Ads

Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan

Cuaca panas yang tidak menentu boleh menyebabkan kita kehilangan banyak air dalam badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering terdedah dengan aktiviti luar.

Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi sehingga memberi kesan pada kulit. Jangan biarkan kulit tidak bermaya kerana ia boleh menyebabkan wajah jadi kusam dan hilang seri.

1. Air

Minum air dalam jumlah yang tepat. Dua liter atau lapan gelas sehari. Usah minum sekali gus! Bijak membahagikan kadar minuman untuk mendapatkan jumlah yang seimbang.

Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan
Minum air secukupnya.

2. Tembikai

Tembikai dikatakan antara sumber makanan terbaik bagi mengelakkan hidrasi. Ia kaya dengan jus, sekurang-kurangnya mengandungi 90 peratus air. Ia juga membantu menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Ads
Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan
Makan buah tembikai juga boleh banyakkan air dalam badan.

3. Air Kelapa

Air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan ‘potassium’ dan bebas lemak. Ia dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi.

Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan

4. Tidur Secukupnya

Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya cukup membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Ads
Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan
Tidur 8 jam sehari.

5. Elakkan Kafein

Kurangkan mengambil minuman berkafeina seperti kopi dan teh kerana ia bakal memberikan kesan sampingan. Misal contoh, kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga barangkali menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan
Kurangkan pengambilannya.

6. Solekan

Gunakan solekan dengan bahan dasar air dan hindari daripada menggunakan bahan solekan dengan kadar minyak yang tinggi.

Ads
Kulit Kering Kalau Tak Dijaga Boleh Jadi Kusam & Hilang Seri, Ini Yang Boleh Diamalkan
Gunakan alat mekap yang sesuai dengan kulit.

Ayuh, kita lakukan bersama. Moga perkongsian tip ini menjurus ke arah kebaikan kita sesama.

Sumber gambar: Google

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.