Tumpuan pada kulit wajah menyebabkan kita abaikan  bahagian kulit tubuh yang lain. Ini memang tak adil.

Walau pun tertutup, kulit tubuh juga memerlukan belaian dan penjagaan total supaya sifat dan keadaannya terpelihara sentiasa.

Usah risau tentang harga dan kos perawatan, kali ini admin kongsikan cara pembuatan body butter yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Jom cuba!

Bahan-bahan diperlukan:

1. 1 cawan mentega shea mentah (Raw Shea Butter)

2. 1/2 cawan minyak kelapa dara ekstra (MKDE)

3. 1/4 cawan minyak zaitun dara ekstra (MZDE)

 

Peralatan diperlukan:

– Hand Mixer

– Bekas untuk membancuh

IKLAN

– Bekas atau botol kosong – untuk meyimpan krim yang telah siap

Cara membuat:

1. Masukkan mentega shea mentah ke dalam bekas membancuh. Putarkan menggunakan hand mixer menggunakan kelajuan medium.

2. Apabila mentega shea sudah lembut, masukkan MKDE dan terus putarkan.

3. Masukkan MZDE dan terus putar sehingga adunan menjadi kuning terang.

4. Body butter anda telah pun siap! Bolehlah disimpan di dalam botol pilihan dan letakkan dalam suhu bilik. Elak daripada terkena cahaya matahari secara langsung untuk mengekalkan keberkesanannya. Jika jarang menggunakan krim ini, simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

Info Tambahan!

Selain menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga menggunakan minyak-minyak lain yang ada jual di pasaran seperti minyak almond, minyak jojoba, atau minyak-minyak lain yang bagus untuk kulit. Setiap minyak mempunyai keunikan tersendiri.

IKLAN

Oh ya!

Body butter ini turut berkesan merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Boleh juga disapukan pada rambut malahan keseluruhan tubuh hingga ke hujung kaki.

Kelebihan lain

– Kulit tidak pedih walaupun ada luka.

– Menyembuhkan kulit yang luka atau berair.

– Menghilangkan gatal.

– Melembabkan kulit.

IKLAN

– Menghitamkan dan menyihatkan rambut.

– Melicinkan kulit.

– Merawat kulit kaki yang merekah atau pecah.

Apa khasiat Bahan Mentah Body Butter?

1. Shea Butter

Shea Butter adalah mentega yang diekstrak dari African Shea Tree. Buah daripada pokok ni berupa kacang, yang kemudian diketuk untuk diambil isinya sebelum diproses. Kebanyakan pokok shea ni tumbuh di negara Ghana. Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya. Kelebihan shea butter ini antaranya menyembuhkan, anti radang dan antioksidan. Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti ekzema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya.

2. Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO)

Minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seaslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa, haba dan kimia digunakan sewaktu pemprosesan. Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai minyak terbaik di dunia dan khasiatnya telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan manusia keseluruhannya. Antara khasiat minyak kelapa dara ialah meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan tenaga, membunuh virus dan bakteria, dan sebagainya

3. Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil, VOO)

Sama juga seperti minyak kelapa dara cara pemprosesannya, cuma bezanya ia daripada buah zaitun. Khasiatnya bagus untuk merawat penyakit diabetes, penyakit jantung, untuk kesihatan kulit dan banyak lagi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI