Lincah Menari Lagu ‘Blackpink’ Telatah Comel Jebat Jayden Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Share

Sejak dilahirkan pada 30 Ogos 2018 yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering menjadi sorotan dan perhatian wargamaya dek kerana kecomelan yang dimilikinya.

Baru-baru ini, tular sekali lagi di laman sosial telatah lincah Jayden yang begitu bersemangat menari dalam sebuah video yang tular di aplikasi Tik Tok

Noor Kartini Kongsi Video Jayden Menari Lagu ‘Blackpink’

@noorkartini66 Jayden naik sehh ##fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Kartini

Video berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh nendanya, Noor Kartini menerusi sebuah hantaran di laman Tik Tok milikya. Video tersebut memaparkan si kecil itu sedang rancak dan ligat menari lagu nyanyian Blackpink yang bertajuk ‘Pink Venom’.

Telatah Jayden yang begitu bersemangat dan lincah memberikan ‘persembahan’ terbaik buat neneknya itu telah berjaya menghiburkan hati Noor Kartini serta mengukir tawa diwajahnya disaat melihat aksi comel yang dipamerkan oleh cucu kesayanganya itu.

“Jayden naik sehh,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran di laman Tik Tok berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si cilik itu yang dikatakan penghibur di hati semua orang.

Netizen Tak Kering Gusi Turut Terhibur Lihat Telatah Jayden

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen setelah melihat gelagat comel Jayden itu. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan bersetuju bahawa Jayden merupakan antara penyeri di dalam keluarga Noor.

Malah ada yang merasakan bahawa satu hari nanti Jayden akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon dan penghibur, Sharnaaz Ahmad.

Artikel berkaitan: Baru Seminggu Bergelar ‘Aunty’ & Tak Kekok Dukung #BabyJ, Netizen Doakan Neelofa Cepat Kahwin

“Aku syak dia memang jadi penghibur satu rumah ni HAHAHAHAH.

“Penghibur sungguh la Jayden ni hahahaha.

“Jayden ni memang penghibur no.1 untuk kitaorang semua.

“Memang boleh lawan pak hang confident tu..

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada 9 Julai 2020, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Tik Tok Noorkartini

Artikel berkaitan: Neelofa Dedikasikan Kempen #ThereSheGrows Buat Jebat Jayden & Minta Laudya Cynthia Bella Turut Serta

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN