Sejak tampil dengan imej berniqab, pengikut akaun laman sosial Instagram milik Neelofa telah bertambah dengan mendadaknya sehingga dia kini menjadi selebriti Malaysia dengan paling ramai pengikut di akaun Instagram iaitu sebanyak 8 juta pengikut.
Menariknya, model antarabangsa iaitu Bella Hadid yang merupakan adik kepada Gigi Hadid turut menjadi antara pengikut Neelofa di Instagram.
Ads
Ads
Sebelum ini, Neelofa berada di tempat kedua dengan 7.8 juta pengikut di belakang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini mempunyai 7.9 juta pengikut akaun Instagram.Berada di tempat ketiga pula ialah pelawak terkenal iaitu Zizan Razak dengan jumlah pengikut seramai 7.6 juta. Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem bersama pasangan duonya yang tidak asing lagi iaitu Johan.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti yang juga Youtuber dan penulis buku, Ria Ricis aktif melakukan aktiviti menyelam sejak 2013.
Lebih membanggakan, dia turut memiliki lesen khas sebagai penyelam profesional sejak 2019.
Mengakui bahawa dia suka berenang, Ria Ricis atau nama penuhnya Ria Yunita memberitahu hobinya itu bermula semasa tinggal di Batam.
Selepas ke Jakarta, hobinya itu tetap diteruskan. Ria Ricis mengakui, dia jatuh cinta dengan kehidupan dalam air dan belajar menyelam.
“Saya cakap pada suami, saya nak masuk syurga dan terus hidup dalam air. Saya ada impian nak hidup dalam air,” luah ria Ricis.
Dia juga mengakui ingin menyelam ke seluruh laut di Indonesia seperti di Maluku, Banda Neira, Aceh.
Beberapa bulan lalu, adik kepada pendakwah selebriti terkenal Oky Setiana Dewi ini muncul di Akuarium Jakarta sebagai ikan duyung. Ianya menjadi tular dan meraih pujian ramai.
Aksi menyelam wanita berusia 28 tahun ini sebagai ikan duyung di Akuarium Jakarta itu membuatkan ramai yang memuji.
Tiga tahun lalu, pelakon yang juga usahawan kecantikan, Mawar Rashid mengumumkan tentang penghijrahan dirinya yang telah berhijab.
Ketika itu, Mawar terbuka hati untuk menutup aurat selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Keputusannya itu turut mengambil keberkatan sempena tahun baharu Hijrah.
Katanya, dia telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab namun hatinya berbolak balik membuatkan dirinya sering menangguhkan hasrat itu.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memaklumkan fasa berhijabnya itu dimulakan pada Jumaat, 2 Muharam.
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” tulis Mawar.
Ketika itu, perkongsian finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini menerima reaksi positif para pengikut serta rakan-rakan artis di Instagram.
KEMBALI TIDAK BERTUDUNG
Terbaharu, isteri kepada usahawan Raf Yaakob ini membuat ‘kejutan’ dengan memuat naik dua gambarnya yang tidak lagi memakai hijab di Instagram peribadi.
Menerusi gambar tersebut, ibu tiga anak ini menyarungkan baju berwarna putih dengan gaya rambut yang diikat kemas di bahagian belakang.
Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini turut memuat naik status di Instagram Storynya dengan kata-kata yang mencetuskan tanda tanya.
“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always.”
Mawar turut menutup ruangan komen pada setiap gambarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya terkejut dengan tindakannya itu namun ada juga yang mendoakan kebaikan buat Mawar agar kembali berhijab.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar Rashid dan kembali menutup aurat dengan sempurna.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perhubungan jarak jauh (PJJ) memang menguji kesetiaan, pengorbanan dan kepercayaan seseorang terhadap pasangan mereka.
Situasinya juga menjadi sangat mencabar apabila kita akan sentiasa rindu terhadap mereka tetapi namun hanya dapat menahan sahaja perasaan tersebut daripada bertemu dengan mereka disebabkan jarak yang jauh.
Namun, semua itu dapat diatasi dengan teknologi masa kini. Pasangan suami isteri kini boleh berhubung dan berjumpa setiap masa walaupun berjauhan. Takkan terpisah! Kalau nak tahu bagaimana caranya, ikuti trik ini yang khas buat mereka yang kini berada dalam PJJ.
Pertama sekali, anda haruslah tahu komunikasi merupakan kuncinya dan sudah tentulah anda berdua memerlukan sebuah telefon pintar dahulu kerana inilah perkara yang perlu anda lakukan setiap hari:
Jadi, apakah aplikasi yang perlu kita muat naik untuk lakukan semua ini? Sebenarnya, anda hanya perlukan Huawei Nova 7i kerana efek video swafotonya datang dengan pelbagai filter TikTok dan AI Beauty yang membuatkannya menjadi lebih semula jadi.
Lebih menarik lagi, Nova 7i juga mempunyai fungsi smart slimming video-recording yang akan membuatkan kita kelihatan kurus dalam video!
Kini, jarak bukan penghalang malah anda perasaan cinta terhadap insan tersayang juga semakin bertambah bila dapat berkomunikasi dengan baik dan menarik bila menggunakan Nova 7i ini.
Selain itu, anda tidak boleh biarkan kesibukan kerja mengganggu perhubungan anda ini. Walaupun sibuk, tetapi mereka tetap mahukan pasangan mereka menghantar mesej sepanjang masa.
Anda tak mahu bos anda sentiasa melihat anda bermain telefon? Jangan bimbang. Sambung sahaja telefon pintar Huawei anda dengan MateBook D 15 baharu tanpa wayar dan skrin telefon anda akan terpapar jelas di laptop melalui Multi-Screen Collaboration. Jadi, dapatlah anda fokus kepada cinta dan juga kerjaya pada waktu yang sama.
Jika masih terganggu juga, anda bolehlah menghubungkannya dengan jam Huawei Watch G2 pula. Melaluinya, anda dapat menjawab panggilan telefon, melihat mesej, mengira degupan jantung dan banyak lagi.
Baterinya juga boleh tahan sehingga 14 hari lamanya dan boleh menerima panggilan untuk modal 46mm manakala bateri modal 42mm (gambar di atas) boleh tahan sehingga 7 hari. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubati kerinduan terhadap pasangan dengan menjadikan gambar sebagai wallpaper di jam pintar anda!
Di samping itu, perkara yang paling menyeronokkan mengenai PJJ adalah akhirnya tiba sudah waktu untuk berjumpa. Walaupun hanya sekejap, namun ia boleh menjadi antara momen terindah dalam hidup.
Oleh itu, apa kata anda dapatkan juga Huawei FreeBuds 3 yang mempunyai Active Noise Cancellation dan sangat mudah digunakan. Pastinya anda akan terasa dunia ini seperti milik anda dan si dia sahaja.
Bersempena dengan bulan penuh cinta ini, Huawei bukan hanya membuka tempahan bagi Nova 7i sahaja malah produk lain juga turut hadir dengan harga istimewa. Antaranya ialah:
Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari * dari 22nd Feb 2020 (untuk pakej nova 7i)! Klik link di bawah untuk menempah segera HUAWEI nova 7i kepunyaan anda di https://huaweitogether2020.3ex.com.my/
Bukan itu sahaja, anda juga akan berpeluang memenangi 3 pasang voucher melancong ke Maldives yang berharga hingga RM 36,000 dengan pembelian pada produk HUAWEI terpilih dari 10th-16th Feb 2020! Hanya scan kod QR, jawab soalan mudah dan isikan data peribadi anda bersama resit pembelian. Pemenang akan diumumkan melalui Facebook pada 14 Mac ini. Sila layari sini untuk maklumat lanjut.
Pra-pesan HUAWEI nova7i dari hari ini hingga 21 Feb dengan harga RM1,099 dan dapatkan Band 4 secara percuma (sementara stok masih ada) di HUAWEI Online Store ataupun kedai HUAWEI Flagship berdekatan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.