Nampaknya isu mengenai pelanggaran standard operasi prosedur (SOP) oleh selebriti terkenal iaitu Neelofa masih hangat diperkatakan hingga kini.
Terbaharu, seorang pengguna di twitter telah membandingkan keadaan artis di Korea Selatan dimana kontrak mereka pasti akan ditamatkan jika artis tersebut melakukan kesalahan.
Ads
Menjawab persoalan pemuda tersebut, pengendali akaun twitter Swarovski telah menjawab ciapannya dan menjelaskan persoalan mengenai kerjasama di antara syarikat mereka dan juga Neelofa.
Ciapan tersebut bagaimanapun sudah dipadam dari akaun Swarovski.
Di samping itu, Neelofa juga turut mengeluarkan ciapan di twitter bagi menjawab andaian semua. Ujarnya, kontraknya bersama Swarovski sebenarnya sudah tamat sejak Disember tahun lalu dan hubungan mereka kekal baik sehingga kini.
Ads
Salam. Kontrak saya bersama Swarovski telah tamat pada Disember 2020 tetapi kami tetap menjalinkan hubungan yang baik dan ia akan terus kekal begitu. Harap ini dapat menjelaskan segalanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
Maksudnya :“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua orang nak cantik sampailah terciptanya benda-benda palsu untuk kelihatan lagi lebih cantik dan jelita. Trend sekarang macam-macam ada, dari pendakap gigi palsu, kanta pelekap palsu kini ada pula lesung pipi palsu! Bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan.
Trend yang menular di negara jiran Thailand itu dikatakan menjadi kegilaan remaja di sana untuk memberikan ilusi seolah-olah mempunyai lesung pipi dengan menindik berlian dan perak ke pipi yang dikatakan boleh mencantikkan lagi wajah, betul ke?
Bagi yang ingin tahu bagaimana proses menebuk pipi dilakukan, ia lebih kurang sama seperti menindik telinga. Anda perlu kumur dengan pencuci mulut dahulu untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut.
Kemudian barulah pipi akan dikebaskan untuk mengurangkan kesakitan. Selepas itu, penindik akan terus menindik pipi anda. Seram bukan? Macam sakit sangat.
Trend ini memang menjadi kegilaan remaja di Thailand, diharap tidak menular sampai ke Malaysia. Amalan bertindik sehingga merisikokan kesihatan adalah haram, malah bukan cantik pun!
Semata-mata untuk mencipta ilusi pipi berlesung pipit. Mereka sanggup melubangkan pipi hanya untuk kelihatan lebih ‘sweet’ tanpa memikirkan kesan sampingannya!
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.