Tak dinafikan mmang stress jika mengalami masalah kuit yang teruk. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasinya dan masih belum pulih. Seperti perkongsian wanita ini yang mengalami masalah kulit wajah hampir 9 bulan tetapi tidak berputus asa dan akhirnya pulih setelah puas mencuba. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan harian serta produk yang digunakan di laman sosial untuk memastikan kulitnya kembali pulih.
Ini rupanya rutin harian penjagaan yang dilakukan oleh wanita ini yang menggunakan nama akaun @shafifiqa sepanjang 9 bulan merawatnya.
Kulit kembali pulih setelah 9 bulan.
Ads
Jenis kulit kering dan sensitif. Ini rutin penjagaan dan produk digunakan.
Ini pula cara untuk hilangkan parut yang berlubang.
Kata orang usaha itu kejayaan. Selagi tak cuba selagi itulah kita tak tahu keberkesanannya. Begitu juga pengalaman gadis ini Yan atau @sigadiskayangan yang berkongsi cara penjagaan kulit wajah yang pernah mengalami masalah breakout hampir setahun lalu. Walaupun kini hasilnya belum flawless sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya kulit wajah sudah bertambah baik dan sihat Hanya menggunakan produk tidak terlalu mahal dan murah yang boleh didapati di pasaran tempatan. Kata kunci untuk menyelesaikan masalah ini adalah sabar. Biarpun mengambil sedikit masa, tetapi hasilnya tidak mengecewakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apakarakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
Sudah hampir 11 tahun angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Walaupun sudah lama, tetapi peristiwa itu masih segar diingatan seluruh rakyat Malaysia. Dan sebagai empunya diri juga tudak terkecuali turut mengimbau pengalaman ketika berada di atas sana. Dalam satu foto dimuat turun Dr Sheikh Muszaphar, beliau memberitahu bagaimana kitab suci Al-Quran ini yang jadi peneman sepanjang berada di sana.
Dalam foto throwback itu Dr Sheikh Muszaphar menulis kaspyen di mana ketika berada di angkasa lepas, beliau telah membawa dua buah kitab Al-Quran pemberian orang yang dikasihinya.
Menurutnya kitab Al-Quran pertama telah diberi oleh ibunya yang cukup bimbang dengan keselamatannya dan sentiasa mengingatkan beliau untuk membaca Al-Quran ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkenaan.
Malah ibunya itu juga turut hilang berat badan sebanyak 10 KG sepanjang 11 hari beliau berada di ISS pada tahun 2007 yang lalu.
Dan sebuah lagi Al-Quran diberikan oleh arwah ayahnya yang percaya beliau antara insan terpilih dari mula lagi untuk bergelar angkasawan.
Malah ayah kepada empat cahaya mata itu turut terharu dengan pengorbanan keduanya yang tidak putus-putus memberi semangat dan kekuatan kepada beliau untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan bergelar angkasawan.
Menurutnya juga sesungguhnya kedua-dua insan ini cukup bermakna dan segala-galanya untuk diri beliau.
Tidak dilupakan beliau turut memberitahu bahawa Al-Quran sentiasa menjadi panduan yang mengingatkan dirinya bagi setiap langkah untuk bergelar angkasawan.
Posting dimuat turun ini mendapat reaksi positif dari netizen. Masing-masing cukup terinsprasi dengan kisah dikongsi Dr Sheikh Muszaphar ini, lebih-lebih sebagai insan yang begitu memuliakan kedua ibu bapanya.
akmalirsyd_ One of the most inspiring mentor. May Allah keep you safe along the journey. Amin
citrazainuri Ma shaa Allah, So proud of you doc, and Im not even Malaysian, hope you can inspire more people not only in Malaysia, but also all over the world, inshaa Allah
azriayob I remember watching this mission on tv, such a historic moment. You are always an inspiration to me!
mumiolin Subhanallah… ure such a good example to all men for today’s modern world.
suria2905 MashaAllah TabarakAllah Alhamdulillah lahaulawala quwwata illa billah.. You are very Blessed doc.. Al Quran in space.. Spectacular indeed
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.