Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-152 yang disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes.
Katanya, kes ke-152 ini membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur.
“Beliau (mangsa) telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Ads
“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.
“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada 6.27 petang,” katanya dalam hantaran di facebooknya, hari ini.
Dalam hantaran itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
Ads
Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Ujian itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Kata orang, ‘you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have’.
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup, kehilangan harta, kematian orang tersayang, sakit dan lain-lain.
Terkadang, apabila sedang menjalani ujian hidup, sokongan orang sekeliling lah yang menjadi ‘penguat semangat’. Walaupun apa yang dilakukan mungkin perkara kecil, namun ia menjadi sangat bermakna buat seseorang.
Seperti kisah yang tular di laman TikTok, seorang ‘pejuang’ SLE semenjak 2003 yang bernama Nasuha Qistina Amiruddin ini. Nasuha meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila doktor dan jururawat menyambut hari kelahirannya ketika di hospital.
Sebelum pergi lebih mendalam mengenai kisah gadis ini, ayuh kita kenali dahulu penyakit Systematic Lupus Erythematosus atau singkatannya SLE.
Menurut laman Kementerian Kesihatan Malaysia, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), atau lupus, ialah suatu penyakit ‘autoimun’ di mana badan menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badan sendiri, menyebabkan radang atau inflamasi di banyak bahagian badan seperti kulit, sendi dan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung dan buah pinggang.
Penyakit ini menjadi antara salah satu penyakit yang ditakuti oleh wanita. Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur. Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun.
Penyakit SLE juga merupakan penyakit kronik yang boleh merebak ke organ lain serta boleh mengakibatkan kematian. Gejalanya boleh menjadi teruk dan kemudian hilang bersilih ganti. Perjalanan sebagai SLE ‘fighter’ bukanlah suatu perjalanan yang mudah, ia memerlukan sokongan daripada ramai pihak.
Nasuha Qistina yang berumur 21 tahun ini telah memuat naik video di TikTok ketika ‘diraikan’ sempena ulang tahunnya. Dapat dilihat, beberapa orang kakitangan Hospital Selayang membawakan kek untuknya dan meraikannya bersama-sama.
“Terima kasih buat doktor kerana meraikan hari kelahiran saya. Tak tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yang sangat mencabar untuk saya,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian Hijabista ialah dia diraikan oleh kakitangan di Hospital Selayang yang berbilang bangsa. Bukan sahaja kek, malah dia dihidangkan makanan serta jambangan bunga yang berisi coklat dan ‘jajan’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan gadis itu dan tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi. Mereka turut memuji dan bersetuju bahawa kakitangan di hospital tersebut memang terkenal dengan sifat peramah dan mesra. Video tersebut kini telah meraih lebih 24.1K jumlah tontonan dan 6K kesukaan.
“Selamat ulang tahun kelahiran dik… moga dikurniakan kesihatan yg baik”
“Dapat Doktor dan nurse baik pun dikira rezeki…”
“Selamat hari lahir awak, alhamdulillah dikeliling org yg baik2…moga cepat sembuh”
“Doktor and nurse hospital selayang semua baik 😁 dua kali warded tak pernah lagi jumpa yang kasar dengan pesakit”
“Moga sentiasa dalam limpahan kasih sayang dan rahmatNYA. Moga terus kuat berjuang Lupus fighter.”
Hasil tinjau Hijabista, gadis tersebut kerap memuat naik keadaannya ketika sedang dirawat di Hospital tersebut, serta sering meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang yang baik.
Dia telah dibenarkan ‘discharge’ daripada hospital pada Jumaat yang lalu. Nasuha juga tidak lupa untuk mengambil gambar kenangan bersama kakitangan hospital tersebut.
MasyaAllah, Hijabista turut mendoakan agar adik Nasuha diberikan kesembuhan seperti sediakala. Semoga diberikan juga kekuatan dan kesihatan di masa hadapan.
Semalam kita telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Ashraf Sinclair,40, yang merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Indonesia terkenal iaitu Bunga Citra Lestari (BCL).
Ashraf dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi semalam akibat serangan jantung.
Seluruh peminat di Malaysia dan Indonesia turut berduka cita dengan berita ini dan pastinya yang paling terkesan adalah BCL serta anak lelaki mereka, Noah Aidan Sinclair,10.
Pernah menghasilkan lagu Wanita Terbahagia yang ditujukan khas buat suaminya, rata-rata peminat BCL kini turut berasa sedih apabila mendengarkan lagu itu kerana tidak mampu untuk membayangkan perasaan yang sedang ditanggung olehnya ketika ini.
Sebagai rekod, pasangan ini telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Tidak pernah dihimpit gosip liar, mereka sentiasa dilihat sebagai pasangan romantis yang menjadi idola semua. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.
Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.
Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.
Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!
Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.
Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.