Ramai netizen yang suka melihat kebahagiaan pelakon Sari Yanti dan suaminya Jep Sepahtu. Walaupun jarang menunjukkan kemesraan di media sodial, namun kedua-duanya ada cara tersendiri untuk menghargai pasangan. Seperti perkongsian Sari Yanti di instastorynya baru-baru ini di mana dia menghargai cara Jep Sepahtu melayan keinginannya. 

 

View this post on Instagram

 

I love you @jepsepahtu . Cinta sampai tua. Sampai Syurga. ?❤?

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on


Dalam instastory berkenaan, Sari Yanti memberitahu dia meminta  suaminya itu membelikan buah-buahan kerana dia gemar memakannya.

Tetapi tindak balas Jep terhadap permintaanya pelakon kecil molek ini sangat memeranjatkan. Jep bukan sahaja membeli sebiji buah, tetapi sebaliknya membelikannya beberapa buah kotek berisi buah-buahan.

IKLAN

Menurut Sari Yanti lagi, dia sahaja yang makan buah-buahan tersebut tetapi tidak tahu mengapa suaminya itu membelikannya buah-buahan dalam kuantiti sebanyak itu.

Baginya lelaki ini tidak begitu merumitkan sebaliknya jika tahu apa yang disukai oleh isterinya akan membeli dalam kuantiti yang banyak.

IKLAN

Mungkin inilah cara syang yang ditunjukkan pelawak serta pengacara radio ini kepada isterinya. Nampak seperti pelik tetapi sebenarnya cara ini lain dari yang lain dalam menunjukkan rasa sayang buat seorang isteri.

IKLAN

Nampak sedikit lucu tetapi gurau senda inilah yang boleh dan perlu dipraktikkan pasangan lain di luar sana.

Untuk pengetahuan Sari Yanti dan Jep Sepahtu sudah setahun lebih melangsungkan perkahwinan dan keduanya dikurniakan anak perempuan yang baru berusia 8 bulan. Moga pasangan ini bahagia till jannah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SARI YANTI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI