
Kebanyakan daripada kita terutama para gadis pastinya pernah mengalami fasa wajah ‘breakout‘ dalam hidupkan. Sedihnya hanya Tuhan sajalah yang tahu rasanya.
Namun, kita jangan sesekali mengalah sis! Biar mengambil masa yang lama untuk memulihkannya tapi InsyaAllah suatu hari nanti kulit kita akan baik semula seperti sedia kala.
Pernah mengalami breakout di wajah, Fatin Azhar bersyukur kulitnya kini bertambah baik selepas mengamalkan rutin yang sesuai dengan kulitnya. Jom kita lihat rutinnya!
Wajahnya kini…
Cleanser yang digunakannya tiap hari.
Next step is toner!
Yang ini elok untuk sesiapa yang ada mengalami masalah fungal acne.
Ubat jerawat yang ini pula anda boleh cari di farmasi.
Pelembap wajah pilihannya.
Jangan lupa lindungi kulit daripada sinaran matahari!
Bila pakai solekan jangan lupa cuci sebersih-bersihnya…
Waktu malam why not kita buat double cleansing untuk pembersihan kulit yang maksima.
Sis tahu tak mengenai ‘60 second rules’?
Ini anda boleh pakai pada waktu malam kerana teksturnya agak pekat.
Memang best kalau pakai gel ini ketika sejuk!
Untuk memudarkan parut, Fatin serasi menggunakan krim ini.
Khas untuk mereka yang ada jerawat, bolehlah cuba pakai masker ini.
Memang macam banyakkan senarai produk yang digunakan tapi kalau rutin itu memang sesuai dengan kita pastinya tidak rugi untuk kita amalkan. Jika anda mengalami masalah yang sama, bolehlah cuba produk yang dikongsikan oleh Fatin ini. Mahu tahu ia juga berkesan untuk kulit anda?
kredit: twitter @fthazhr_
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
VIDEO TUTORIAL: Solekan RINGKAS ‘Everyday Look’ Buat HIJABI Yang Sukakan ‘Glowy Skin’. WAJIB Praktis!

Ramai antara hijabi yang bergaya ringkas tanpa solekan untuk pejabat. Kesibukan antara punca menjadikan mereka tiada masa untuk bersolek. Tak perlu bermekap tebal sekadar solekan ringkas sudah memadai. Ini kerana dengan riasan wajah sempurna memberi keyakinan dalam menghadapi tugasan serba mencabar.
Solekan ringkas perfect untuk anda yang hanya ada produk solekan yang minima dan juga mahu look yang hampir natural. Berikan wajah anda sedikit glow dengan menyapu sedikit highlight ataupun gunakan foundation yang memberi efek glowy.
Mari kita lihat beberapa tutorial solekan yang boleh membantu anda.
TUTORIAL 1:
Sumber: Youtube (Aqira Azlah)
TUTORIAL 2:
Sumber: Youtube (Aisha Liyana)
TUTORIAL 3:
Sumber: Youtube (putreeo)
Fakta Dan Kemungkinan Diet Pesakit Diabetes, Boleh Makan Ini Jangan Makan Itu. Apa Yang Kecoh Sangat Ni?

Memahami kesulitan yang dialami pesakit diabetes bukan mudah apatah lagi dalam penjagaan menyediakan hidangan harian yang bersesuaian.
Sempena kempen For Your Sweetheart bekerjasama dengan Chef Selebriti, Nik Michael Imran yang popular menerusi rancangan Masterchef Malaysia 2011 mencipta satu siri resipi terdiri daripada hidangan fusion dan tempatan yang boleh disediakan dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Resipi ini dicipta dengan hasil rundingan bersama Cik Poh Kai Ling atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis Diabetes Malaysia (DM) serta bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Membongkar Mitos Diet Diabetes
Adalah penting untuk memahami semua fakta tentang diabetes supaya pesakit dan penjaga boleh membuat keputusan yang tepat tentang pemakanan sihat bagi pesakit diabetes. Beberapa mitos yang wujud terutamanya bagi pesakit dan penjaga yang baru didiagnosis termasuklah melewatkan waktu makan bagi mengawal paras gula darah yang turun naik, pengambilan produk ‘bebas gula’ atau digantikan dengan gula gantian, serta mengelakkan diri dari pengambilan kentang, keledek, labu dan jagung.
ARTIKEL BERKAITAN
Cik Poh berkata, “Melewatkan waktu makan atau kurang makan tidak semestinya membantu dalam mengurangkan paras gula dalam darah. Adalah dinasihatkan untuk makan bila terasa lapar, dan bila badan memerlukannya. Mengabaikan tanda-tanda kelaparan hanya akan meningkatkan selera makan yang bertambah hingga menyukarkan bagi individu tersebut untuk mengawal pengambilan makanan dalam hidangan berikutnya. Membaca label makanan juga penting bagi memahami kandungan nutrisi dengan lebih baik, kerana tidak semua produk bebas-gula adalah bebas-karbohidrat.”
Kentang, keledek, labu dan jagung adalah sebahagian daripada kumpulan makanan karbohidrat. Ya benar, pengambilan karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran berkanji ini juga sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan serat yang penting untuk tubuh kita. Pengambilan makanan jenis ini tidak sepatutnya dielakkan. Yang penting adalah mengawal saiz hidangan.
Jadi.. pesakit diabetes boleh makan apa?
Menurut Cik Poh, diet bagi pesakit diabetes tidak perlu terlalu ketat, membosankan dan sukar untuk dinikmati. Menghidap diabetes tidak semestinya mengehadkan pilihan makanan seseorang. Pemakanan sihat untuk penghidap diabetes tidak banyak bezanya dengan yang lain. “Apa yang penting ialah makan dalam jumlah yang terkawal dan hanya mengambil sebahagian hidangan yang kaya dengan karbohidrat. Salah satu caranya ialah dengan mengambil tahu Indeks Glisemik (GI) makanan tersebut. GI ialah nilai bagi mengukur kadar seberapa cepat karbohidrat dalam makanan mampu meningkatkan glukosa dalam darah. Secara ringkasnya, makanan yang GI rendah (antara 0-55) dianggap karbohidrat yang baik dan makanan GI tinggi (70-100) dianggap karbohidrat yang tidak baik. Semakin tinggi nilai GI, semakin besar kesan ke atas paras gula dalam darah. Memahami GI makanan boleh membantu kita dalam mengawal diabetes dan secara serentak dapat mengira pengambilan karbohidrat.
Kerjasama antara Chef Nik dan Cik Poh dalam penyediaan resipi e-book Simple Healthy Cooking ini adalah bagi memastikan hidangan disediakan untuk pesakit diabetes bukan sahaja menyeronokkan dengan pelbagai variasi untuk citarasa berbeza, tetapi ia juga ringkas, mudah disediakan malah sesuai untuk penghidap diabetes. Hasilnya, pelbagai resipi yang seimbang dimana pesakit diabetes dapat menikmati hidangan ala restoran yang lazat lagi menyihatkan, dengan kadar GI yang bersesuaian. “Saya telah mencuba kesemua 10 resepi dan ianya sungguh lazat. Tahniah Chef Nik! Hidangan kegemaran saya ialah Pasta Perang Alla Puttanesca, Krep Kalapa dan Tenzaru Soba,” tambah Cik Poh.
Berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan perlbagai resipi untuk kempen ini, Chef Nik berkata, “Ia merupakan satu perjalanan yang amat bermakna bagi saya secara peribadi. Ayah saya, seorang chef yang sukakan makanan yang lazat, baru-baru ini dia telah didiagnosis menghidap diabetes. Saya memahami perasaan para penjaga yang pasti ingin memberikan yang terbaik buat orang tersayang yang menghidap diabetes. Itulah yang mendorong saya untuk mencipta sepuluh resipi ini. Saya cuba mengekalkan rasa yang sedap sambil mengubah suai pengambilan nutrien mereka tanpa membuatkan pesakit merasakan mereka tiada pilihan lain dalam diet mereka. Saya harap ramai orang akan mencuba resipi ini dan menikmati detik istimewa bersama orang tersayang semasa mencubanya .”
ARTIKEL BERKAITAN: Obesiti Punca Sakit Jantung Dan Kencing Manis, Ini Cara Terbaik Untuk Merawatnya!
Apa yang kecoh sangat dengan diet diabetes?
Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini² menghidap diabetes, satu penyakit kronik jangka panjang yang memerlukan penjagaan dan pengurusan jangka panjang. Tahap glukosa yang tidak sihat dalam darah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang dan pendek, di mana akan menjejaskan jantung dan buah pinggang. Itulah sebabnya Cik Poh kini berusaha untuk mendidik dan membongkar mitos tersebut, kerana pemakanan yang betul boleh membantu dalam mengurangkan risiko komplikasi berkaitan diabetes seperti penyakit jantung dan buah pinggang.
Adakah Malaysia Berkemungkinan Bebas daripada Diabetes?
Malaysia kini mencatatkan kadar diabetes tertinggi di Asia, iaitu 17.5% dengan lebih 3.5 juta rakyat Malaysia hidup dengan keadaan ini. Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh MDES melaporkan bahawa berdasarkan trend semasa, dianggarkan tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025¹.
ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Elak Makanan Manis & Hanya Berbuka Dengan 1 Lauk, Chef Wan Berjaya Turun Berat Badan
Melihat pada statistik ini, impian Malaysia untuk bergelar negara yang bebas-diabetes nampaknya sudah tersasar jauh. Maka, trend inilah yang mendorong Kempen For Your Sweetheart diteruskan sejak 3 tahun yang lalu. Sebarang usaha untuk memperlahankan trend ini adalah lebih baik daripada tiada langsung. Kempen ini menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk ‘Think Diabetes Think Heart’ dan salah satu inisiatifnya adalah menerusi pengesanan awal.
Rakyat Malaysia yang berisiko tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapi diabetes digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan awal, Kempen For Your Sweetheart menyediakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Layari https://www.foryoursweetheart.my untuk mendapatkan Saringan Diabetes Percuma anda hari ini. Saringan Diabetes HbA1c PERCUMA For Your Sweetheart kini sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Disember 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Elak Masalah Kulit Luka, Gatal Dan Kasar, Ini 10 Tip Bercukur Yang Wajib Anda Lakukan!

Walaupun dengan menggunakan wax atau threading dikatakan boleh melambatkan pertumbuhan bulu, tetapi masih ramai wanita memilih untuk bercukur.

Namun begitu, cara dan penggunaan pencukur yang salah boleh membuatkan kulit kering, gatal-gatal dan menyebabkan iritasi pada kulit yang akhirnya meninggalkan parut yang hodoh. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, kami ada beberapa tip yang perlu anda tahu sebelum bercukur.

1. Menurut kajian oleh Gillette, 60 peratus wanita mengalami masalah iritasi dan kulit kering setelah bercukur. Untuk mengelakkannya, pilih pencukur yang mempunyai bilah yang sedikit kerana ia bukan sahaja boleh menghilangkan bulu tetapi juga akibat bilah yang banyak, ia juga mampu menanggalkan lapisan subdermal yang menyebabkan iritasi dan gatal-gatal.
2. Sekiranya anda mahu bulu di bahagian badan tumbuh lebih lambat, gunakan krim pencukur kerana ia bukan sahaja melambatkan pertumbuhan bulu, ia juga membuatkan bulu baru tumbuh lebih halus daripada biasa.
3. Periksa krim pencukur terlebih dahulu. Sekiranya ia mengandungi alkohol atau pewangi, jangan beli kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit.
4. Sekiranya krim pencukur anda habis, jangan sekali-kali menggantikan sabun sebagai krim pencukur kerana ia mengandungi banyak pewangi yang boleh mengeringkan kulit. Sebaliknya, gantikan dengan perapi rambut sekiranya keadaan terdesak.

6. Jangan sesekali menggunakan pencukur lelaki kerana bentuknya telah direka khas untuk kaum lelaki yang tidak sesuai buat wanita. Penggunaan pencukur khas untuk wanita juga mengelakkan anda daripada terluka ketika bercukur.
7. Tukar pencukur dengan kerap kerana bilah pencukur akan menjadi tumpul setiap kali menggunakannya. Bilah yang tumpul membuatkan anda cuba mencukur di satu-satu bahagian badan dengan frekuensi yang banyak dan berpotensi untuk menyebabkan luka dan iritasi.

8. Walau serapat mana anda dengan rakan serumah, jangan sesekali berkongsi pencukur dengan mereka. Secara logiknya, ia tidak bersih untuk berkongsi dan sekiranya anda tidak tahu tuan punya pencukur itu menghidap HIV, anda mungkin boleh berjangkit tanpa anda sedari.
9. Mandi dengan air panas sebelum bercukur kerana ia boleh melembutkan kulit dan merehatkan folikel rambut yang memudahkan proses pencukuran.
10. Lebih baik untuk menyapukan bedak herba atau bedak bayi ke atas kulit yang baru dicukur berbanding losen pelembab untuk mengelakkan gatal-gatal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe