Dalam dunia rawatan kecantikan, istilah kolagen sudah tidak asing lagi. Dalam tubuh, kolagen adalah salah satu protein semula jadi yang membentuk struktur badan manusia, biasa ditemui dalam tulang, kulit dan tendon untuk membentuk bahan asas dalam tulang, gigi, kulit, sendi dan otot.

Kira-kira 40 peratus kolagen dalam tubuh terdapat pada kulit, 10 hingga 20 peratus; sendi (7 hingga 8 peratus) dan saluran darah dan selebihnya pada bahagian yang lain.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang membuat suntikan kolagen untuk mencantikkan wajah, menghilangkan kedutan dan ingin kelihatan muda. Sebenarnya kita boleh mendapatkan kolagen melalui bahan semula jadi.

Berikut perkongsian Deyana Hatazad

Ads

AIR KOLAGEN

Air awet muda ini ada peach gum. Kolagen semulajadi jadi yang khasiatnya lebih banyak dari sarang burung. Amalkan hari-hari In shaa Allah boleh jadi anti penuaan

Ads

Tapi kalau ada peach gum ibu mengandung tak boleh minum. Buat ibu mengandung dan anak-anak tak perlu letak peach gum yea

Kolagen Semula Jadi Dari Peach Gum, Khasiatnya Lebih Banyak Dari Sarang Burung

Ads

BAHAN-BAHANNYA:
Peach gum (rendamkan semalaman)
20 biji longan kuning kering
15 biji longan hitam kering
15 biji kurma merah
7 kuntum rosebuds
Fungus putih
Kismis
Gula molasses
Air secukupnya

Kolagen Semula Jadi Dari Peach Gum, Khasiatnya Lebih Banyak Dari Sarang Burung

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1) Didihkan air secukupnya. Bilas semua bahan dengan air masukkan kedalam air mendidih tadi kecuali peach gum dan gula molases
2) Biarkan rebusan reneh dalam 20 minit baru masukkan gula molasses secukup rasa
3) Peach gum tue yang direndam asingkan habuk kayu yang berwarna hitam. Ambil yang peach gum berbentuk kristal sahaja nanti. Masukkan dalam rebusan biarkan selama 10 minit
4) Dah siap. Boleh minum panas dan sejuk. Semua bahan-bahan boleh dimakan
Selamat mencuba, jom cantik secara semulajadi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI