Tidak dinafikan ramahi hijabi masa kini yang gemar memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Ini kerana boleh mendapat pulangan lebih lumayan dengan membuat ‘paid review‘ atau menjadi duta mana-mana lokal produk.

Tetapi berbeza dengan gadis berusia 19 tahun ini. Nordiana yang memilih kerjaya sebagai ahli gusti wanita dan lebih membanggakan dia ahli gusti pertama berhijab di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

Diana atau nama gelarannya di gelanggang Nor ‘Phoenix’ Diana yang juga seorang warganegara Malaysia ini berjaya mengharumkan nama negara apabila baru-baru ini dinobatkan sebagai juara menerusi pertandingan Malaysia Pro-Wrestling-The Wrestlecom setelah berjaya mengalahkan beberapa ahli gusti lelaki terbesar negara ini.

Dalam pada itu menerusi laporan The Daily Sunday, hijabi yang masih muda ini telah mula menceburi bidang tersebut sejak tiga tahun lalu. Dia yang pernah memakai topeng sebagai trademark dirinya dalam sukan gusti hingga mampu bergelar penggusti wanita profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

Hijabi ini mula didedahkan terhadap sukan berkenaan ketika bermain permainan video gusti bersama adik lelakinya ketika berusia 14 tahun.

Malah dia juga  mula menunjukkan minat mendalam terhadap seni dan sukan terbabit apabila banyak meluangkan masa menonton program dan perlawanan gusti.

“Ketika berusia 15 tahun, saya mula mencari persatuan gusti Malaysia dalam talian dan saya terjumpa MYPW yang sebelum ini dikenali dengan nama Persatuan Gusti Malaysia. Saya memutuskan untuk menyertai dan berlatih bersama mereka bagi merealisasikan impian saya sebagai penggusti profesional,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

IKLAN

Ketika ditanya mengenai layanan yang diberikan oleh MYPW dan ahli yang lain kepada beliau, Nordiana menyifatkan layanan yang diberikan adalah sama rata dan tiada layanan istimewa yang diberikan memandangkan beliau adalah penggusti wanita dan memakai hijab.

Mengulas dengan lebih lanjut, Nordiana menjelaskan ada cerita unik mengenai asal usul beliau mendapat gelaran Phoenix. Ketika itu, penggusti berbadan kecil ini terpaksa menggantikan seorang lagi penggusti dalam sebuah acara.

Beliau nyata terkejut dengan tawaran yang diberikan kerana baru belajar beberapa gerakan sahaja. Malah, Diana tidak mempunyai watak dan juga outfit beliau sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

“Saya pergi ke kedai bundle berhampiran dan membeli seluar serta topi kulit bagi menyesuaikan dengan baju yang saya pakai ketika itu. Jurulatih memberi arahan untuk membawa watak seolah-olah Phoenix. Pada masa yang sama jurulatih memberi saya topeng luchador untuk dikenakan,” ujarnya.

“Ramai orang akan melihat saya pelik kerana saiz badan kecil berbanding ahli gusti lain. Tetapi sesetengah orang, tidak dapat mengagak adakah saya perempuan ataupun lelaki kerana memakai topeng.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

“Tidak seperti ahli gusti wanita lain yang memaparkan wajah mereka semasa berlawan. Jujurnya saya lebih memilih tidak memakai topeng semasa berlawan. Saya memamg begitu menyukai sukan gusti ini kerana bila berada di gelanggang ia memaparkan sisi lain diri saya,” ujarnya yang mahu bermain gusti tanpa memakai ‘lunchador mask’ tetapi bimbang beri reaksi negative terhadap wanita berhijab.

Setelah memenangi Malaysia Pro Wrestling, Nordiana memberikan indikasi bahawa kejayaan baru-baru ini hanyalah permulaan dan beliau sudah bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh penggusti berhijab ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

Biarpun berhijab tetapi tidak mematahkan semangatnya mengejar cita-citanya sebagai wanita bertudung pertama di dunia yang menyertai sukan gusti.

Wow, memang hebat kerjaya yang diminati gadis berhijab ini. Walaupun begitu dlihat dalam laman Instagramnya, Phoneix Diana tetap kelihatan anggun dan cantik menggayakan baju kurung ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.

IKLAN

Malah penampilannta yang ayu itu turut mendapat komen positif dari followernya yang kini sudah berjumlah 18.7K

qiendolls Comelnya nampak ayu sangat  terbaiklah awak

emirshahemirshah Cute

afzalamin_ Muka innoncent gila, tapi professional wrestler bhai. Goodluck 

yayasweetheart Cntik nya

mohxmxdfxizxl_ Lawa rupanya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NOR DIANA

SUMBER: THE SUNDAY DAILY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI