Tiada yang menyedihkan apabila insan yang disayangi pergi menghadap Ilahi. Sebagai hambaNya yang lemah, kita hanya mampu reda dengan ketentuan dariNya. Kehilangan juga antara ujian yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kekuatan kita untuk berhadapan dengan dugaan yang diberikan.
Melalui posting di laman Instagramnya, pelakon dan juga usahawan, Linda Rafar berkongsia momen sebak apabila dia terjumpa diari milik arwah anaknya, Rezaimin Kefli atau panggilan mesranya Memen.
Ini perkongsian Linda di laman Instagramnya.
Allahuakbar!!! After 6 years memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yg memen tulis.. ada nama adikbradik,ada cter2 yg tersurat n tersirat .. segala luahan rasa hati memen semua ada dlm diary ni.
Ads
Mama sebak sgt ni .. x tau nk ckp mcmne men.. cuma mcm ada sesuatu yg ma rasa men nk ma sampai kan pd semua followers mama di sini..
Nanti linda akan share apa yg ada dlm diary ni.. tp sebelum linda cter .. linda nk tau ada followers linda kehilangan org yg dicintai dah terjumpa barang2 peningalan arwah?? Bole share tak apa yg u all rasa masa terjumpa?? Plsss share…
Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.
Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Pendakwah Mesir Dr. Ishom Al-Ruby menjelaskan tafsiran Surah Al Falaq ayat 1-2. Ayat ini mengandungi permohonan perlindungan daripada kejahatan manusia.
Allah SWT berfirman, “Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya.” (QS Al Falaq ayat 1-2)
Ishom menjelaskan bahawa ayat 1 Surah Al Falaq menunjukkan permohonan perlindungan kepada Allah SWT, penguasa pagi.
“Ini adalah perintah untuk berlindung dengan Tuhan Yang Maha Kuasa, kerana Dia adalah Tuhan pagi,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh Masrawy. Adapun makna Al Falaq, Ishom menjelaskan bahawa ia merujuk kepada hari esok, cinta dan inti.
Surah Al Falaq ayat 2 iaitu “dari kejahatan makhluk-Nya”, bermaksud Allah tidak menciptakan kejahatan.
Kejahatan yang dimaksudkan ialah kejahatan makhluk iaitu kejahatan manusia dan jin, kejahatan jiwa yang membawa kepada kemaksiatan, kejahatan perbuatan sebagaimana Riya, kejahatan syaitan, dan kejahatan perkataan.
“Apabila manusia dan jin diciptakan, di antara mereka ada yang beriman, ada yang kafir, ada yang adil, ada yang zalim, ada yang baik dan ada yang jahat,” jelasnya.
Al Falaq adalah salah satu dari dua surat Al Muawwidzatain (yang satu lagi adalah An Nas) yang dapat memberikan perlindungan kepada seorang muslim dari perbuatan keji seperti hasad dengki kepada orang lain dan kejahatan lain yang berasal dari makhluk.
Seorang Muslim juga dianjurkan membaca Surah Al Ikhlas dan Surah Muawwidzatain (Al Falaq dan An Nas) tiga kali pada waktu pagi dan petang. Untuk melindungi daripada jenayah dalam aktiviti seharian.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.
Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?
Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.
Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.
Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.
Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.”
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.