Nampaknya Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini sudah boleh ‘bebas’ untuk muncul di khalayak ramai setelah hampir beberapa bulan kelibatnya jarang terpampang di media. Namun setelah pengumuman yang Siti kini hamil 4 bulan (dua minggu lalu), beliau nampaknya sudah bebas dari ‘persembunyiannya’. Sebaik lepas dari KUARANTIN ini, Siti nampaknya kembali menjalankan tugas sebagai anak seni. Sebelum ini, Siti dilihat menjayakan rakaman lagu kanak-kanak Didi And Friends . Kemudian beliau dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa pula hadir di majlis  SME & Entrepreneurship Business Award yang menghimpunkan usahawan muda di sebuah hotel di ibu kota.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dan semalam juga menyaksikan Siti dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Beliau antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan. Sepanjang majlis itu jelas terbayang seri wajah ibu mengandung ini yang cukup terserlah pesona dirinya. Inilah dinamakan tuah ibu HAMIL.

Tahniah @ctdk ❤️?

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Siti kelihatan cukup aktif walaupun kini berada dalam trimester kedua kehamilannya. Ternyata masih ramai lagi netizen yang mengucapkan tahniah pada Siti atas berita kehamilannya itu. Semoga segala urusan dipermudahkan Siti sekeluarga dan tidak sabar menanti detik kelahiran Siti Jr awal tahun depan.

@julianahatta Seri ibu mengandung@ctdk..

IKLAN

@sambal_bladezr Rezeki anak dpt dato seri lg… Alhamdulillah

@lilyhazali Alhamdullillah..tahniah..berserinye..sayang dato ct?..jaga diri baik2 mkn yg sedap & brkhasiat..senyum sllu & fikir positive…sy happy sgt2 tngk fasa kehidupan yg baru dato ct..love u alway

Dalam satu posting juga Siti turut meluahkan pengalaman mengandung sesuatu yang indah dan mencabar bagi Siti. Beliau turut mengalami alahan kulit, heartburn, tidak selera makan, sakit pinggang, penat sepanjang 5 bulan kehamilannya kini.

IKLAN

Walaupun sedang hamil, Siti nampaknya tetap menjaga penampilan diri dengan menggayakan busana yang sesuai dengan usia kandungannya. Pakaian longgar seperti dress labuh menjadi pilihan Siti untuk membolehkannya senang bergerak tanpa gangguan. Hijab yang disarung juga dililit sempurna dengan pakej solekan menyerlahkan lagi wajah jelita penyanyi kesayangan ramai ini.

Rombongan ke Pekan yang menemani @rozisangdewi @cteafairuz @aiman_kesah @vivomalaysia #vivov7plus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Jom lihat gaya ibu HAMIL ini yang memang terserlah ‘BABY BUMP’ Siti. Tak sabar nak lihat perut Siti membesar dan makin membesar.

IKLAN

Bersama idola setiap usahawan wanita Malaysia @vivyyusof Di Majlis SME & Entrepreneurship Business Award #vivov7plus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Tahniah Dato @ctdk atas anugerah Celebrity Entrepreneur Of the Year…semoga terus sukses …rezeki baby?

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sebelum acara bermula, sempat bergambar dengan ayahnda Dato Sri Di Raja YAB Menteri Besar Pahang..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI NURHALIZA & ROZI SANG DEWI

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI