Luaran yang cantik bukan hanya bergantung kepada usaha penjagaan kulit dengan menggunakan produk tertentu, malah ia juga banyak bersandarkan kepada amalan gaya hidup dan penjagaan kecantikan.

Ada yang sanggup berhabis duit untuk mengekalkan atau menambah kecantikan kulit dimiliki. Sebenarnya produk-produk perawatan kulit tubuh boleh sahaja dibeli di DRUGSTORE. Yang penting bukan soal produk yang dipakai tetapi kesesuaian dan juga disiplin bagi mendapatkan kulit seperti yang diinginkan.

Baca perkongsian Shehnaz Khan yang berkongsi lotion-lotion yang dipakainya untuk mendapatkan kulit yang cerah, lembut dan segar. Semuanya dibeli dari DRUGSTORE.

Hai guys. So today she nak share kat korang tentang tips yang dah lama sangat she buat taw since rmai suruh she share, so tak salahkan she share

CARA PUTIHKAN KULIT/CERAHKAN KULIT SERTA KULIT BERSIH, LEMBUT DAN CANTIK TANPA KORANG SEDAR

Menarik tak bunyinye. Yes sebab she dah 5 tahun dah buat. She memang gilakan lotion. She memang suka sangat dengan kulit terutama bersih dan cantik ..kalau pergi watson ,she akan cari lotion je.

Since ramai tanya she tentang kulit she cerah , lembut ,gebu , bersih (perasan) so tak salah kan she share.

Barang barang kat bawah ni korang boleh beli kat watson /guardian and kat memana lah korang tahu.

Harga pun brpatutan dan apa she share kat bawah ni bukannya she pakai semua dalam 1 masa tapi depends pada cuaca , keadaan , dan persekitaran .. Sebab tu korang akan rasa pelik kenapa banyak sangat jenis lotion kan . Sebab setiap lotion ada keistimewaan nya dan ada pnyelesaian kat mslah kulit korang tu .

Korang kalau nak result yang cepat ,dengarlah cakap she k .so baca je and korang akan tahu lah info-info she bagi ni.

IKLAN

Result ? 1 bulan je. Tak percaya ? U guys share, simpan dan amalkan and thanks to me later.

Share pon tak guna kalau kau tak konsisten dan amalkan. Betul tak? Nak result kena rajin  dan disiplin. Baru puas hati.

Khas untuk DRY SKIN, And normal skin and kulit yang sedang BURN.
Mix je dua-dua ni. And pakai setiap hari . Selepas mandi dan senang cerita hari-hari lah.
Nivea intensive Moisture ni bagus sangat untuk orang yang kulit burn, kusam, kering ..siapa yang burn kat tangan atau kaki ,Nivea ni bagus sangat. kau tengoklah dia ada tulis Vitamin C 100x . Dulu tangan aku burn teruk sampai warna kayu .aku pakai hari-hari alhamdulillah ok sangat. So time nak mndi tu kau scrub lah, then sabun then lps tu sapu lotion. Baru hilang burn.
Yang vaseline ni untuk kulit kering..sesuai duduk dalam aircond tu pakai ni je .mix dua-dua lagi bagus.

KHAS UNTUK KULIT YANG KERING DAN GELAP.
Mix je dua-dua lotion ni. Aku pakai masa aku rasa kulit aku panas. And lotion nivea insta white tu aku pakai time lepas aku mandi sianglah. Dependslah cuaca. Cuma aku cakap tak semua aku pakai satu masa. Ikut cuaca lah.Kalau yang ada masalah kulit kering tapi nak cerah, mix je dua-dua lotion ni.

IKLAN

Ni aku highly recommend ..korang ada tak macam parut gigit nyamuk ke, kulit tak sekata ? Atau macam ada strechmark tapi yang halus punya?
Pakai setiap hari ..aku pakai ni kat kaki dan badan. Ada vitamin E elok weh bagus sangat. Parut nyamuk gigit tu terus hilang.

Ha kau tngok ni. Inilah sabun mandi aku setiap hari. Semua sabun susu kambing.
Inilah kunci untuk kulit putih ,halus dan cantik tanpa korang sedar.
Dulu aku ada kawan dengan matsaleh ni masa tu umur aku 16 tahun. Kawan aku tu cerita orang sana nak kulit cantik putih bersih dorang amalkn mandian susu kambing atau sabun ape ape je aslkan ada susu kambing .
Start dari situ lah weh aku beli apa je sabun badan asalkan ada susu kambing .kau google khasiat susu kambing ni bagus taw .
Memula aku start beli sabun susu kambing kat mydin .baru rm7 tahan sebulan lebih .aku mcm tak percaya betul .tanpa aku sedar kulit aku cantik ,bersih dan makin cerah .masa umur 16 tu aku kawad kaki askar weh . So tahulah legam nya cmne .
Nasihat aku, beli je apa jnis sabun badan yg ads ingredient dia SUSU KAMBING ..bersepah jual.

Ok ni khas untuk kulit yang selalu kena matahari.
Ni kira macam protect skin. Ada vitamin C dengan 50x. Bagus sangat.
Nak best, mix dua-dua lotion ni.

IKLAN

Boleh pakai bila time cuaca bahang. Boleh juga campur kedua-dua lotion.

Ni fav bodypolish aku. Aku sental setiap hari masa kulit aku burn tu. Ni aku suka sebab dia himalayan salt, coconut oil and ada vitamin E .sebab itulah kulit aku tak kering dan burn tu pun hilang skit. Aku pakai kat muka juga untuk skin aku glowing.

Ok ni, khas untuk kulit korang yang memang jenis kasar. Kau beli ni. Baru RM10 tahan berbulan. Pakai sikit je.aku suka ni sebab benda ni dia langsung tak melekit, berminyak.
10000% recomend. Pakai lama-lama tangan kau lembut. 3 hari je lembut terus.

Kulit yang sihat dan cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Maka sebab itulah hijabi semua perlulah menjaga kulit sejak dari awal lagi. Dengan cara itu kulit akan kekal terpelihara dan terawat.

Sumber kredit: Shehnaz Khan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI