Kini Bergelar Mualaf, Gadis Terharu Terima Sokongan Ramai & Rezeki Yang Tak Putus

Share

Alangkah beruntungnya seseorang itu apabila dipilih untuk menerima hidayah daripada Allah. Berkongsi di Twitter, Shannon Lyn Ak Peter meluahkan rasa syukur apabila menjadi mualaf secara rasminya pada 3 Jun yang lalu.

Memeluk Islam di Jabatan Agama Johor, Shannon kini menggunakan nama Nur Lyn Umairah sebagai nama Islamnya. Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berharap dia kekal istiqomah sewaktu mendalami ilmu agama.

Dia merasa terharu apabila dikelilingi ramai orang baik yang mahu memberikannya hadiah sebagai motivasi buat dirinya untuk terus mendalami Islam.

Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berharap dia tidak melihat pada sikap muslim sebagai contoh tetapi melihat pada keindahan Islam itu sendiri untuk menjadi seorang muslimah sejati.

kredit: twitter @shnonlyn

IKLAN