa jenis krim untuk merawat parut yang disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya parut jerawat, chicken pox, parut pembedahan dan sebagainya.

Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

SKINLABS Vitamin E Cream


Bertekstur lembut, krim ini sesuai untuk jenis kulit kering dan sensitif. Krim ini membantu melembapkan kulit sepanjang hari serta dapat mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari. Krim ini juga sesuai digunakan untuk mengurangkan penampilan parut, regangan kulit (stretch marks), menghalang masalah kekeringan, merekah dan kerosakan kulit.

Mengandungi 10,000iu Vitamin E berkonsentrasi tinggi, formulasi ini mampu melindungi kulit daripada radikal bebas. Krim ini juga mampu melindungi anda daripada terdedah kepada sinaran UV. KLIK SINI UNTUK BELI

Mederma Proactive Gel

IKLAN

Krim ini sememangnya diakui secara klinikal mampu mengurangkan masalah parut pada kulit sambil membaiki kerosakan kulit dengan lebih berkesan. Kandungan Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera, berfungsi untuk membantu tona kulit jadi lebih sekata dan merawat tekstur kulit bermasalah.

Tidak menyebabkan kulit mengalami iritasi atau kerengsaan, krim ini sesuai untuk merawat parut akibat luka, terbakar, bersalin dan lain-lain lagi. Kesannya boleh dilihat hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. KLIK SINI UNTUK BELI

Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil


Cosmoderm Vitamin E Cream merupakan krim yang mampu memudarkan kedut, garis halus dan bekas luka sambil menegangkan kulit. Ramuan khas campuran minyak vitamin E pula mampu untuk merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat dengan lebih cepat. Sesuai digunakan untuk kulit kombinasi, biasa dan berminyak, krim ini mudah didapati di semua farmasi. KLIK SINI UNTUK BELI

ROSKEN Skin Repair High Potency Vitamin E Cream

IKLAN


Bagi anda yang sedang tercari-cari produk untuk merawat parut akibat chicken pox atau cacar air, krim ini sangat sesuai untuk anda. Ia membantu untuk menutup kesan parut akibat chicken pox. Selain sangat berkesan untuk menghilangkan parut, krim ini juga amat membantu  menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk parut, tanda regangan dan kecacatan kulit. Sesuai untuk digunakan mereka yang mengalami masalah kulit yang sensitif dan kering.

Paling penting krim ini tidak akan menyebabkan kulit mengalami iritasi. Diperkaya dengan emolien yang dirumus dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Shea dan Cocoa Butter, krim ini dapat menghalang proses penuaan pada kulit. Ia juga memudarkan kedutan dan garis halus yang muncul pada permukaan kulit wajah. KLIK SINI UNTUK BELI

DERMATIX Advanced Scar Formula

Sesuai digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan, luka atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini sesuai digunakan untuk menghilangkan parut oleh ibu-ibu yang melalui proses Caesarean atau C-section ketika bersalin.

IKLAN

Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. Mereka yang mengalami parut jenis hyperthropic dan keloid, juga sesuai menggunakan krim ini kerana ia membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut. KLIK SINI UNTUK BELI

SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream


Berfungsi untuk merawat kulit secara intensif, krim ini membantu mencerahkan kulit wajah sambil mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat pada kulit wajah. Teknologi teknik Sakura Resistnya pula dapat menghapuskan masalah kulit kusam dan tidak bermaya.

Sesuai diaplikasikan pada kulit wajah, krim ini mengandungi bahan aktif yang dapat membaikpulih kulit ketika anda sedang tidur. Bagi mendapatkan kesan yang maksismum, gunakan krim ini secara konsisten. Krim ini juga pilihan yang tepat bagi mengatasi masalah kulit kering dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. KLIK SINI UNTUK BELI

HIJABISTA: Parut jerawat memang sukar dihilangkan malah memerlukan waktu yang cukup lama untuk mengurangkan serta menghilangkan kesannya. Oleh itu anda perlu bersabar merawat parut jerawat yang dialami. Paling penting gunakan produk yang sesuai agar kesannya seperti yang diinginkan. 

Sumber kredit: Productnation Top image: Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI