Umum sedia maklum bahawa pemilik nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina merupakan antara selebriti dan aktivis kemanusiaan yang jarang terpalit kontroversi.
Terdahulu, pada 4 Ogos tahun lalu Mizz Nina pernah mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba memaklumkan berkenaan perceraian bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Kini, dalam diam setelah menyediri kurang lebih hampir setahun. Mizz Nina mengumumkan bahawa dia kini telah pun menjadi suri hati kepada seorang lelaki Maghribi dikenali sebagai Essam Muhammad.
Mizz Nina Yakin Essam Mampu Telusuri Jalan Dakwah Bersamanya!
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mizz Nina menerusi muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Jelasnya, majlis pernikahan berkenaan diadakan menerusi sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan berjaya mencuri hatinya setelah berkongsi matlamat yang sama iaitu mahu membantu agama menerusi jalan dakwah.
Ads
“Kami berdua sudah sepakat untuk mendedikasikan hidup kami kepada dakwah.
“Kami berkongsi tujuan, aspirasi di samping sangat teruja untuk melangkah ke fasa baru hidup kami.
Pesta Halloween di Riyard Boulevard telah berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat lepas, kecoh di media sosial apabila satu video TikTok tular, dikatakan Arab Saudi sudah mula menerima dan menyambut perayaan Halloween secara besar-besaran. Malah pihak berkenaan hanya membenarkan pengunjung untuk masuk jika berpakaian menakutkan sahaja.
Terkejut dan tergaman, antara negara yang dikenali sebagai negara Islam menyambut perayaan yang diraikan penganut kristian. Hari Halloween disambut bagi memperingati orang yang telah mati, juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saint’s Eve. Biasanya sambutan ini dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan.
Menerusi satu posting di Facebook, Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil bersuara, meluah rasa dengan situasi terkini. Perasaan yang amat sangat kecewakan kerana negara itu sudah mula menerima pengaruh dan budaya barat yang sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.
“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan. Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini,” luahnya.
Memperagakan kostum dan tata rias wajah seumpama hantu yang menyeramkan, tampak ianya satu pesta yang menyeronokkan. Lebih menyedihkan lagi perayaan ini juga disambut baik di negara ini apatah lagi mereka yang menyambut parayaan ini juga dikalangan penganut agama Islam. Sebagai seorang pendakwah, Ustazah Asma tampil menerangkan sejarah pesta Halloween, dengan harapan agar mereka lebih faham, di dalam Islam ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar, bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Quran.
Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang dirayakan setiap kali tibanya 31 Oktober. Bagi mereka ia bertujuan untuk memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints) dan pejuang-pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.
Berasal daripada istilah All Hallow’s Eve iaitu malam sebelum all hallow yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.
Perayaan Halloween juga asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno, ia berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.
Hari ini, Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram.
Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.
Daripada Rasulullah SAW Ibn Umar r.a.,berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.(HR Abu Daud, hadis hasan)
Berdasarkan hadis di atas, seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya. Pesta sebegini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang kafir, tetapi juga kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat yang tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya. Ustazah Asma Harun agar mereka semua renungi sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman;
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR Muslim)
*Dhob – biawak padang pasir
Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT. Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.
Pendakwah bebas ini berharap dengan perkongsian ini akan dipandang pihak berkenaan supaya negara dibimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman.
Sepotong doa agar kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan.
Permulaan dari seorang pempengaruh dan model, Sharifah Rose telah melakar nama sepenuhnya di industri seni Malaysia. Siapa sangka dia mempunyai bakat lakonan yang menjadi perhatian orang ramai.
Berkongsi kegembiraannya, drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang di bintanginya berjaya membawa 3 anugerah khusus di majlis Anugerah Telenovela Ke-8.
Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, meluahkan rasa bangga di media sosialnya dengan ucapan yang cukup manis. Dia juga bersyukur adanya peminat yang sentiasa menyokong membuahkan satu kejayaan bagi karier seninya.
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.” katanya.
Rose juga mengharapkan agar orang ramai berikan sokongan buat setiap bakat-bakat baru yang ingin melakar nama di dalam industri tanah air. Setiap peluang yang diberikan boleh menyumbangkan kepada satu kejayaa buat setiap individu yang berhasrat tinggi.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan,
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.” tulisnya lagi.
Menjadi perhatian orang ramai juga apabila melihat foto perkongsian Rose yang hadiri bersama keluarganya ke anugerah itu semalam. Ramai yang terpegun melihat keluarganya yang begitu cantik dan hensem.
“Satu keluarga yang best looking family ever!
“Ibunya cantik.. ayahnya tampan.. dan rose pun cantik,
“Congratulations ❤️ well deserved 👏beautiful family ❤️.” tulis wargamaya melihat keluarga Sharifah Rose.
Sekadar info, drama Kekasih Hatiku Mr. Bodyguard di tayangkan pada 2021 dan menjadi satu fenomena seketika. Ia memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Telenovela Popular 2021, Novel Popular dan Sharifah Rose sendiri memenangi Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021.
Rezeki ALLAH S.W.T itu sangat luas. Kita sebagai hambanya harus sentiasa berusaha untuk mencari rezeki yang halal, dan berdoalah kepada-Nya untuk dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Banyak sebenarnya pilihan doa ringkas dan pendek, yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian kita.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (QS. Shaad/38: 35)
“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan karuniamu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.” (HR. Ahmad)
“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (QS. Al-Maidah/5: 114)
DOA MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN
“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”
Semoga apabila kita mempraktikkan bacaan doa ini dalam kehidupan harian kita, rezeki kita akan dimurahkan dan dilipat gandakan oleh-Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.