Ada wanita beranggapan cantik itu perlu ditonjolkan melalui penampilan diri namun ada pula bersetuju ia lebih kepada memiliki kesihatan terbaik luaran dan dalaman.

Ternyata wanita lebih peka dan arif dalam aspek ini apabila ramai yang mengimpikan untuk memiliki kecantikan wajah juga bentuk tubuh menawan walaupun selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata.

Percaya atau tidak, jamu tradisional mempunyai khasiat tersendiri namun perlu diketahui ramuan yang terkandung di dalamnya.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II tentang cara-cara membuat jamu DIY.

Rahsia orang lama dulu menjaga kecantikan mereka adalah dengan mengamalkan jamu bunga mawar. Bunga mawar digunakan untuk kecantikan sama ada diminum, di makan kelopaknya, atau dijadikan formula untuk kecantikan kulit wajah dan badan.

Jadi tidak hairanlah, kenapa bunga mawar terkenal di serata pelusuk dunia. Jamu ini mudah dan sangat istimewa. Saya amal dari zaman muda lagi. Cara pengambilan seminggu 2-3 kali.

Minum sebelum makan waktu pagi dan malam sebelum tidur sambil NIAT baik-baik.

BAHAN-BAHAN:
7 kuntum bunga mawar
1-2 Segenggam daun inai

Keduanya di basuh.

9 biji buah pelaga

1 sudu besar bunga cengkih

IKLAN

CARA MASAK JAMU:

1. Rebus bersama 500 ml air sampai mendidih.
2. Tapis airnya. Tambah 30-50 ml madu.
3. Kacau sebati.
4. Tuang dalam cawan boleh perah lemon dan minum.
5. Lebihan simpan dalam peti ais.

KELEBAIKAN JAMU AIR MAWAR:

MEMBUAT KULIT MUDA & SIHAT

*Kelopak mawar kaya dengan antiseptik, anti-bakteria, anti-radang, dan sifat anti-oksidatif.

*Ia bagus untuk membantu menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kering serta berminyak.

IKLAN

*Ia memberikan kelembapan kepada kulit, dan kulit juga menjadi lebih lembut, licin, berseri dan kesihatan muda.

ANTI-PENUAAN

*Ia kaya dengan vitamin A dan Vitamin E. Dengan antioksidannya ia mampu membantu melewatkan proses penuaan dimana ia juga membantu mengurangkan kecutkan dna garis halus.

*Antioksida yang tinggi membantu membatasi radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus melambatkan penuaan.

*Sebagai anti-alergi yang berkesan.

*Baik Untuk Wanita yang alami masalah senggugut

MENINGKATKAN SISTEM IMUN

*Sumber vitamin C yang baik membantu meningkatkan daya imuniti tubuh anda. Seterusnya, melindungi anda daripada pelbagai keadaan kesihatan dan memerangi jangkitan dengan cara yang lebih baik.

IKLAN

*Mengubati sakit tekak dan resdung

*Kandungan vitamin C membantu dalam memberi kelegaan dari sakit tekak, hidung berair dan sejuk badan.

MEMBANTU PROSES PENCERNAAN

*Asid organik dalam kelopak mawar meningkatkan daya pencernaan. Semakin kuatnya sistem penghadaman anda, semakin selamat saluran gastrousus anda daripada penyakit dan jangkitan.

*Ia juga membantu menyingkirkan sisa dan toksin dan membantu usus lebih sihat. Ia Di samping itu, ia juga membantu proses pertumbuhan bakteria baik di usus anda.

*Rawatan untuk sembelit dan cirit-birit

*Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing

MELEGAKAN TEKANAN

*Jamu ini membantu mengurangkan tekanan anda selepas satu hari yang panjang. Ya! Ia mempunyai kesan positif untuk mengimbangi tekanan dengan menenangkan sistem saraf anda.

*Membantu Mengurangkan Berat

*Mewangikan badan

Bestkan manfaat jamu ni. Sangat mudah untuk di masak. Konsisten minum jamu ni wajah pun jadi pinkish semulajadi. Pastikan mawar yang di petik di rumah jangan yang beli dekat florist. Kang tak pasal jadi racun.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI