Alhamdulillah, satu perkabaran gembira telah dikongsikan oleh Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berhubung perkembangan terkini pelakon jelita, Nad Zainal yang sebelum ini ditidurkan di ICU akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.
Menurut Ungku Ismail, Nad kini sudah sedar dan doktor memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam Nad sudah tidak lagi bergantung pada alat itu untuk bernafas.
Lebih menggembirakan apabila pelakon utama drama Cina Buta itu sudah mula menunjukkan perkembangan dan progres yang amat memberangsangkan, Nad kini sudah mula bercakap dan mampu bergerak, walaupun gerakannya masih terhad dan suara masih halus.
Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya
Bagaimanapun, Ungku Ismail menjelaskan bahawa Nad masih dalam pemantauan doktor di ICU, kerana doktor mahu memastikanbagar keadaan kesihatannya lebih baik dan terus menunjukkan berkembang secara positif.
Selain itu, Ungku juga memanjatkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat serta peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhan rakan gandingan serasinya itu.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” ujarnya.
Mengimbau kenangan waktu kecil, pelakon jelita Faezah Elai berkongsi cerita sewaktu menetap di sebuah rumah pangsa kos rendah di Pulau Pinang dahulu.
Jelasnya, dia sangat menikmati zaman kanak-kanaknya kerana kemeriahan yang dirasai sewaktu menetap di flat dahulu bersama adik beradik serta jiran tetangga.
“Saya budak flat Flat Taman Tun Sardon Penang.
“Siapa balik flat raya baru ni?
“Duduk flat ni meriah woo!! Especially time raya.. kalau ada yang bergaduh laki bini, memang satu flat boleh dengar. 🤣😂
“Saya teringat ketika usia saya dalam 12 tahun, saya dan adik tengah malam dengar jiran bawah rumah bekelahi laki bini.
“Saya dan adik dengan bedak sejuk tepek di muka duduk bertinggung tepi tangga duduk dengar mereka bergaduh pasal apa tak tahu, lupa dah. Saya punyalah ‘bawang’ waktu itu. Kamilah ‘mami jarum’ sebenar anda tahu!🤣😂
“Saya sangat menyukai kenangan zaman kanak-kanak dahulu. Pantasnya masa berlalu. Kita memang layak digelar ‘The Real Mami Jarum’!” luah Faezah di laman instagramnya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai netizen yang menganggap dirinya sentiasa merendah diri dan tak melupakan asal usul. Selain itu, ramai juga yang turut berkongsikan cerita mereka apabila mendiami kawasan flat yang sama dengan Faezah.
Sis puji Faezah kerana sentiasa merendah diri dan tak malu untuk mengakui dari mana kita datang walaupun sudah berjaya hari ini. Moga rezeki Faezah dan keluarga terus melimpah-ruah dan menjadi inspirasi buat ramai hijabi di luar sana!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon yang cantik jelita, Wawa Zainal sentiasa mencuri tumpuan peminatnya dengan gayanya yang comel. Bak kata orang, pakai apa pun tetap cun sis!
Baru-baru ini, isteri kepada Aeril Zafrel telah memuat naik videonya miming dan menari lagu hindustan di Turki. Wawa yang sememangnya sedia maklum oleh semua merupakan peminat setia lagu hindustan menerima ribuan pujian daripada netizen.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.