Mungkin ini caranya bagi mengelakkan buah kurma tidak habis dimakan. Hal ini kerana ada sesetengah orang kurang gemar makan kurma kerana rasanya yang agak manis. Dengan cara membuat cucur, kurma tentunya lebih enak dinikmati bersama keluarga.
Tahun Baru Cina bakal disambut tidak lama lagi, di negara Malaysia sudah tentu bukan sahaja bangsa Cina malah pelbagai bangsa lain juga turut meraikan bersama untuk memeriahkan lagi perayaan ini.
Menjadi salah satu perhatian adalah makanan yang menarik seperti Yee Sang yang menjadi simbolik setiap kali perayaan ini tiba. Pasti ada yang tertanya adakah boleh bagi umat Islam sertai perayaan ini? Boleh ke makan Yee Sang?
Persoalan ini telah pun terjawab di Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam tidak melarang hak agama lain sedangkan pada ketika zaman Rasulullah SAW turut hidup bersama masyarakat Yahudi, Nasrani, dan juga kaum musyrikin.
Maksudnya:Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”. (Fussilat: 33)
Islam juga menyuruh umatnya untuk ber-wala’kepada Islam dan barra’ dari kekufuran. Sebagai umat yang soleh, kita juga perlu rasa bangga dengan pegangan Islam serta menunjukkan jati diri muslim yang dapat membezakan dari golongan kafir.
Menurut nukilan S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, adat perayaan tahun baru Cina tiada kaitan dengan permasalahan akidah. Malah, ia menjadi satu cara bagi seorang muslim untuk bergaul dan memahami budaya orang bukan islam dalam pembentukkan masyarakat sosial yang harmoni.
Yee Sang atau juga dikenali sebagai Yusheng satu upacara makan bersama dengan sulaman ucapan kemakmuran sering dilakukan ketika perayaan tahun baru Cina. Ianya hanya popular pada kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura, bahkan, tidak menjadi satu budaya di China, Hong Kong, dan Taiwan.
Hidangan ini terdiri dari campuran tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran, dan juga aneka sos serta ramuan lain. Dari sudut pandangan Islam, tiada halangan jika makanan itu halal lagi baik. Firman Allah SWT:
Maksudnya:Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)
Amalan atau budaya ini dipandang tidak berkait dengan permasalahan akidah dan hukumnya harus bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang terhidang itu halal.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu. Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.
Sembelit juga menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut. Sembelit memang amat menyakitkan. Cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.
Sembelit juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut perkongsian Dr Zubaidi
APAKAH PUNCA-PUNCA SEMBELIT?
Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelitnya kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu.
1. Antaranya ialah mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.
2. Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.
3. Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.
4. Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit. Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.
5. Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.
6. Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
7. Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson’s atau Multiple Sclerosis atau penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ.
Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan. Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
HIJABISTA: Moga perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah sembelit.
Biasanya kita hanya melihat sisi glamour Rozita Che Wan, Ruby dan juga Ayu Raudhah sebagai antara pasangan selebriti adik beradik yang mempunyai aura tersendiri. Namun selain tiga fugura ini, rupanya dalam keluarga mereka yang turut menjadi tumpuan juga adalah adik kepada Che Ta, iaitu Datin Rohaiza Che Wan atau mesra dipanggil Datin Jaja. Beliau baru sahaja melahirkan cahaya mata keenamnya tampak langsing dan cantik selepas hampir dua bulan berpantang.
Beliau yang baru-baru ini muat turut foto terbarunya selepas berpantang anak keenam sempena majlis akikah dan netizen turut memuji penampilannya yang kekal langsing seperti anak dara. Malah ramai bertanya rahsia penjagaan dirinya itu.
faatinalmashoor MasyaAllah comel nya baby. Mummy mcm bukan bru bersalin ja. Gorgeous.. semoga sentiasa mendapat keberkatan dri Allah. Amin
Tidak dinafikan, hubungan mereka adik beradik memang cukup rapat antara satu sama lain. Mereka dilihat sering bercuti bersama-sama dan kecantikan mereka adik-beradik memang amat dicemburui wanita di luar sana.
Bercerita dalam satu temu bual bersama Nona, Datin Jaja yang ketika itu ibu kepada lima cahaya mata memberitahu tidak mempunyai petua kecantikan yang khusus. Tetapi menurutnya setiap kali selepas melahirkan anak, dia memang jenis seorang yang kuat berpantang.
Apatah lagi jarak anak-anaknya yang sangat rapat dan penjagaan amalan berpantang itu memang sangat penting.
Beliau juga menjadikan ibunya sebagai idola. Mahu cantik dan bertenaga seperti maknya. Justeru Datin Jaja patuh semua pantang larang yang diajar oleh maknya ketika berpantang.
Malah turut menjaga pemakanannya dan amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Wanita tinggi lampai ini juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu kerana menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun.
Selain itu juga, untuk penjagaan rutin kesihatan, beliau memang begitu menjaga pemakanannya. Jarang mengambil air manis, pencuci mulut atau deserts yang memang jadi kegemarannya.
Apatah lagi mengenang usia yang sudah meningkat jadi makanan dan minuman manis wajib dikawal.
Untuk pengetahuan, Datin Jaja mempunyai enam orang anak (4 perempuan dan dua lelaki) berumur sekitar dari 9 tahun hingga yang masih bayi lagi hasil perkahwinan dengan suami tercinta.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.