Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Amalan yang baik dalam diet harian juga amat membantu kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan.

Antara amalan kecantikan dan juga kesihatan yang boleh diamalkan ialah dengan menggunakan medium rose bud atau putik bunga ros. Berikut perkongsian tentang rose bud (bunga ros)

Jatuh cinta dengan minuman ini. Banyak khasiat untuk dalaman wanita. Diminum bersama air teh pun sedap. Diminum bersama air masak suam pun sedap.

Kebaikan dan khasiatnya sangat banyak. Lagi satu, ada yang ingin rasa ketenangan dan kedamaian? Boleh mencuba juga. Selebihnya yang paling utama, ingin tenang dan damai sudah pastinya berserah pada Allah juga.

KHASIAT ROSE BUD:
*mengurangkan minyak di muka
*kurangkan jerawat
*melancarkan penghadaman / sembelit
*mencantikkan kulit
*mengurangkan senggugut
*meningkatkan kesuburan
*mengurangkan stress
*meningkatkan antibody badan
*hilangkan rasa gugup
*merawat ulser perut
*meredakan sakit tekak
*merawat jangkitan pada pundi kencing
*menyejukkan badan ( merawat demam dan selesema)
*merangsang pertumbuhan tisu dan collagen
*mengurangkan radang sendi (arthritis )
*melancarkan haid
*menghilangkan keletihan
*mengurangkan sakit kepala dan pening
*merawat insomnia
*mengandungi bahan pengantioksida yg dapat menentang kanser.

Biasanya rose bud ini dicampurkan dengan teh. Boleh juga hanya diminum bersama air panas.

BAHAN-BAHAN: 3-5 rose bud
1 gelas air panas mendidih

CARA-CARA: Masukkan rose bud dalam gelas air panas, dan tutup. Minum bila suam. Rose bud ini boleh recycle guna 2-3 kali. Cuma tambah air panas baru.

IKLAN

CARA PENYEDIAAN ROSE BUD TEA
1. Masukkan 2-3 rose bud ke dalam 250 ml air panas ke dalam mug.

2.Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua atau minum terus bersama kelopak bunga ros.

3.Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu, gula batu atau prebiotic Helvia ke dalam minuman.

4.Sebelum minum jangan lupa baca Bismillahhirrahmanirrahiim dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan niat Ya Allah asbab minum teh ini bagi hambaMU ini cantik, sihat dan berseri. Aamiiin.

Minum teh pun dapat pahala sekiranya lillah hi taala, wallahuaalm. Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan.

IKLAN

ROSEBUD ada 3 jenis dan warna, khasiat sama cuma rasa dan bau sahaja berbeza.

Purple Rose
*Rasa dan bau
*warna yang sederhana
*diimport dari china

Red Rose
*Rasa, bau, warna kuat bila bancuh agak pekat
*diimport dari china
*rasa masam sedikit
*redrose ini selalu dibuat untuk penyegar, rendaman kaki/ badan seperti di spa

French/Pink Rose
*Rasa sedap, Bau wangi
*warna sangat light
*more relaxing
*diimport dari Iran/ syria

SIAPA YANG BOLEH AMALKAN?
*lelaki dan perempuan
*kanak-kanak pun boleh minum
*wanita menyusukan anak
*wanita yang mengandung boleh juga amalkan tapi ikut antibodi
*wanita yang sudah monopouse juga boleh amalkan
*wanita yang period boleh minum
*wanita dalam pantang juga boleh minum
*sakit darah tinggi, kencing manis, migrain juga boleh minum

IKLAN

Minum teh rose bud (bunga ros) boleh memberi rasa tenang dan relak. Selepas ini kalau rasa-rasa hendak hilangkan letih dan tekanan, kekal sihat dan cergas, jadikan minum rose bud ini sebagai minuman harian.

Pada permulaan selepas beberapa jam minum rose bud tea, MUNGKIN perut akan rasa tak sedap sikit seperti rasa memulas mulas. Dan akhirnya dah tentu ke toilet. Proses detoksifikasi berlaku dengan efektif.

Bagi yang ada masalah sembelit, sila amalkan pengambilan teh rose bud (bunga ros) Insha Allah boleh membantu selesai masalah.

Sumber kredit: Facebook Lin Qurnia Via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) dan Facebook Matbakhna Al Arabi Lydia’s Q8

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI