Penggunakan cleansing oil dapat membantu untuk membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak pada kulit wajah.

Photo by mart-production from Pexels.

Bagi yang suka bersolek pula, pemakaian cleansing oil amat penting bagi menyingkirkan solekan terutama yang bersifat waterproof.

Pembersih jenis ini amat sesuai untuk semua jenis kulit wajah termasuklah kulit jenis sensitif. Ada berbagai jenis pilihan cleansing oil di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kulit wajah anda.

Berikut dikongsikan beberapa pilihan cleansing oil yang boleh anda pilih:

SIMPLE KIND TO SKIN HYDRATING CLEANSING OIL

Photo from Pinterest.com

Produk SIMPLE memang terkenal untuk mereka yang memiliki kulit jenis sensitif. SIMPLE KIND TO SKIN HYDRATING CLEANSING OIL sangat berkesan untuk membersihkan solekan dan kotoran pada wajah.

IKLAN

Produk ini tidak mengandungi kandungan alkohol dan pewangi. Ia juga mengandungi pelembap sehingga kulit anda tidak akan mengalami alahan  selepas menggunakannya.

NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL 

Photo from Productnation.co

Pembersih minyak daripada Neutrogena ini walaupun formulanya mengandungi minyak, ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak. Apabila diaplikasikan pada kulit wajah, produk ini menarik minyak atau ‘oil pulling’ pada kulit wajah. Ianya sesuai untuk menanggalkan kesan solekan waterproof.

HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID MOISTURIZING CLEANSING OIL

Productnation.co

Sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis kombinasi. Mengandungi asid Hyaluronik dan minyak zaitun, ia melembap serta menghidrat wajah ketika produk ini diaplikasikan pada kulit wajah.

IKLAN

BIORE MAKEUP REMOVER CLEANSING OIL

Photo from Pinterest.com

Sangat sesuai untuk menanggalkan solekan tebal pada kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit wajah, formulanya yang ringan dan senang dibilas membuatkan rutin pembersihan wajah amat mudah sekali. Walau bagaimanapun produk ini tidak sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana mengandungi pewangi yang kuat.

THE BODY SHOP CAMOMILE SILKY CLEANSING OIL

Photo from Pinterest.co.uk

Produk ini diperkayakan dengan ekstrak bunga Chamomile yang membantu mengurangkan jerawat. Pembersih yang bertekstur lembut ini berfungsi menanggalkan solekan pada kulit wajah dengan mudah. Hasilnya kulit wajah terasa bersih dan segar. Ianya tidak memedihkan mata semasa anda menggunakannya.

IKLAN

Selepas ini buatlah pilihan yang tepat ketika memilih jenis cleansing oil yang ingin anda pakai. Semak bahan kandungan sebelum membeli dan elakkan kandungan bahan yang anda mungkin tidak sesuai menggunakannya.

Sumber kredit: Productnation.co Top image: Photo by alena-darme from Pexels dan Photo by ecopanda from Pexels

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI