Ramai yang mahu turunkan berat namun terjerat dengan pemilihan senaman yang salah. Hakikatnya, ramai yang dilema untuk memilih jenis senama kardio ataupun latihan bebanan untuk menguruskan berat badan. Sebenarnya, samaada senaman kardio ataupun latihan bebanan kedua-duanya memiliki kelebihan.
Latihan bebanan sebenarnya tidak menurunkan berat badan. Sebaliknya, ia membantu dalam perubahan komposisi badan kerana ia membesarkan otot dan mengurangkan lemak. Bagi ahli bina badan, senaman jenis ini seringkali menjadi pilihan mereka.
PERBEZAAN SENAMAN
Manakala, senaman kardio pula berbeza dimana penurunan berat badan adalah lebih ketara kerana lemak dibakar sewaktu menjalankan aktiviti. Walaubagaimanapun, ia akan menyebabkan bahagian kulit tertentu menjadi gelebeh atau kendur kerana ia tidak menyebabkan pertumbuhan lemak berbanding latihan bebanan.
KAJIAN TERPERINCI
Terdapat satu kajian di negara barat yang dijalankan keatas 119 orang yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti dimana mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan senaman kardio, kumpulan latihan bebanan dan kumpulan senaman gabungan.
Selepas lapan bulan, kumpulan dari senaman kardio dan kumpulan gabungan menunjukkan penurunan berat dan lemak. Bagaimanapun, kumpulan latihan bebanan dan kumpulan gabungan menunjukkan penurunan berat dan lemak serta pertumbuhan otot yang banyak.
Tuntasnya, senaman yang digabungkan adalah lebih baik dengan hasil yang lebih memuaskan pada bentuk badan dan berat. Malah, senaman gabungan juga menunjukkan penurunan berat badan lebih cepat. Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan bentuk tubuh dan berat yang ideal, anda dinasihatkan untuk melakukan kedua-dua jenis senaman ini. Walau bagaimanapun, lakukan latihan bebanan terlebih dahulu sebelum diikuti dengan senaman kardio bagi mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI