Tercari-tercari stail hijab untuk ke pejabat. Ada yang antara Hijabi rajin bergaya dan ada juga yang masih mengekalkan stail tudung yang selesa dipakai tetapi dalam pada kekalutan nak pergi kerja macam-macam terjadi dengan tudung kita yang membuatkan hilang mode nak pergi kerja.
Admin ingin berkongsi tip-tip untuk hijabi-hijabi di luar sana untuk memudahkan dan cara mengayakan tudung yang lebih mudah dan menarik ke kerja tanpa kedatangan merah. Selamat mencuba!
Perasaan malas untuk menggosok tudung bagi wanita berhijab pastinya ada. Tetapi apabila tidak digosok, tudung yang dipakai nampak tidak kemas boleh jadi mendatangkan satu perasaan yang boleh menghilangkan mod.
Koleksi tudung yang berlambak belum tentu materialnya kena pada stail yang digayakan. Satu video perkongsian di tik tok menyelamatkan semua hijabi yang berhijab.
Video ini curi perhatian ramai, dalam rakaman yang menunjukkan cara mudah ‘gosok’ tudung. Hijabi ini hanya menggunakan alat meluruskan rambut untuk melicinkan bahagian tudung yang berkedut. Wow pantas!
Berikut adalah rakaman seorang hijabi kongsi cara mudah ‘gosok’ tudung tersebut:
Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 400 ribu tontonan dan 33 ribu likes. Rata-rata warganet turut kagum dengan kreativiti hijabi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kemas dan ‘on point’ anda perlu rajin menggosoknya. Lebih-lebih lagi jika menggayakan hijab satin yang mudah berkedut. Namun sebelum menggosok sesuatu tudung, seterika yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.
Kenal pasti jenis fabrik terlebih dahulu supaya kerja menggosok jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
TUDUNG BAWAL
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
TUDUNG LYCRA
Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan. Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.
SELENDANG KAPAS SPANDEX
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
SELENDANG JOJET
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis Muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
TUDUNG AWNING BERMANIK
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
TUDUNG AWNING
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak?
Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
SELENDANG LICIN
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Harap tip di atas dapat membantu para hijabi bagi memastikan hijab yang dibeli dapat dipakai dalam tempoh yang lebih lama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun ada pelbagai jenis tudung sehingga tak muat almari, tapi mesti sis ada satu tudung yang paling ‘favourite’ dan selalu jadi pilihan untuk di pakai kemana-mana kan?
Tapi sayang! Tudung kegemaran ni lama kelamaan akan nampak lusuh, pudar warna dan kusam, akibat dari kesan pemakaian yang terlalu kerap. Bila dah kepam tu, mula lah pertikaikan kualiti tudung kononnya diperbuat daripada material ‘murah’, tak melalui proses Quality Check dan sebagainya.
Walhal tudung berjenama mahal dengan kualiti terbaik dan High End sekalipun, akan memudar sekiranya tak dijaga dengan baik tau. Ni ada beberapa langkah penjagaan tudung, yang hijabi boleh praktikkan agar kesemua tudung kegemaran sis sentiasa kelihatan seperti baru, walaupun dipakai berulang kali tapi masih nampak macam di kedai tau!
Langkah pertama yang boleh diamalkan ialah rendam tudung kegemaran sis dengan pelembut fabrik pilihan masing-masing. Untuk dapatkan hasil lebih memuaskan, gunakan teknik rendaman ‘warm bath’. Selain itu, sis digalakkan juga untuk menggunakan sabun basuh jenis cecair, kerana sabun ini bersifat lembut dan boleh menembus jauh lebih baik kedalam fabrik.
Elakkan merendam tudung ‘Favourite’ anda terlalu lama, 15 hingga ke 30 minit je dah cukup, kesan merendam tudung terlalu lama akan merosakkan permukaan fabrik. Dah selesai rendam pastikan sis bilas tudung tersebut dengan air bersih sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tanggal dari tudung agar tudung tak kejung okay.
Sentiasa amalkan membasuh tudung dengan menggunakan teknik basuhan tangan, kalau boleh elakkan guna mesin basuh, khususnya bagi tudung yang diperbuat dari fabrik lembut seperti sutera.
Tapi kalau sis berdegil juga nak basuh gunakan mesin, bersedialah berdepan risiko tudung koyak, fabrik meregang atau benang tudung tertarik keluar dari fabrik. Nanti jangan nangis tepi bucu katil pula, bila tudung kesayangan dah tak boleh nak digayakan lagi.
Tip ketiga ni adalah ‘Big No’ ya! Jangan jemur tudung favourite korang tu secara direct di bawah panas matahari. Ini kerana cahaya matahari akan mengakibatkan tudung pudar warna dan kelihatan kusam serta tak menarik.
Jadi untuk mengekalkan warna fabrik tudung kegemaran sis tu, apa yang perlu sis lakukan adalah sidai tudung di tempat yang redup dan mempunyai separa cahaya. Lagi elok jika tempat itu mempunyai tiupan angin (Air Flow) yang baik. Tapi boleh je kalau sis masih nak sidai tudung di ampaian, cuma jangan lupa setkan masa ya.
Fabrik yang digunapakai untuk menghasilkan sehelai tudung selalunya datang dalam pelbagai variasi, ada tudung yang menggunakan fabrik lembut, kapas, sutera, chiffon, moss-crepe dan sebagainya. Jadi sebagai hijabi apa yang perlu anda tahu, adalah cara untuk menilai tahap kelembutan sesuatu fabrik dan gunakkan suhu yang sesuai sewaktu menggosok.
Tudung yang mempunyai fabrik lembut jenis chiffon dan sutera, perlu digosok dengan suhu rendah agar materials tudung tidak terbakar. Kalau nak selamat, baik sis gunakan steam iron suhu sederhana je, tudung pun lebih licin selepas digosok dan susah nak bekedut semula.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.