Alahai…comelnya lihat bayi yang khusyuk melihat sesuatu, kita pula yang fokus dengan keadaan itu. Memang tidak boleh terlepas pandang jika lihat sesuatu yang comel dan manis apatah lagi mengenai telatah bayi kecil.
Perkongsian Neelofa pada Instagram Story meraih banyak perhatian melihat telatah Bilal yang asyik menonton animasi Islamik. Ramai yang memuji kelakuannya yang baik dan tidak meragam dalam video durasi pendek itu.
Fokusnya awak tengok surah-surah itu…
Baru-baru ini, usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa, memuat naik Instagram story menunjukkan bertapa khusyuknya anak lelakinya, Muhammad Bilal, menonton sebuah video animasi islamik khas untuk kanak-kanak. Dia kelihatan sangat tekun melihat pada skrin tanpa menoleh kemana-mana arah.
Selepas pelakon itu mendedahkan wajah anak sulungnya itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangannya. Siapa sahaja yang tidak mahu melihat kecomelan bilal itu, sudah pasti ramai yang tidak mahu terlepas.
Meski pun, perkongsian Neelofa itu telah pun tamat di laman media sosial miliknya, namun, ia di muat naik semula melalui Instagram peminatnya di @lofa.page yang memaparkan semula video itu. Alangkah khusyuknya Bilal melihat animasi Islamik, Riko the series, yang memaparkan himpunan surah dari al-Quran.
“He loves riko so much! Boleh tengok macam ini berpuluh surah.” tulis Neelofa dalam video InstaStory itu.
Kini kita ketahui bahawa Bilal yang berusia 10 bulan itu boleh menonton siri animasi Islamik dengan jangka yang panjang! Bahkan ia sangat bagus kerana mempunyai kandungan intipati yang mengajar ayat-ayat al-Quran.
Bilal ini anak yang bijak, MasyaAllah…
Ramai yang terpegun dan tidak putus-putus memuji kecomelan serta telatah Bilal yang sangat baik. Ada juga yang sangat geram dengan kecomelannya dan mendoakan yang baik buat bayi itu.
Ads
“Bilal budak bijak, semoga membesar dengan sihat ya…love you bilal,
“Bagus fokus anak soleh ini, MasyaAllah,
Ads
“Tak berkelip matanya tengok video itu…” itulah antara komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya melalui instagram fan page itu.
Gara-gara tidak membuat perancangan awal, ramai yang tersepit selepas musim perayaan. Perbelanjaan menyambut Aidilfitri bagaikan tsunami yang boleh melumpuhkan kewangan seseorang. Poket kosong, hutang bertambah dan terpaksa ikat perut dan meminjam demi kelangsungan hidup adalah senario yang biasa terjadi.
Persediaan menghadapi musim ini memerlukan belanja besar. Perbelanjaan bulanan anda pada masa itu mungkin meningkat dua atau tiga kali ganda daripada biasa!
Justeru, bagaimanakah caranya sambutan Aidilfitri dapat dirayakan dengan selesa tanpa meninggalkan lubang besar pada poket anda?
Berikut adalah tujuh langkah mudah yang boleh anda jadikan panduan:
Senaraikan keperluan anda pada musim perayaan ini – apa yang perlu dibeli dan diganti ataupun apa yang boleh dikitar dan guna semula barangan sedia ada. Contohnya hiasan dalaman rumah. Adakah langsir yang ada itu perlu diganti ataupun diubah bentuk agar dapat menimbulkan suasana berlainan? Begitu juga sofa ruang tamu. Jika masih elok, tidak perlu diganti baru. Sekadar mencuci dan menukar sarungnya sudah memadai. Analisa keperluan ini hendaklah dibuat secara menyeluruh, membabitkan semua aspek kehidupan anda.
Berapakah bajet untuk baju baru? Cukupkah RM300 ataupun RM1,000? Jika mempunyai anak-anak, cukupkah RM300 bagi setiap orang termasuk baju Melayu/baju kurung dan juga pakaian harian? Anda boleh menyedia baju baru ini lebih awal. Ambil kesempatan beli borong semasa jualan akhir tahun. Ketika ini anda dapat membeli berpasang-pasang kain pada harga runtuh. Yang bijak akan menghantar kepada tukang jahit di kampung kerana upahnya rendah. Begitu juga pakaian harian, anda boleh membeli semasa jualan murah.
Amalan memberi duit raya sangat digalakkan. Ia adalah satu pemberian, sedekah, sumbangan ataupun tanda terima kasih pada insan tersayang dan mereka yang dekat dalam hidup anda. Berapakah peruntukan duit raya yang perlu anda sediakan tahun ini? Untuk semua anak-anak saudara dan juga anak jiran berapakah jumlahnya yang ingin anda berikan pada setiap seorang. Adakah RM2, RM5 ataupun RM10? Untuk ibu bapa dan juga ibu bapa mentua bagi mereka yang sudah berumah tangga, berapa pula jumlahnya? Bagaimana pula dengan saudara jauh yang lanjut usia ketika anda bertandang ke rumah mereka? Tentukan jumlahnya supaya mudah anda membuat perkiraan.
Agenda utama utama musim perayaan adalah balik kampung kecuali mereka yang tiada kampung! Ziarah-menziarahi sanak-saudara, mengerat dan menjalin semula hubungan yang terputus, bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain memerlukan belanja untuk minyak kenderaan, tol dan juga makan-makan sepanjang perjalanan. Sebelum itu, pastikan kenderaan anda sudah diservis terlebih dahulu. Pastikan tayarnya tidak botak dan masih dalam keadaan baik, dan minyak hitamnya sudah berganti bagi memastikan kelancaran perjalanan anda. Berapakah peruntukan yang perlu anda sediakan. Adakah RM500 mencukupi?
Buat perancangan berapa jenis kuih raya yang ingin anda sediakan, apakah menu istimewa di pagi raya dan juga menu utama ketika rumah terbuka. Dengan menyenaraikan jumlah dan jenisnya, anda boleh bajet berapa jumlahnya yang perlu anda keluarkan. Cukupkah RM500 ataupun RM1000 termasuk rumah terbuka? Satu kaedah jimat adalah dengan bertukar-tukar biskut raya dengan beberapa orang kawan. Anda buat sejenis dan mereka juga buat sejenis. Jika berpakat dengan lima orang kawan, anda boleh dapat lima jenis kuih. Anda boleh buat satu lagi kuih sebagai kelainan.
Ini antara aspek penting yang perlu anda ambil kira. Malapetaka datang tanpa disangka. Sediakan bajet untuk menghadapi saat genting seperti kemalangan ataupun tiba-tiba kenderaan anda meragam. Adakah RM500 mencukupi?
Musim perayaan seperti Aidilfitri datangnya saban tahun. Setiap tahun anda menempuhnya dalam pelbagai keadaan sama ada ketika itu anda masih bujang ataupun sudah berkeluarga. Pastinya setiap tahun perbelanjaan untuk musim perayaan ini akan bertambah dengan tambahan bilangan anak bagi yang berkeluarga. Secara tidak langsung anda sudah boleh membuat unjuran berapa jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sepanjang musim perayaan ini. Oleh itu, ada baiknya jika anda membuat perancangan awal. Katakanlah jumlah yang anda perlukan untuk menyambut musim perayaan ini RM4000. Bahagikan jumlah berkenaan dengan 12 bulan. Sebulan anda hanya perlu asingkan dalam RM330 saja. Jadi, bila sampai masanya tidaklah anda rasa terbeban!
SUMBER: SURAIYA MOHD NOOR, PERUNDING KEWANGAN & PERWAKILAN HARTA ISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bahagian luar dan dalam kena jaga. Kecantikan, kesihatan dan juga harga diri. Hijabi Fatin Syazwani berkongsi pengalamannya dalam entri Instagram, setia dengan produk tempatan dan tetap istiqomah demi memulihkan kulit muka yang breakout.
Pencarian dan percubaan demi percubaan, Fatin berhabis hampir ribuan ringgit untuk pulihkan kulit. Ikuti pengalaman Fatin dan penemuan produk yang berjaya memulihkan kulitnya.
Muka menjadi licin sehingga jerawat susah nak tumbuh diakui oleh Fatin sendiri hasil menggunakan produk tempatan.
Jenama produk tidak berapa terkenal tetapi hasilnya muka Fatin glowing sehingga Fatin setia menggunakannya selama 5 tahun.
Ketika ini muka tidak memberi kesan apa-apa jadi Fatin tetap teruskan menggunakan produk tempatan.
Muka mula tumbuh bintik-bintik. Apabila Fatin sedar rupanya dia tinggalkan rutin memakai krim malam. Tak sangka produk tempatan ini kalau tinggalkan satu langkah boleh naik bintik-bintik merah.
Walaupun sudah recover tidak sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hati mula panas, boleh jadi stress nak ambil gambar sendiri.
Fatin seorang yang berani mencuba, pengaruh sekeliling juga membuat Fatin berjinak dengan produk baru. Bukan tidak yakin dengan kecantikan sendiri tetapi dia jenis yang suka menggunakan solekan walaupun keluar santai.
Rupa-rupanya hasil menggunakan produk baru hanya bertahan selama 5 bulan. Fatin dapati mukanya breakout dan terpaksa menggunakan solekan tebal.
Tempoh 6 bulan setia dengan produk ini , Fatin mula sedar rupanya kulit mukanya tidak lagi sesuai dan tidak dapat kenali punca sebenar breakout. Malas mencari punca sebenar breakout tetapi Fatin usaha untuk memulihkan kulit mukanya.
Tular dengan produk drugstore, Fatin juga cuba mencari produk yang sesuai. Tetapi bukan semua produk drugstore yang sesuai dengan kulit muka Fatin. Muka kelihatan bertambah teruk kerana kulit muka Fatin yang putih mudah kelihatan bintik-bintik merah.
Bila terkenang balik dan sambil belek gambar lama, rasa rindu dengan kulit muka sebelum ni.
Setelah ribuan ringgit habis, Fatin bertemu dengan produk drugstore yang mengembalikan kulit wajah Fatin seperti dahulu. Tiada lagi kesan breakout, terkini dalam bulan Ogos Fatin memuat naik IG story hasil dari 10 produk ini.
SUMBER: IG @ftynjml
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syampu sangat bagus untuk membersihkan rambut anda, tetapi ia boleh mendatangkan kesan sampingan, seperti pembentukan dan kerosakan.
Sama ada anda kehabisan syampu, atau mencari gaya hidup yang lebih semula jadi, pertimbangkan untuk mencuci rambut anda dengan hanya air. Perlu diingat bahawa ia mungkin mengambil masa 2 hingga 16 minggu untuk rambut anda menyesuaikan diri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun anda pasti boleh melakukannya sebelum mandi, adalah lebih baik untuk mula menyediakan rambut anda 8 hingga 12 jam sebelum itu. Ini akan membolehkan minyak yang dikeluarkan semasa proses bergerak ke bawah batang rambut dan menjadikannya lebih mudah untuk digunakan. Jika anda baru-baru mencuci rambut, tunggu sehingga ia mula rasa berminyak. Ini bukan proses yang anda mahu lakukan setiap hari. Pastikan rambut anda kering dan tidak kusut. Jika rambut anda bersimpul, sikat perlahan-lahan bermula dari hujung. Ini akan memudahkan kerja persediaan yang lain.
Tolak hujung jari anda melalui rambut dan letakkannya pada kulit kepala. Urut perlahan-lahan kulit kepala dengan hujung jari menggunakan gerakan cepat, pendek, tetapi lembut. Pastikan anda mengurut seluruh kulit kepala anda.
Proses ini dikenali sebagai “mengaru” dan membantu melonggarkan minyak yang dirembeskan secara semula jadi oleh kulit kepala anda. Pastikan anda menggunakan hujung jari, bukan kuku anda.
Ambil bahagian nipis rambut dan picit di antara jari anda pada akar. Luncurkan jari ke bawah ke arah hujung. Ulangi proses ini sepanjang rambut. Ini dikenali sebagai “penyucian” dan membantu mengedarkan minyak lebih jauh.
Mungkin lebih mudah untuk bermula pada 1 bahagian ke bahagian lain, turunkan ke bawah, kemudian lakukan bahagian lain. Dengan cara ini, anda boleh yakin bahawa anda tidak terlepas apa-apa. Anda boleh melakukan ini semasa menyikat rambut jalankan sikat melalui bahagian rambut, kemudian ikuti dengan jari anda. Fikirkan bahagian ini sebagai reben lebar. Rambut menjadi agak nipis dan hanya sedikit lebih pendek daripada panjang jari anda.
Pastikan berus bersih dan berkualiti. Bekerja dalam bahagian kecil, bermula dari hujung rambut, jangan sekali-kali seret berus terus ke bawah melalui rambut anda tanpa menguraikan hujung dan pertengahan panjang terlebih dahulu.
Ini membantu mengedarkan lagi minyak ke seluruh rambut anda. Ia juga membantu mengurangkan kusut dan melicinkannya dengan lembut. Jika rambut anda panjang atau sangat kering, tambah sedikit minyak ke hujungnya. Minyak kelapa atau mentega shea adalah pilihan yang bagus.
Suhu adalah kunci, kerana air suam akan membuka kutikula rambut anda. Tidak terlalu panas, atau akan berisiko merosakkan rambut anda. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, anda tidak mahu ia terlalu sejuk, atau ia tidak akan memecahkan minyak pada kulit kepala.
Anda perlu melakukan ini 8 hingga 24 jam selepas anda menggaru, menyikat dan menyikat rambut. Jika rambut anda kusut sementara itu, sikatlah. Air keras adalah satu masalah. Ia berfungsi untuk sesetengah orang, tetapi tidak untuk orang lain. Jika air keras tidak sesuai untuk anda, pasang penapis pelembut air.
Ini amat penting jika anda mempunyai rambut panjang atau tebal. Anda akan menggaru kulit kepala anda sekali lagi, tetapi kali ini, anda mahu air itu mengenainya. Membahagikan rambut anda akan membolehkan perkara ini berlaku. Tidak kira di mana anda memisahkan rambut, lakukan ini di seluruh kulit kepala anda!
Fokuskan aliran air pada kulit kepala, letakkan hujung jari anda pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan. Lakukan ini sambil berdiri di bawah pancuran supaya air yang mengalir mengenai kulit kepala. Ini akan membantu menanggalkan kotoran dan minyak.
Ini mungkin tidak diperlukan jika rambut anda kering, tetapi jika rambut anda cenderung berminyak, atau jika anda banyak berpeluh, bersolek adalah idea yang baik. Cuma cubit sehelai rambut nipis di antara jari anda, kemudian gerakkan jari anda ke bawah sepanjang helai, dari akar ke hujung. Lakukan langkah ini dua kali, sekali ke kedua-dua belah bahagian. Jika rambut anda sangat berminyak, mungkin perlu menyiram air melaluinya.
Adalah idea yang baik untuk bekerja secara sistematik di sini supaya anda tidak kehilangan jejak kawasan yang telah anda bersihkan. Selesaikan 1 bahagian kepala anda dahulu, kemudian lakukan bahagian yang lain. Selesai dengan bahagian belakang. Beri perhatian lebih kepada garis rambut anda dan kawasan lain yang cenderung berminyak.
Jika ini terlalu tidak selesa untuk anda, keluar dari bawah aliran pancuran mandian, kemudian bersandar jauh ke belakang supaya hanya kepala anda yang basah. Ini akan menjadikannya lebih mudah.
Jangan gosok rambut anda atau gunakan tuala biasa, kerana ini boleh menyebabkan rambut keriting. Hanya tepuk rambut anda dengan kemeja-T atau tuala mikrofiber untuk menyerap lebihan kelembapan daripadanya.
Sapukan sedikit minyak, jika perlu. Menyikat rambut, mulakan dari hujung dahulu. Sebaik sahaja anda telah menyisir hujung dan pertengahan panjang, anda boleh menyikat rambut anda ke bawah dari akar.
Jika rambut anda kusut, sapukan 1 hingga 2 titis minyak rambut ke hujung dan pertengahan panjang. Ini akan membantu melincirkan helai dan mengurangkan keriting. Jangan gunakan sikat rambut biasa. Rambut yang basah adalah halus, dan berus biasa akan merosakkannya.
Anda boleh menggunakan baju-T atau tuala mikrofiber untuk membantu menyerap lebih banyak air, tetapi jangan gosokkannya. Ramai orang mendapati bahawa rambut mereka sebenarnya lebih cepat kering jika mereka mencucinya tanpa sebarang produk. Setelah rambut anda kering, anda boleh menggayakan mengikut kesukaan anda. Adalah lebih baik untuk mengelakkan terlalu banyak produk, kerana ini boleh menyebabkan pengumpulan.
Sekali lagi, ini bukan sesuatu yang anda mahu lakukan setiap hari. Sebabnya mudah, lebih kerap anda mencuci rambut, lebih banyak minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala anda. Jika anda kurang kerap mencuci rambut, bagaimanapun, kulit kepala anda akan dilatih untuk menghasilkan lebih sedikit minyak, yang bermaksud rambut anda tidak akan menjadi kotor.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.