Sebut sahaja Rizman Ruzaini pasti terbayangkan rekaan gaun pengantin yang elegan dan tampak eksklusif hasil sentuhan tangan, gandingan serasi dua anak melayu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil yang telah membina empayar selama 17 tahun, hingga jenama ini sering kali menjadi pilihan para selebriti tanah air.
Bagaimanapun, pada tahun ini dua pereka terkemuka ini memberikan kelainan apabila menyediakan satu ‘line up’ pakaian pengantin yang menawarkan harga ‘mampu milik’ hasil sentuhan tangan seorang anak muda lelaki berasal dari Sandakan Sabah, iaitu ‘Junior Designer’ dikenali sebagai Akmal Hakim Ajirul.
Menurut Rizman dan Ruzaini, impian untuk melihat penerimaan jenama ini diterima dengan cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia telah tercapai.
RR Perkenal Junior Designer Bagi Rekaan Mampu Milik
Justeru, bagi mencapai impian kedua iaitu melihat setiap bakal pengantin di Malaysia menggayakan busana perkahwinan jenama mereka, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu merealisasikan ‘impian’ ini.
“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.
“Bukan satu kerja mudah, dalam tempoh pencarian ini juga, elemen utama yang kami ambilkira adalah Junior Designer yang bakal dipilih memahami DNA Rizman Ruzaini. Alhamdulillah selepas hampir setahun, kami dipertemukan dengan Akmal yang kami yakin mampu menyempurnakan setiap rekaan dengan sentuhan Rizman Ruzaini,” katanya.
Ads
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh gandingan pereka duo, Rizman dan Ruzaini ketika ditemui pada majlis ‘RR Bridal ’23’ yang diadakan di Rizman Ruzaini Couture di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.
Tambah, Rizman lagi, kehadiran Akmal adalah sebagai penanda aras kepada perniagaan mereka agar boleh menghasilkan produk dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat marhaen.
Namun, meskipun ia menggunakan hasil sentuhan tangan Junior Designer, sepenuhnya Rizman menegaskan bahawa setiap rekaan masih akan dipantau teliti oleh dirinya dan Ruzaini agar nilai estetik dan kualiti yang sentiasa dititikberatkan dalam jenama RR dapat dikekalkan.
Tawaran Harga Serendah RM 4,000 Bagi Busana RR Hasil Tangan Akmal
Ads
“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.
“Jadi kehadiran junior designer ini adalah solusi daripada kami buat semua bakal pengantin. Dengan harga permulaan hanya dari RM4,000 tidak mustahil lagi buat mereka untuk menyarung busana jenama Rizman Ruzaini si hari bersejarah mereka. ” jelasnya.
Sekadar info, Junior Designer di bawah jenama RR tidak hanya dinilai berdasarkan kreativiti semata-mata, malah gaya persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi yang baik dengan pelanggan juga dinilai sebelum diterima sebagai Junior Designer jenama ini.
Ads
Mengulas perkara sama, Akmal turut berkesempatan menzahirkan rasa syukur apabila diberi tanggungjawab menggalas jawatan Junior Designer dan menjelaskan bahawa dirinya cukup bertuah untuk berada di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara ini.
Selain itu, anak jati kelahiran negeri di bawah bayu itu juga berazam akan memberikan sentuhan terbaik bagi setiap rekaan hasil sentuhan tanganya serta menyalurkan kreativiti yang mampan agar selari dengan setiap rekaan jenama ini.
“Saya ingin berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini kerana mempercayai bakat yang saya ada.
“Bukan mudah sebenarnya saya membawa jenama sebesar ini, justeru apabila diberi peluang saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencabar diri,” jelasnya.
Selebriti popular, Noor Neelofa menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya, membuatkan wargamaya tak keruan dan geram melihat foto perkembangan terbaharu Bilal.
Gambar Bilal yang gebu sedang minum air sambil duduk diatas kerusi, ternyata mengundang rasa geram netizen dek kecomelan anak niqabis yang juga usahawan terkemuka itu.
Manakan tidak, Bilal bukan sahaja mempunyai kulit yang putih melepak, selain itu tangan Bilal yang gebu pasti membuatkan sesiapa sahaja geram dan tidak keruan sehingga rasa nak cubit-cubit sahaja si manja itu.
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, rata-rata selebriti dan peminat menghujani ruangan komen di Instagram Neelofa dengan puji-pujian terhadap bilal.
Malah, ramai juga yang geram melihat kecomelan Bilal serta mendoakan agar Bilal menjadi anak soleh yang bakal membahagiakan kedua orang tuanya kelak.
Sekadar info, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pelakon, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Pasangan merpati dua sejoli itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Sejak awal tahun lalu, laman sosial dilihat dilihat dibanjiri dengan hantaran selebriti-selebriti Malaysia yang teruja menjadi tetamu Allah bersama keluarga mahupun pasangan masing-masing.
Namun, lain pula bagi selebriti jelita yang satu ini, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong apabila kelibatnya bersama suami dan anak kini terlihat berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Tindakan Emma yang tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah menjadi bualan ramai, sekaligus meraih pujian di kalangan peminat dan warganet.
Perkara tersebut menjadi tular apabila terdapat jemaah yang turut berada di tanah suci memuatnaik sebuah video menerusi akaun pengguna TikTok @zairachematt, memaparkan pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu sedang mendukung anaknya sewaktu berada di Madinah.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut dan rata-rata warganet menghamburkan pujian diatas tindakan Emma Maembong yang secara senyap melakukan ibadah dan kebaikan.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen dan mencuri perhatian Hijabista.
“Dia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baik”
“Senyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrur”
“Bagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..”
“Owh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrur” tulis wargamaya.
Selain itu, Hijabista juga sempat meninjau laman Instagram milik pelakon itu dan mendapati, Emma Maembong ada berkongsikan perkembangan terbaharunya, dengan memuat naik beberapa rakaman video dirinya dan keluarga ketika berada di Tanah Suci bersama suami dan anak.
Sekadar info, antara beberapa selebriti terkenal tanahair yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini adalah Intan Najuwa, Zizi Kirana, Puteri Sarah Liyana, Fasha Sandha, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...