Linda Rafar Kongsi Rasa Sebak, Jumpa Diari Arwah Anak Selepas Enam Tahun ‘Pemergiannya’

Share

Tiada yang menyedihkan apabila insan yang disayangi pergi menghadap Ilahi. Sebagai hambaNya yang lemah, kita hanya mampu reda dengan ketentuan dariNya. Kehilangan juga antara ujian yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kekuatan kita untuk berhadapan dengan dugaan yang diberikan.

Melalui posting di laman Instagramnya, pelakon dan juga usahawan, Linda Rafar berkongsia momen sebak apabila dia terjumpa diari milik arwah anaknya, Rezaimin Kefli atau panggilan mesranya Memen.

Ini perkongsian Linda di laman Instagramnya.

Allahuakbar!!!
After 6 years memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yg memen tulis.. ada nama adikbradik,ada cter2 yg tersurat n tersirat .. segala luahan rasa hati memen semua ada dlm diary ni.

Mama sebak sgt ni .. x tau nk ckp mcmne men.. cuma mcm ada sesuatu yg ma rasa men nk ma sampai kan pd semua followers mama di sini..

Nanti linda akan share apa yg ada dlm diary ni.. tp sebelum linda cter .. linda nk tau ada followers linda kehilangan org yg dicintai dah terjumpa barang2 peningalan arwah?? Bole share tak apa yg u all rasa masa terjumpa?? Plsss share…

INI ANTARA PERKONGSIAN NETIZEN

 

 

Memen adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Sumber kredit: Instagram Linda Rafar

IKLAN