Pelakon yang cantik jelita, Wawa Zainal sentiasa mencuri tumpuan peminatnya dengan gayanya yang comel. Bak kata orang, pakai apa pun tetap cun sis!
Baru-baru ini, isteri kepada Aeril Zafrel telah memuat naik videonya miming dan menari lagu hindustan di Turki. Wawa yang sememangnya sedia maklum oleh semua merupakan peminat setia lagu hindustan menerima ribuan pujian daripada netizen.
Kalau cakap pasal duit, siapa je yang tak nak kumpul duit banyak-banyakkan. Mesti semua mahua da simpanan yang banyak cuma itulah kalau bab nak menyimpan duit itu agak payah dilakukan oleh sesetengah individu gara-gara boros berbelanja.
Jika anda seorang yang gemar berbelanja namun sukar untuk menyimpan, bolehlah mengikut tip yang dikongsi oleh @udinyusof di twitter ini. Mengajar dirinya untuk sentiasa meyimpan RM20, jumlah akhir yang dikumpul pastinya membuatkan anda rasa cemburu dan mahu segera menyimpan juga!
Walaupun baru berusia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri, sudah ada rasa tanggungjawab yang perlu sama dilakukan bagi melawan wabak Covid-19.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Sudah belajar menjahit sejak berusia lima tahun, dia menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.
Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu sendiri yang menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas mendapat tahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.
“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.
“Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.
“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah kepada Astro AWANI.
Selain itu, Hasnah juga menjelaskan anaknya itu sudah mula menjahit dan menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.
“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.
Ujar Hasnah, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk menyiapkan sepasang PPE.
Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE sudah dihantar untuk kegunaan petugas di HTAN dan mereka sedang berusaha menghasilkan lebih banyak PPE.
Hasnah berasa gembira dan terharu kerana sumbangan kecil dia dan anaknya dapat membantu pihak yang memerlukan. Harapnya ini dapat memberikan inspirasi buat anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menangani wabak COVID-19.
Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat, Kelantan, Mohd Irman Mat berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang anak tahfiz yang dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak covid-19.
Jelasnya, dia tertarik untuk mengenali anak tahfiz ini kerana Al-Quran sentiasa ada sahaja bersamanya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.
Alhamdulillah..Hari ni adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada d sini lebih kurang 5,6 hari sebelum tu di Hospital Pasir Mas 10 hari (suspek jangkitan COVID19). Syukur pada mu ya ALLAH..
Hari Pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu.. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa (tanpa gajet, hanya bertemankan al-quran)… Mula-mula sekali perkataan hok dia kata.. Puas abe!!
Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia (walaupun tahu risiko jika duduk lama-lama).. Tanya ibubapa duduk mana, dia senyap.. Nampak lain muka dia… Aku cuba risik tanya orang, rupa-rupanya adik Alhan ni anak yatim piatu…
Lepas pada itu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal, aku meluangkan sekejap masa 5-10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.. Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan apa, aku cuba pergi beli untuk dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan tapi bolehlah berkongsi sedikit rezeki….
Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal.. Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar.. Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek covid-19 tapi duduk di wad lain…(walaupun aku tahu kontek bila berhubung dengan suspek covid) adik Alhan negatif..
Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar…inshaallah… Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan.. tapi tak larat nak menaip doh…
Kesimpulan aku di sini… CUBA KITA BAYANGKAN ANAK ITU ANAK KITA YANG TAK PERNAH BERPISAH DENGAN KITA.. TERPAKSA HIDUP KESEORANGAN KERANA VIRUS COVID-19 YG KITA PANDANG REMEH… JADI TURUTILAH ARAHAN #PKP#STAYATHOME#KITAJAGAKITA#FIGHTCOVID19#PRAY4MALAYSIA
Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dihormati. TAPI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK KITA BERSAMA…
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.