Bedak sejuk merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya, lebih baik pakai bedak sejuk sahaja. Harganya pun murah malah tiada bahan kimia seperti produk yang selalu kita gunakan.

Banyak kelebihan bedak sejuk untuk kecantikan kulit. Ini antaranya kebaikan bedak sejuk sebagai produk perawatan kulit wajah yang tiada kesan sampingan jika digunakan.

  • Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
  • Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
  • Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
  • Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
  • Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
  • Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.

Manakala pegaga pula bukan sekadar enak dijadikan ulam tetapi juga bagus untuk perawatan kecantikan. Menjamah ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah. Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah, sekali gus membuatkan wajah lebih berseri dan segar.

Sejenis herba daun hijau berbentuk kipas, pegaga biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Di India, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.

IKLAN

Daun pegaga mempunyai khasiat yang bagus untuk kulit terutama bagi masalah bintik-bintik hitam atau jeragat di wajah.

Selain sangat bagus dijadikan sebagai ulaman, ianya juga dapat menjadikan kulit sihat dan glowing secara semulajadi.

BEDAK SEJUK PEGAGA

IKLAN
  • 10 biji bedak sejuk
  • Segenggam daun pegaga

Tumbuk lumat pegaga dan dicampur bedak sejuk. Ikuti petua amalan ini. Cantik secara semulajadi menggunakan bahan alami. Rajin amal akan nampak perubahan. InsyaAllah.

Sumber kredit: Nurul Diyana Kamaludin

IKLAN

Sumber gambar: Zakiah Ramli via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (Pegaga) dan Tipah Bakar (Bedak sejuk)

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI