Gara-gara lantang bersuara mengenai serangan rejim zionis terhadap Palestin, supermodel terkenal, Bella Hadid mendakwa laman Instagram telah menyekat segala hantarannya mengenai isu Israel dan Palestin di laman tersebut.

Akibat sekatan dan tapisan yang dilakukan Instagram, jumlah tontonan Instastory di akaunnya telah jatuh mendadak dan berkurang hingga sejuta tontonan.

“Instagram hanya tidak membenarkan saya membuat hantaran mengenai Palestin. Bila saya memuat naik saja, pastinya hantaran tersebut ditapis (shadow banning) dan jumlah tontonannya kurang sejuta daripada hantaran kebiasaannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)

IKLAN

Walaupun Chief Executive Officer (CEO) Instagram, Adam Mosseri pernah menafikan mengenai isu shadow banning ini dua tahun lalu, namun nampaknya ramai yang merasakan mereka juga menjadi mangsa masalah ini termasuklah Imam Omar Sulaiman.

Beliau menyatakan hantarannya di Instagram juga disekat hanya sewaktu beliau memuat naik mengenai isu Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)

IKLAN

“Ini adalah masa yang sangat aktif buat umat Islam berkongsi kandungan mengenai Ramadan.

“Bangun pagi ini dan saya lihat akaun Instagram saya tidak berfungsi. Ini semua gara-gara video serangan di Al-Aqsa yang saya telah muat naik. Sungguh saya tidak percaya.

“Ini bukanlah kali pertama isu ini terjadi. Tahun lalu, Instagram menyekat pengguna dan kandungan apabila memuat naik berkaitan pembunuhan rakyat Palestin di Sheikh Jarrah,” jelasnya di laman Twitter.

IKLAN

Berikutan itu, ramai pengguna yang turut meluahkan rasa berkaitan isu shadow banning ini. Rata-rata mengatakan mereka juga mengalami nasib yang sama apabila memuat naik isu sokongan terhadap Palestin di laman Instagram.

“Orang biasa seperti saya pun turut terkena tempiasnya. Bila saya memuat naik mengenai Palestin, pastinya jumlah tontonannya sedikit tidak seperti kebiasaan.

“Saya tak tahulah ia satu kebetulan ataupun tidak, namun perkara itu sering kali terjadi,” kongsi @aisyahtsabitah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI