Hilangnya orang yang kita sayang memang memeritkan apatah lagi jika insan tersebut adalah ibu kita sendiri. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Farah Fakhira iaitu seorang pengasas produk terkenal yang baru sahaja berusia 21 tahun di laman sosialnya, apabila ibu kandung serta ibu mentuanya meninggal dunia.
Difahamkan, Farah sekeluarga telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan ibu mentuanya terkorban dalam kejadian tersebut. Namun begitu, ternyata Farah sekeluarga tak merungut dan tetap tabah mengharungi dugaan itu.
Ternyata kuat sungguh insan yang bernama Farah Fakhira ini serta ahli keluarganya apabila berhadapan dengan ujian sebegini. Tiada siapa yang mampu menduga perasaan sebenar yang dirasakan olehnya. Hijabista doakan agar urusan Farah sekeluarga dipermudahkan dan semoga roh ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Setiap orang itu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Mungkin luarannya nampak tenang dan ceria namun pada hakikatnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Walau diuji dengan kanser, ternyata Puan Idayu tidak mengalah dalam meneruskan kehidupan dan tetap gigih berusaha mencari rezeki dengan menyara 3 orang anaknya. Cekal sungguh Puan Idayu ini!
Sememangnya kisah Puan Idayu menjadi teladan buat semua dalam mensyukuri nikmat hidup yang Tuhan berikan. Kisahnya juga mengajar agar jangan sesekali mengalah dalam hidup walaupun diuji. Semoga Tuhan permudahkan urusan Puan Idayu. Amin.
Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.
Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.
Melihat ibu kita tersenyum kegembiraan memang sesuatu yang indah. Apatah lagi, jika kita merupakan punca disebalik senyuman itu.
Seperti yang dilakukan oleh Fatin Syahira Samsuri atau lebih mesra dipanggil Mira, dia telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Dato Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung tidak lama lagi.
My mom’s reaction when i surprised her with @ctdk’s concert tix! Dah sebulan dah beli, penat jugak tahan diri nak surprise tiket ni haha. Niat nak beli platinum tiket sebab lebih senior citizen friendly, lebih selesa untuk mama tapi dah habis ? It’s okay! My mom is still the happiest cutie which makes me so happy!#anakberanakdrama#sitinurhalizaontour#bigfan#countingdays@fiza1209
Seronokkan rasanya apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum bahagia! Banyak cara sebenarnya untuk kita membalas jasa dan menggembirakan mereka yang tercinta. Tidak kiralah besar ataupun kecil, yang penting kita usaha dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Janji kita happy! Didoakan agar Mira dan keluarga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!