Tiada apa yang lebih menenangkan apabila dapat keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kota. Begitulah yang dirasai oleh pelakon Betty Rahmad yang kini sedang bercuti bersama keluarga tersayang.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya itu menarik perhatian warganet apabila Betty berkongsi momen-momen menarik sepanjang aktiviti perkhemahannya. Lebih menariknya lagi, ramai yang teruja melihat barangan perkhemahan Betty yang lengkap seperti di dalam sebuah rumah! Biarpun ia menelan kos yang tinggi, namun bagi Betty dan suami, ia merupakan sebuah pelaburan yang baik dan berbaloi.
Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti adalah yang comment itu ini, takpelah kitaorang yang bawak & kitaorang yang pack kan.
Ads
Menurut Betty, ia merupakan sebuah kegembiraan bagi dirinya dan keluarga apabila dapat melakukan aktiviti sedemikian. Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsikan momen menarik mendirikan tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan ruang tidur, tempat memasak, tandas dan lain-lain lagi bersama suami.
Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dia pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemas sebagai content. Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!
Tambahnya lagi, aktiviti perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan dan amat berbeza dari bercuti di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Ia juga dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
Ads
One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.
Sekadar info, Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
LILIT mengumumkan kerjasama dengan superstar ikonik, Izara Aishah. Beliau yang pernah bergelar pemenang tempat ke 2 di dalam program realiti Dewi Remaja, juga ikon fesyen sering dikejutkan dengan gaya yang tidak dapat ditandinginya.
26 Septemeber bertempat di Hauntu, The Linc KL perasmian 12 koleksi kolaborasi antara LILIT dengan selebriti terkenal Izara Aishah yang memaparkan ciri-ciri Izara dan dirumuskan dalam reka bentuk yang bergaya oleh LILIT.
Semua koleksi ini boleh didapati semua store offline dan online FashionValet. Aplikasi FashionValet mudah alih yang baru dilancarkan dalam talian , mulai 26 September 2019.
Izara suka memanggil dirinya, dalam bahasa Perancis, Mademoiselle, yang bermaksud Lady. Koleksi ini dibuat khusus untuk Mademoiselle kerana dia membawa visi gaya yang unik kepada khalayak ramai yang lebih meluas. Semua orang akan berpeluang bergaya seperti seorang superstar dalam campuran gaya bunga berlapis dan asimetri berstruktur yang cantik dalam koleksi Izara x Lilit .
Potongan mudah dipakai dan mudah difahami, pemulaan perbualan antara kumpulan kreatif Lilit dengan Izara Aishah.
“Saya mahu merancang sesuatu untuk hijabi di luar sana yang kelihatan dan merasa yakin bukan hanya dengan apa yang mereka lakukan tetapi juga dengan badan mereka. Keselesaan dan gaya tidak dikompromi dalam proses reka bentuk dan semua item sangat berpatutan. ” Kata Izara Aishah.
Gerakan lilit pertama berani membawa cetakan kepada peminatnya. Kali ini, Lilit membawa satu pemotongan yang lebih menyegarkan, dengan satu teknik untuk fesyen seperti pleats, piping, dan cetakan yang diperkenalkan. Dengan pelbagai pakaian bergaya, blaus, skirt, jumper dan seluar, Izara Aishah x LILIT. kolaborasi adalah koleksi wanita yang kontemporari yang menawarkan suasana Paris yang menarik. Saiznya dari XS hingga XL, dengan harga yang sangat berpatutan dari serendah RM99 hingga Rm169.
Siluet panjang dan menarik dengan butir-butir seperti garis leher yang tinggi, cetakan bunga halus dan pleats lembut, manakala palet warna dan cetakan adalah kebangkitan semula Malaysia pada tahun 1970-an.
“Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan salah satu selebriti yang paling berpengaruh untuk koleksi ini. Dengan mengambil cetakan bunga halus dan baju sejuk berstruktur, kepingan dari Izara Aishah x LILIT. koleksi merasakan kuat dan feminin, tetapi dengan sentuhan yang canggih. “ kata Min Luna, Pengarah Kreatif di LILIT.
Kami telah menjadikan misi kami untuk menyelesaikan semua masalah lemari untuk #lilitwoman yang sederhana. Kami berjanji untuk memastikan anda dikemas kini dengan trend terkini yang membawa kehidupan baru dan keseronokan yang menyenangkan hijabi dalam menjaga aurat tetap tampil dengan stailo. Garis-garis penting yang dilengkapi dengan kepingan asas yang akan menjadi kanvas pakaian dan gaya peribadi anda. Pakaian yang diilhamkan oleh siluet bijak, terperinci dan kain berkualiti keutamaan dari LILIT dalam setiap rekaan.
Sekitar majlis pelancaran koleksi Izara Aishah dan LILII:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.
Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.
Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.
Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.
“Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,
“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,
“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.
Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,
“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.
Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.