Bau badan tentunya sangat mengganggu. Bau badan juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Memang ada orang yang memiliki bau badan yang agak kuat. Keadaan ini sudah tentunya akan menimbulkan rasa kurang selesa.

Maka sebab itulah amat penting untuk anda memilih produk deodarant dan anti perspirant yang sesuai bagi mengatasi masalah bau badan.

Berikut perkongsian Kanda Aziz

Ketiak cepat berpeluh dan berbau?

Pakailah ANTI-PERSPIRANT pada waktu malam sebelum tidur dan pagi selepas mandi pakai DEODORANT. Masa mandi pagi jangan basuh anti perspirant itu (kecuali mandi wajib), cukup sekadar lalukan air. Malam balik kerja baru basuh semua.

IKLAN

Aku sendiri dah berapa botol pakai yang Simple tu, siang hari memang tak pakai apa-apa deodorant dah (kena pakai kalau azalinya bau badan kuat). Bila peluh sikit, bau pun tak ada.

Selain memakai deodorant dan anti perspirant, ada alternatif lain yang dapat membantu untuk menyingkirkan bau tidak sedap di badan iaitu cara detoks.

IKLAN

Detoks ketiak adalah alternatif untuk mengurangkan produksi peluh di ketiak sekaligus menghilangkan bau badan menggunakan bahan-bahan alami.

Ramuan detoks boleh dibuat dengan mencampurkan sedikit air, tanah liat bentonit, cuka epal, dan minyak kelapa. Sapukan ramuan tersebut pada ketiak seperti masker. Biarkan selama sehingga 20 minit. Bila sudah kering, bilas dengan air hingga bersih.

IKLAN

CERAHKAN BAHAGIAN KETIAK

Boleh gunakan Vaseline. Sapu pada ketiak setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur. 3 hari bole nampak ketiak semakin cerah. Pakailah sebulan hingga dua bulan sehingga kulit bahagian ketiak cerah semula.

Sumber kredit: Kanda Aziz Top image: everydayhealth.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI