Platform media sosial merupakan satu benda yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita. Bahkan, ramai juga yang memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ruangan ini untuk berkongsi ilmu.
Tidak mensia-siakan peluang, seorang wanita mualaf telah menjadi perhatian orang ramai atas posting video miliknya yang berdakwah ketika menyediakan makanan.
TikTok merupakan satu media sosial yang banyak mempengaruhi media hiburan buat masa kini. Tular lagi, seorang wanita mualaf yang giat aktif membuat content memasak tetapi lebih istimewa sekali apabila ada terselit dakwah melaluinya.
Di kenali sebagai Aisha Tan, 32, atau nama sebenarnya, Tan Yan Ying menetap di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, tidak mensia-siakan ruangan platform media sosial untuk berkongsi ilmu yang di miliki. Kerap memuat naik video resepi dan cara-cara masakan tradisional bangsa Cina hanya dengan bahan-bahan yang halal.
Sudah tentu ramai yang akan suka content seperti ini kerana teringin untuk mencuba masakan asli bangsa Cina yang unik dan berkhasiat! Aisha yang di temubual oleh Harian Metro juga mengatakan dia baru sahaja sertai di platform ini sejak Ogos lalu.
“Sebenarnya, memasak bukan hobi saya tetapi suami suka makan jadi saya teruja untuk berkongsi resipi masakan Cina dengannya sejak kami berkahwin pada 2018,
“Cuma, kebanyakan masakan Cina di pasaran tidak halal. Oleh kerana teringin makan versi yang halal, maka saya tiada pilihan melainkan masak sendiri,
“Resipi itu saya kongsikan di TikTok dan video pertama yang dimuat naik adalah 5 Ogos lalu, namun, dalam tempoh dua bulan sahaja ada lebih 150, 000 pengikut. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.
Aisha juga tidak segan untuk berkongsi penghijrannya sewaktu rekod video memasaknya itu. Ia boleh menjadi satu galakan serta menambah pengetahuan mengenai Islam kepadanya juga pengikut di media sosial.
Tambahan lagi, usahanya juga di sokong oleh suami, Azrul Mukhri Azizul Affendi, 31, dan juga tidak keberatan untuk membantunya sewaktu memasak. Resipinya juga mudah untuk mendapat bahan-bahannya kerana kebanyakannya sudah menjadi bahan tetap di setiap rumah.
“Ada segelintir orang yang menonton video saya mengatakan penyediaan masakan Cina mudah kerana bahan di gunakan sedikit, mungkin juga kerana saya selalu kongsi resipi simple,
“Bagi saya sendiri, masakan Cina sukar di sediakan kerana memerlukan teknik kesabaran dan kemahiran, contohnya seperti Nasi Itik Panggang, tetapi saya seronok dapat mencuba,” katanya.
Tidak menafikan, dia juga bukanlah seorang yang mahir memasak tetapi gembira kerana dengan cara itu dia mampu mengasah skil masakannya. Dia juga turut mendapat nasihat dari rakan, ibu mentua serta ahli keluarga, selain menerusi atas talian.
Bukan sahaja itu ramai pengikutnya juga dari kalangan komuniti Cina turut menyokong dan salin berkongsi ilmu dalam memperbaiki segala serba kekurangan.
“Paling buat saya gembira apabila ada pengikut sudah mencuba resipi saya dan keluarga mereka menyukainya…saya sangat terharu, mengharfai dan berterima kasih dengan sokongan di berikan.” ulasnya lagi.
Aisha juga menitipkan rasa syukur kerana suaminya juga bukan sahaja banyak membantu tetapi menjadi seorang yang membimbingnya untuk lebih terbuka memeluk Islam. Kini, dia lebih yakin berbanding dahulu kerana masih keliru untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama.
Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Hobi merupakan aktiviti yang memberikan keseronokan pada diri sendiri serta membantu mengurangkan tekanan. Tapi bagaimana kalau hobi tersebut menelan belanja yang besar?
Seperti seorang lelaki bernama Antonio Romero Monteiro yang menjadi manusia paling banyak memiliki permainan video dengan nilai anggaran RM2.1 juta. Lelaki dari Amerika Utara yang berusia 45 tahun ini sekaligus telah diiktiraf sebagai pengumpul koleksi permainan video paling banyak di dunia oleh Guinness World Record!
Menurut Guiness World Records, Antonio telah mengumpul 24,268 permainan video yang dimulakan sejak tahun 1987 ketika berusia 10 tahun.
Selain pemegang rekod dunia permainan video secara keseluruhan, dia juga pemegang empat lagi rekod dunia iaitu pengumpul koleksi terbesar bagi permainan video PlayStation,Sega, Nintendo dan Xbox.
Sejak membeli permainan video Sega Genesis pertamanya lebih 30 tahun lalu, koleksinya semakin bertambah selepas itu dan memenuhi seluruh biliknya. Bahkan, ia disusun dengan teratur mengikut sistem dan abjad!
Koleksi yang dikumpulnya turut merangkum aksesori-aksesori yang digunakan dalam permainan video termasuk pelbagai konsol.
Katanya, ketika ini, dia mempunyai koleksi lengkap daripada konsol permainan Nintendo yang pertama sehingga keluaran permainan video paling terkini.
Apa yang menarik, peminat tegar permainan video itu turut menyimpan satu salinan permainan video Max Basic Rifle Marksmanship Program yang dikeluarkan Nintendo khas untuk tentera Amerika Syarikat untuk latihan menembak dan tidak pernah dijual kepada orang awam.
Lelaki ini turut berkongsi perasaan serta memberikan pendapat mengenai permainan video yang kini dilihat sudah lama ditinggalkan oleh ramai.
“Saya melihat permainan video sebagai satu bentuk seni, di mana kreativiti dan penceritaan yang melampaui batas segala kemungkinan.
“Setiap generasi sistem permainan video memberikan potensi lebih jauh untuk merealisasikan kreativiti dan berkongsi cerita, cabaran dan pengalaman yang tidak terbatas,” ujar Antonio.
Ha…pasti anda tertanya bagaimana dia boleh menjejaki setiap satu permainan yang belum dimiliki kan? Kalau mencari menggunakan Internet agak mustahil dan mencari permainan retro di kedai video tempatan kini juga agak mencabar.
Untuk pengetahuan anda, Antonio menggunakan sistem dwi inventori yang membolehkannya menjejak, mengkatalogkan dan mengurus keseluruhan koleksinya serta menggunakan pangkalan data yang diciptakan sendiri olehnya untuk membandingkan permainan yang dimilikinya dengan permainan yang dia masih tiada untuk melengkapkan koleksinya. Wah, memang hebat!
Antonio akui permainan video tersebut menggamit kenangannya yang paling berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Apabila ditanya soal permainan kegemarannya, dia menjawab Super Nintendo dan Super Castlevania IV.
“Antara kenangan saya yang paling berharga adalah bermain permainan video bersama keluarga serta rakan-rakan.
“Saya mempunyai beberapa kenangan zaman kanak-kanak yang sangat menggembirakan kala bermain Castlevania,” kongsinya.
Tambahan itu, dia turut mengimbas kembali perasaannya sewaktu diiktiraf sebagai pemecah rekod dunia.
“Sangat teruja kerana akhirnya dapat berkongsi rekod ini dengan penduduk seluruh dunia!
“Saya masih ingat sewaktu kecil, buku Guinness World Records merupakan buku yang paling popular di perpustakaan sekolah,” katanya.
Terdahulu, Antonio pertama kalinya meraih rekod Guinness World Records untuk koleksi permainan videonya pada 2019 apabila dia mengumpul 20,193 permainan video. Sejak dua tahun selepas itu, koleksinya telah bertambah melebihi 4,000 permainan.
Antonio menegaskan bahawa dia belum selesai dan tidak akan berhenti meneruskan hobinya yang ‘mahal’ itu. Bahkan, dia turut merancang untuk menambah lagi koleksi peribadinya itu.
Masya-Allah, manisnya Nora Danish berhijab! Pelakon cantik Nora Danish menarik perhatian warga media sosial apabila tampil dengan imej berhijab. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Nora kekal istiqamah. Semoga ia menjadi asbab kepada penghijrahan.
Menerusi perkongsian di instagram peribadinya, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik foto memaparkan dirinya menggayakan hoodie kelabu dan tudung berwarna hitam.
Pun begitu, Nora tidak memberi sebarang kenyataan berhubung penampilannya itu. Nora juga telah menutup ruangan komen dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada para peminat serta rakan artis.
Ekoran tercetusnya spekulasi berhubung imejnya itu, Nora akhirnya mendedahkan sebab dia tampil berhijab sejak kebelakangan ini.
Dedah Nora, dia merasa senang untuk memakai pakaian menutup aurat sepanjang menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri yang kni sedang menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, dengan menutup aurat akan memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga bekas suaminya itu.
“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana mencetuskan banyak tanda tanya.
“Jadi kalau saya menjaganya (Nedim) di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk mengerjakan solat dan dalam masa sama saya megaji juga.”
Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakannya.
“Saya hargai dan harap doa anda, doa ibu anda dan doa saya juga Allah makbulkan Insya-Allah,” jelas Nora menerusi sebuah video di akaun Tiktok peribadinya.
Terdahulu, Nora sah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. Mereka bercerai pada 2008.
Hijabista mendoakan agar Nora Danish terus istiqaamah seterusnya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.