Tipulah jika anda tidak tahu mengenai kebaikan buah lemon untuk kecantikan tubuh badan. Ia bukan sahaja mampu merawat masalah jerawat, namun lebih dari itu!

Sumber gambar: Latest Lifestyle

Team Hijabista senaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu jadikan buah lemon sebagai ‘kawan baik’ anda untuk menjaga kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Sumber gambar: dominika_roseclay

Rawatan Kulit Berjerawat

Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

Kuku Kuat dan Tangan Cantik

Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

IKLAN

Baca juga: Jangan Muka Sahaja Cantik Tapi Kaki Berdaki! Memalukan Tau! Lakukan Spa Kaki Hanya Di Rumah Dengan Tip Ini!

Menghilangkan Kehitaman Ketiak dan Siku

Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya.

IKLAN
Sumber gambar: Ketut

Menurunkan Berat Badan

Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.

Masalah Rambut Nipis dan Berkelemumur

IKLAN

Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI