“Kita Hilang Seorang Demi Seorang Ilmuan & Pendakwah” – Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Zahir Rasa Sedih ‘Pemergian’ Tuan Guru Ismail Kamus
Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Ads
Ramai yang berkongsi sedih kehilangan Tuan Guru Ismail Kamus antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
PERGINYA PERMATA UMMAH ALMARHUM AL-USTAZ AL-KABIR USTAZ ISMAIL KAMUS (1948 – 2020)
Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.
Kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di Malaysia setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1. Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.
Kali terakhir saya makan bersama almarhum adalah pada 17 Disember 2019. Walaupun kelihatan uzur, namun almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut.
Ads
Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah. Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum.
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ ا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَاوَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَبِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ
HIJABISTA: Dijemput bertemu Allah di bulan baik (Ramadan) dan hari yang baik (Jumaat). Doa kami tuan guru diganjari syurga tertinggi.
Rambut manusia ini warnanya saja yang sama, hitam tetapi punya hati lain-lain. Kadang-kadang kita tak dapat meneka apa yang ada dalam hati manusia. Malah sikap buruk atau sering syak wasangka memang sering ada dalam diri seseorang. Kadang-kadang perasaan itu akan menyebabkan kita sering salah anggap tanpa terlebih dahulu menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.
Seperti yang berlaku pada seorang pengguna laman sosial Yue Shariff yang membuat pekerjaan sebagai suprise delivery. Dia yang tanpa usul periksa telah dimarahi dan dikatakan mahu mengurat suami orang gara-gara syak wasangka dan rasa curiga isterinya disebabkan pesanan WhatsApp.
Namun wanita ini tidak cepat melatah kerana dia begitu menghargai pelanggannya yang juga merupakan suami wanita berkenaan. Dia yang mahu menghantar bunga yang ditempah kepada isterinya terkejut apabila terus menerima panggilan darinya mengatakan mahu berjumpa.
Apa yang seterusnya berlaku memang mengejutkan. Walaupun dikatakan cuba menggoda suaminya, tetapi dia hanya mampu tersenyum dan menjawab lembut sahaja.
Sebenarnya suaminya mahu membuat suprise pada isterinya dengan membuat tempahan bunga.
Baca perkongsiannya di sini dan kita sebagai kaum wanita perlu percaya pada pasangan yang mereka ini sebenarnya jujur dan kadang kala ada element of suprise.
Si asben sebelum ni wasap kita sebab nak order bunga untuk wife dia … Si asben kemain excited nak suruh bagi bunga sempena birthday wife dia …
Masa kita sibuk-sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tibe-tibe wife dia sendiri call kita! Ayat dia …
“Kau kenapa minta duit kat laki aku? Siap jumpa kt Mahkota bagai?! Bape lama dah kau skandal dengan laki aku ni? Mentang-mentang LAKI AKU POLIS, kau nak menggatal ek? Bla … Bla … Bla … AKU NAK JUMPA KAU!”
Dia bebel panjang sampai tak bagi can kita cakap, siap maki tapi taknak tulis kat sini. Hihi … “Ok dik. Nak jumpa kat mana?” (Ngam-ngam memang nak jumpa pun!☺️) Kita SABAUkan!
“Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!” Dia marah woo kita panggil dia adik padahal umur dia baru 26 tahun! Hehe …
“OK! Tunggu ye!”
Sampai Jusco, kita call dia siap bawak bunga yang asben dia tempah! Dia bagitahu tempat, pakai baju apa siap! Ada 2-3 gegirls sebelah dia. ADA BODIGAD beb! Untuk ganyang kita kot! Haha ? Kita jumpa dia, kita senyum! Muka dia macam singa weii tapi cantik orangnya! Kecik molek! Kalau kita kepit celah ketiak pun lemas dah ni. Hahaha
“Puan ****,ni bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga nilah saya berhubung dengan suami puan tu! Berjumpa pun sebab dia nak buat payment aritu. Takde urusan lain. Sekarang ni, bila sampai je bunga ni ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai! Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?” Lembut je kita cakap tau. Berdesupppp … Biasalah, kita kan LEMAH LEMBUT orangnya! Aummm … ?
Dia diam. BISU! Merah padam muka dia. Yang bodigad pun diam. Sendu! Nak marah ke, nak nangis ke kita tak tahu! Dia cuma cakap perlahan “Terima Kasih!”.
“Sama-sama dik!” Dan kita pun berlalu dari situ. Kita nak bungkus diri jap! TAMAT!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan hikmah, jadi pada bulan yang paling mulia dan penuh ganjaran ini, ramai diantara umat Islam berlumba-lumba mengutip dan mencari pahala demi mendapat keredhaan yang maha esa.
Begitu juga dengan perihal anak gadis kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil berbeza demi menghormati bulan Ramadan sekaligus menyahut seruan rakan-rakanya untuk berhijab ketika keluar bersiar-siar di khalayak umum.
Perkongsian Leona menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih pujian netizen apabila Leona dilihat begitu sopan dan berbeza ketika mengenakan hijab sewaktu bersiar-siar bersama rakannya yang lain.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Leona yang tampil lebih manis dan menawan mengenakan hijab berona kuning air sambil memakai baju sejuk lengkap hoodie berwarna merah jambu lembut.
Dalam perkongsian sama, gadis berusia 21 tahun itu juga sempat menitipkan ucapan salam Ramadan yang ditujukan khas buat para pengikutnya di aplikasi berkenaan.
“Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam Ramadan,” tulis Leona ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen terhadap perubahan positif yang ditampilkan Leona khususnya di bulan mulia ini.
Rata-rata wargamaya memberi respon menyokong bahawa Leona lebih jelita dan menawan apabila mengenakan Hijab. Malah, ramai yang mahu Leona untuk terus menjaga penampilannya agar dapat berhijrah menjadi lebih baik selari dengan apa yang dituntut oleh agama Islam.
Dalam pada itu, netizen turut meminta Leona agar terus berkawan dengan rakan-rakan yang memberikan pengaruh baik seperti ini yang sering menegur di saat kita lalai dan terleka dengan dunia.
Sekadar info, sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terdahulu nama Leona sering mendapat perhatian dan menjadi bualan wargamaya di media sosial ekoran penampilannya yang terlampau seksi dan ‘mencolok mata’ sehingga mencetuskan kritikan, rasa kurang senang dan cemuhan orang ramai.
Orang yang melakukan Umrah adalah orang yang melakukan perjalanan untuk mengunjungi rumah Allah di Mekah kerana ketakwaannya padaNya.
Tidak ada orang yang rela mengorbankan masa, wang, harta dan tenaga demi mengunjungi tempat suci ini selain kerana mematuhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi. Dan hanya orang bertakwa yang akan diberikan rezeki dari arah yang tak diduga untuk menunaikan rukun Islam ini.
Bukan semua dari kita mempunyai kemampuan untuk pergi umrah yang disediakan. Tahun demi tahun pakej umrah semakin melambung harganya, mungkin kerana beberapa faktor yang memaksa pihak agensi berbuat demikian. Lain pula perkongsian dua beradik ini pakej umrah secara DIY memudahkan dan tidak terikat dengan jadual. Jom ikuti perkongsian Haany Harraz melalui laman facebook.
My Umrah Stories 😍
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Hari ni baru ada kelapangan untuk menulis sedikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi dengan kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana-mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan 😁.
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak saya menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana.
Pertama sekali, perlu ikuti kursus umrah,.saya mengikuti kursus percuma yg berdekatan dengan tempat saya. Saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tengok di youtube, buat research accommodation, transportation dan lain-lain. Jangan lupa perbanyakkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tip perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.
Saya menempah tiket penerbangan melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya
Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dll. Untuk di Madinah saya menginap Hotel ( Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sgt dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan (8 minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5 minit sahaja ke masjid. hotel ni boleh tidur untuk 4 orang, kami hanya berdua sangat puas hati.
Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem (Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam teksi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.
Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sangat banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.
Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa, minum dan snek disediakan. Sangat recommended! Boleh online booking di website saptco.com.sa
Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.
Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.
Visa boleh apply di laman laman rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5 minit dan terus dihantar ke email kita. Gambar passport visa kami hanya snap guna telefon dan gunakan software gambar visa umrah sahaja, tidak perlu untuk ke kedai gambar.
Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Saya seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk
Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri, di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah disana. Rezeki kami, Di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dengan menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhamdulillah.
Banyak boleh dapat keychain semurah 2 riyal (RM2), yang penting pandai cari. Air zam zam kami beli di airport/ 7.5 riyal untuk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu orang satu botol jer. Kebanyakkan airlines akan bagi free luggage khas utk air zam-zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri, kami bawak periuk nasi kecil untuk masak nasi dan bawak makanan sendiri. Ada juga kadang2 kami cuba makanan di sana, boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sebab banyak
Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tidak kira ke mana sahaja, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan ke sana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
HARI 1: 31/1/2020
NOTA:Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH (Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tidak datang rumahku, dikira ummat yg tidak mencintaiku)
HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH
NOTA: Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi GUA Thur, dihambat Surraqah(perang Badar). Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.
HARI 5 : 4/ 2/ 2020 MAKKAH
HARI 6 : 5/2/2020
NOTA:Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate: Pintu 79 (buat tawaf sunat) – pintu 66 . ‘ada toilet dan tempat berwudhu’ – free Al-Quran sebelah pintu 79 cari 884 – kedai foodcourt (Al Khalid Courtyard) – kedai jus (berhampiran kedai rambut) , Hilton Suite (ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)
HARI 7 : 6/2/2020
HARI 8 : (7 / 2 / 2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH
ISTANBUL – AIRPORT
HARI 9 ( 8 / 2 / 2020)
NOTA: Tempat shopping ( Kadikoy Sali Pazari (kedai-kedai dan tempat makan murah)
HARI 10 ( 9/2/2020)
HARI 11 ( 10/2/2020)
NOTA:Harga stu malam penginapan di Turkey dlm lingkungn RM80/mlm. | Transportation untuk bergerak ke mana-mana sahaja, pun sangat-sangat murah. | Kami naik bas metro atauu trem di sana. | Makanan pn murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12 ( 11/2/2020)
Sampai KUL 3.00 petang
KUL ke KB pukul 8.35 malam, di jangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan Umrah ini bukan seperti perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Rasulullah S.A.W. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.