Umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi. Semua sudah tidak sabar untuk berpuasa dan beribadah kepada Allah kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Setiap amalan kebaikan akan memperoleh pahala berlipat ganda.
Salah satu perkara yang akan kita lakukan pada bulan Ramadan adalah bersahur. Sesetengah individu tidak suka bangun untuk bersahur dan lebih rela tidur. Tetapi bersahur juga sebenarnya merupakan amalan sunnah yang dituntut untuk kita lakukan.
Ketika bersahur, ada individu akan mengambil makanan yang berat seperti nasi dan ada juga yang sekadar mahu mengalas perut dengan makan roti sahaja. Tidak kira makanan apa pun yang anda makan, asalkan ia mampu membuatkan anda kenyang.
Kevin Zahari turut berkongsi tip amalan sahur yang diamalkannya. Apa yang penting, tip yang dikongsikannya cukup ringkas dan mudah untuk kita amalkan.
1. Jangan Skip Sahur
Ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa.
Ads
2. 400 – 600 Kalori
Cuba target jumlah pengambilan dalam 400 hingga 600 kcal.
3. Segenggam + Karbo
Ia sumber tenaga utama badan.
4. Komplex Karbo
Ia berikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.
Ads
5. Protein Yang Bersih
Protein mengenyangkan.
6. Elak Garam
Ia mempercepatkan dehydration. Pilih makanan yang ada potassium.
7. Elak Kafein
Kafein pun mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik.
Ads
8. Elak Minuman Gas
Ia mengandungi kafein juga.
9. Jangan Minum Terlalu Banyak Air
Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2 hingga 3 gelas tu cukup dah kot.
Sebaik membuka akauan di laman instagramnya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah diikuti oleh ramai pengikutnya. Walaupun hanya ada 16 posting, tetapi bilangan followernya makin meningkat 10 kali ganda. Tun Mahathir juga hanya menekan butang follow kepada tujuh akaun sahaja dan salah seorangnya adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti ketika ditanya perasaannya apabila menjadi pemilik akaun yang di follow oleh Tun Mahathir, beliau meluahkan rasa gembira menjadi satu-satunya artis dalam negara yang diikti oleh tokoh negarawan ini.
Malah Siti juga satu-satunya rakyat biasa yang diikuti oleh Tun M selain anaknya Mukhriz melalui akuan rasmi menggunakan nama @chedetofficial.
Bagi Siti ia satu penghormatan diikuti oleh pemimpin nombor satu negara itu kerana beliau juga tidak menyangka Perdana Menteri itu mengikuti dirinya di instagram.
“Macam saya juga kalau nak follow seseorang saya akan tengok kriteria. Jadi apabila terpilih saya berasa syukur,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik CreacionbySitiNurhaliza dan Simplysiti cawangan kelapan di Melawati Mall baru-baru ini.
Sebelum ini, Tun Mahathir juga ada memuatkan posting dalam instagramya mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersohor ini setelah melahirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu. Menurut Tun Mahathir, ia satu berita menggembirakan seluruh negara dan juga ahli keluarga penyanyi ini. Posting ini juga telah ditonton oleh lebih setengah juta pengikut.
Selain akaun Siti, Tun Mahathir juga turut mengikuti akaun Parti Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), PPBM Kedah, Armada PPBM Official dan tabbing Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).
Untuk pengetahuan Tun Mahathir baru sahaja membuka akaun rasmi di instagram pada 15 Mac lalu. Foto pertama yang dimuat turut adalah foto beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah yang sedang tertawa.
Gambar ini dimuat turun beserta caption “Hari ini saya mulakan akaun instagram bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahún yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi”. Menurut Tun juga, sebagai doktor ketawa adalah penawar terbaik.
Foto ini mendapat 162 ribu like dan lebih 6 ribu komen yang rata-rata gembira dan suka dengan gambar juga caption yang mencuit hati netizen.
Akaun rasmi ini juga telah mendapat bluetick sebagai tanda akaun sah untuk seseorang yang burglar tokoh masyarakat, selebriti atau jenama. sehingga hari ini, Tun Mahathir sudahpun mempunyai bilangan pengikut berjumlah 1 juta dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.
Menurut Astro Awani dalam semakan yang dibuat mendapati beliau seorang yang sering menghiburkan netizen dengan meletakkan caption foto yang lucu dan bersahaja.
Adakalanya, Tun Mahathir juga gemar memberi punchline atau troll yang mencuit hati sama ada di laman twitter mahupun instagramnya.
Bulan Julai menyaksikan 100 hari tampuk pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri ke tujuh selepas pilihan raya lalu. Malah hari ini juga menjadi tanggal cukup istimewa kerana merupakan hari ulang tahun kelahiran ke 93 tahun perdana menteri kesayangan ramai ini. Melihat pada usianya jika orang lain pada umur begini, mungkin pergerakan tidak begitu aktif, nyanyuk ataupun hanya duduk sahaja di rumah.
Tetapi perwatakan Tun Mahathir jauh berbeza. Beliau kelihatannya masih punya karisma, cukup sihat, aktif dan mempunyai daya fikiran yang sangat tajam. Agaknya apa rahsia Tun Mahathir kekal begitu biarpun sudah berada di penghujung usia.
Dalam satu temubual bersama Sinar Harian Online, Tun Mahathir berkata tiada rahsia diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.
“Ibu saya kata ketika tengah seronok makan berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan jadi lebih mudah.
“Oleh sebab itu seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya lagi.
Beliau yang telah memimpin negara selama 22 tahun ini juga berkata satu lagi rahsia kekal sihat adalah dengan sentiasa membaca buku.
Semoga Tun Mahathir terus panjang usia dan kekal sihat untuk terus mentadbir negara kita, Malaysia tercinta.
Berdepan dengan kemelut rumah tangga yang akhirnya membawa kepada jalan perpisahan. Biarpun berlaku di bulan penuh keberkatan ini, namun bagi pelakon Bella Dally menganggap itu semua adalah takdir Illahi. Bercerita sisi lain, pelakon cantik manis ini turut berkongsi pengalamannya menempuh malam Lailatulqadar. Ternyata dia antara insan yang beruntung kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan malam yang dinantikan oleh semua umat Islam.
Menurutnya juga yang merupakan Muse Ariani ini, pengalaman itu dirasai ketika dia masih kecil dan masih di bangku sekolah.
“Inilah nostalgia Ramadan yang tidak pernah saya lupa. Ada satu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur. Suasana ketika itu sangat sunyi dan tenang sekali.
“Apabila keluar rumah saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa lagi dengan malam seperti itu,” ujarnya ketika ditemubual bersama majalah Nona.
Menurutnya bercerita tentang aktiviti seni sepanjang bulan puasa, Bella mahu lebih fokus meraih keberkatan Ramadan pada tahun ini.
“Saya suka make myself busy agar tidak terasa masa yang berlalu. Kalau ada shooting masa puasa, saya rasa hari berlalu dengan cepat. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka.
“Sebenarnya saya akui jarang memasak ketika berbuka kerana tuntutan kerja dan masa yang tidak mengizinkan. Paling suka beli juadah di Bazar Ramadan terutamanya di TTDI Kuala Lumpur. Juadah favorite saya sudah tentunya nasi beriani. Beratur panjang pun tak mengapa,” tambahnya yang akan balik seminggu awal sebelum raya untuk berpuasa bersama keluarga di Sabah.
Walaupun akan merayakan Syawal tanpa kehadiran suami di sisi, namun Bella tetap positif. Baginya perpisahan jalan terbaik setelah kedua-duanya duduk berbincang dan mencari jalan terbaik kepada hubungan mereka.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!